~ Hallo everybody~
sihat2 ke semuanya?
okey, ni nak citer
pasal en3 sebelum ni, barang dah sampai petang semalam
kes ditutup, Bye-Bye Skynet
# setakat ni puas hati dengan Pos Laju
wpun penah barang kena ambik kat pejabat pos sebab takde orang kat rumah
tapi diorang call bagitau, takdelah senyap je
ada beberapa siri yang penah aku share tentang kisah pos barang ni
rajin boleh baca sini
Cerita lain..
Hari apa tah, aku tertengok kat saluran 703, satu rancangan bertajuk 'Clean House'. Seorang pengacara dan 3 pembantu datang ke rumah pemanggil yang buat aduan, mintak tolong ajar diorang macam mana nak kemas rumah diorang.
makcik 'Niecy Nash' yang jadi pengacara |
korang mampu duk dalam rumah macam ni? rumah ke stor? |
Episod yang aku tengok tu kisah suami isteri yang dah 4 tahun kawen, si suami masuk rumah isteri bawak sebiji sofa je (itu pun sepupu dia bagi) dan selebihnya reta benda isteri nya dan peninggalan mak ayah si isteri. Kerana cinta, si suami terima je rumah macam stor barang tu tanpa banyak soal. Tapi akhirnya si isteri sedar, kena berubah sebab kesian kat suami .. selama kawen tak penah ajak family suami datang rumah mereka sebab rumah diorang tak macam rumah orang lain.
Memula grup Clean House akan datang tengok rumah, tanya kenapa jadi macam tu? konsep apa diorang nak bila dah siap bersihkan rumah nanti. Pasangan ni kata, bukan dia taknak kemas, tapi bila si isteri cuba mengemas .. dia akan mula menangis sebab banyak kenangan bersama mak ayah dia dulu. Pegang pinggan teringat kat mak, pegang piring hitam teringat ayah.
Sudahnya, 4 tahun .. duduklah diorang dalam rumah yang penuh dengan barang peninggalan mak ayah dia. Suami pulak tak sampai hati tengok isteri bersedih bila nak kemas rumah, dia biar kan jelah. Sampai satu tahap, kucing peliharaan mereka yang dah nyanyuk mula berak merata-rata. Berak atas karpet dalam rumah sampai busuk satu rumah, dah tak tahan busuk .. itu yang panggil team Clean House datang.
Bila nak ubah suai rumah, mestilah perlukan $$ , tanpa mengeluarkan belanja, team Clean House akan buat Garage Sale (Jualan Laman). Semua barang masih elok tapi jarang guna diorang jual murah2 kepada yang berminat. So banyaklah cd piring hitam milik ayah si isteri di jual. Sian tengok si isteri yang berat hati nak jual barang2 mak ayah dia. Tapi nak simpan sampai bila?
Akhirnya, dapat sikit $$ untuk kos ubah suai, team tu pandai buat keje pertukangan. Sekelip mata rumah yang macam stor jadi cantik. Suka aku tengok perubahan rumah tu.
Rasanya.. kita pun penah alami kes macam ni kot. Contoh macam aku, masa pindah opis tahun lepas, ada 3 kotak sampai sekarang belum bukak. Maknanya, aku boleh je buat keje tanpa barang2 tu kan? Kat rumah pun sama, minggu lepas .. aku buat 5S kat rumah. Semua bekas2 plastik yang tak guna aku asingkan dalam plastik besar. Lepas dah habis kemas, terkejut tengok betapa banyaknya 'sampah' dalam rumah yang aku simpan tanpa sedar.
Jual kat lori yang beli barang buruk (aku bukan nak jual, aku nak mintak dia tolong buang je, tapi dia hulur rm2 untuk barang plastik tu, so ambik jelah), dan sekarang aku tengah nak buat konsep ala JEPUN 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa) semua baju2 yang dah tak muat (nak tunggu slim macam tak berapa nampak hala tuju). huhu.
Seronok jugak mengemas ni, salah satu senaman yang tidak mengeluarkan modal .. berpeluh macam joging satu taman. Jom berkemas sambil bersenam konsepnya (^_-)
#bersenamlahsangat
Comments
Oh dira suka rancangan ini. Selalu pasangan degil tak nak jual barang yg menyemak tu, pastu gadoh salakan pasangan masing2. Eei camner le boleh hidup dlm rumah penuh sesak.. Sbb brg mak bapak, anak2 jd mangsa
akak pun macam tu..bila berkemas, semua barang yg dipegang rasa saying caner tu?
penyudahnya pejam mata, buang je sebab memang dah tak berfungsi
pun barang tu..kena kuat semangat kalau berkemas ni kan..