Skip to main content

Kebimbangan Yang Ketara

hish, sian korang
datang blog aku asik layan luahan perasaan je kan?
hik hik hik

bimbang apa ye?
kebimbangan yang jelas ialah tentang KG
KG yang ku maksudkan bukan singkatan kepada 'Kampung' ye
tapi KG itu ialah 'Kilogram'

tu ari 'berehat' kat spital sebab denggi
tak lalu makan seminggu kot
naik atas penimbang, tak susut pun
sedikit pelik dihati patik

balik dari spital, makan jelah keje aku
dan sekarang, mak ada kat umah
mungkin seminggu rumah aku, seminggu lagi rumah adik
balik keje je, bukak periuk nasi
apa mak masak semua sedap kat tekak aku
sambal bilis sedap
tomyam sedap
ayam goreng kunyit+garam pun sedap
acaner?

# tapi bila ingat balik masa hilang selera makan kena denggi tu
aku rasa 'alangkah nikmatnya dapat makan'
masa sakit tu, letak apa pun semua jeling ekor mata
siap kena paksa lagi suh makan
huhu

sekarang, nikmat makan dah kembali
tinggal nak kena kontrol je lagi
#sayataknakgemuksayanaksihatslimceria
boleh?

~ senyum ~

(^_-)


Comments

lupekanje said…
kontrol....kontrol....makan ikut sunnah rasulullah s.a.w. makan bila lapar, brenti sebelum kenyang. Baru la makan tu jadi ibadah.Peringatan utk diri sendiri. hehe..oopps...tersendawa pulak.
asyifamustaffa said…
Tang nak kontrol mkn tu...mmg becinta btul....!!
makchaq said…
Makchaq pun tengah bimbang jugak.. dah 70kg dah ni...
tapi tak boleh2 nak diet, tambah pulak anak tengah cuti.. macam2 depa masak...
paling kritikal perut... dah macam orang cukup bulan...
shida said…
tak pa2.. mkn selagi ada selera... hihii
cheqna said…
ouh..sedapnyer makan..hihihi
tang kontrol memang payah r bagi cheqna...
makan ikut sedap mulut je =)
Rumah Kuning said…
saya pun taknak gemuk jgk.hehehe
paridah said…
MKNLH IRFA...ADA MASA KELAK MAKAN UTK HDP JER SELERA DH TUMPUL...
sarah said…
lawak la kak ni..hahahah
Ratu Hatiku said…
mkn jelah tp mlm xpyh la mkn..hihihi
Irfa said…
ACIK..
betul, berenti sblom kenyang
tp selalu je buat2 lupa,hihi
Irfa said…
ASYIFA..
kan?
samalah kita
nak salahkan siapa ye?
hahaha
Irfa said…
MAKCHAQ..
berat kita samalah 70kg
sy nak buang angka 7 tu dah 2 tahun kot
misi lom berjaya, nak buang atleast 5-10 kg
# penah gak di tegur tang perut tu .. (nanges dalam hati)
Irfa said…
SHIDA..
guna pakai moto 'makan selagai ada selera' tu ..makanya tiap bulan tempah baju baru
huhu
Irfa said…
KAK ZA..
ayat orang yang dah 'berisi' akan kata
'takpe gemuk sikit, asalkan takde penyakit'
tp dalam hati.. hanya dia yg tahu
Irfa said…
CHEQNA..
tulah pasal, bukan lauk penuh meja pun
sambal bilik pun ulang makan banyak kali,huhu
Irfa said…
KAK PARIDAH..
balik kg tu hari, sy tgk nenek makan nasi dengan air garam dan sambal
wlpun mak dah masak macam2 lauk
katanya 'takde selera dah nak makan macam2, dah lama sangat hidup'
sy gelak dalam tangis.. sian nenek
Irfa said…
SARAH..
lawak?
boleh lah akak isi borang maharaja lawak nanti ;)
Irfa said…
RATU HATI KU..
hehe, makan malam tu yg lagi bahaya

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adaka

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku Dayus m