Skip to main content

Clean House (Cuci Rumah)

~ Hallo everybody~
sihat2 ke semuanya?

okey, ni nak citer
pasal en3 sebelum ni, barang dah sampai petang semalam
kes ditutup, Bye-Bye Skynet
# setakat ni puas hati dengan Pos Laju 
wpun penah barang kena ambik kat pejabat pos sebab takde orang kat rumah
tapi diorang call bagitau, takdelah senyap je 
ada beberapa siri yang penah aku share tentang kisah pos barang ni
rajin boleh baca sini

Cerita lain..

Hari apa tah, aku tertengok kat saluran 703, satu rancangan bertajuk 'Clean House'. Seorang pengacara dan 3 pembantu datang ke rumah pemanggil yang buat aduan, mintak tolong ajar diorang macam mana nak kemas rumah diorang.

makcik 'Niecy Nash' yang jadi pengacara

korang mampu duk dalam rumah macam ni?
rumah ke stor?

Episod yang aku tengok tu kisah suami isteri yang dah 4 tahun kawen, si suami masuk rumah isteri bawak sebiji sofa je (itu pun sepupu dia bagi) dan selebihnya reta benda isteri nya dan peninggalan mak ayah si isteri. Kerana cinta, si suami terima je rumah macam stor barang tu tanpa banyak soal. Tapi akhirnya si isteri sedar, kena berubah sebab kesian kat suami .. selama kawen tak penah ajak family suami datang rumah mereka sebab rumah diorang tak macam rumah orang lain.

Memula grup Clean House akan datang tengok rumah, tanya kenapa jadi macam tu? konsep apa diorang nak bila dah siap bersihkan rumah nanti. Pasangan ni kata, bukan dia taknak kemas, tapi bila si isteri cuba mengemas .. dia akan mula menangis sebab banyak kenangan bersama mak ayah dia dulu. Pegang pinggan teringat kat mak, pegang piring hitam teringat ayah.

Sudahnya, 4 tahun .. duduklah diorang dalam rumah yang penuh dengan barang peninggalan mak ayah dia. Suami pulak tak sampai hati tengok isteri bersedih bila nak kemas rumah, dia biar kan jelah. Sampai satu tahap, kucing peliharaan mereka yang dah nyanyuk mula berak merata-rata. Berak atas karpet dalam rumah sampai busuk satu rumah, dah tak tahan busuk .. itu yang panggil team Clean House datang.

Bila nak ubah suai rumah, mestilah perlukan $$ , tanpa mengeluarkan belanja, team Clean House akan buat Garage Sale (Jualan Laman). Semua barang masih elok tapi jarang guna diorang jual murah2 kepada yang berminat. So banyaklah cd piring hitam milik ayah si isteri di jual. Sian tengok si isteri yang berat hati nak jual barang2 mak ayah dia. Tapi nak simpan sampai bila?

Akhirnya, dapat sikit $$ untuk kos ubah suai, team tu pandai buat keje pertukangan. Sekelip mata rumah yang macam stor jadi cantik. Suka aku tengok perubahan rumah tu.

Rasanya.. kita pun penah alami kes macam ni kot. Contoh macam aku, masa pindah opis tahun lepas, ada 3 kotak sampai sekarang belum bukak. Maknanya, aku boleh je buat keje tanpa barang2 tu kan? Kat rumah pun sama, minggu lepas .. aku buat 5S kat rumah. Semua bekas2 plastik yang tak guna aku asingkan dalam plastik besar. Lepas dah habis kemas, terkejut tengok betapa banyaknya 'sampah' dalam rumah yang aku simpan tanpa sedar.

Jual kat lori yang beli barang buruk (aku bukan nak jual, aku nak mintak dia tolong buang je, tapi dia hulur rm2 untuk barang plastik tu, so ambik jelah), dan sekarang aku tengah nak buat konsep ala JEPUN 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa) semua baju2 yang dah tak muat (nak tunggu slim macam tak berapa nampak hala tuju). huhu.

Seronok jugak mengemas ni, salah satu senaman yang tidak mengeluarkan modal .. berpeluh macam joging satu taman. Jom berkemas sambil bersenam konsepnya (^_-) 
#bersenamlahsangat



Comments

t.a.t.a said…
Dulu masa turunkan rumah atas ke bawah memang banyak junk yang kami buang. Konon nak bagi ruang lapang. Tapi bila rumah dah siap aku rasa masih banyak junk tu semua. Mana datang pun aku tak tahu la.
Qashmere said…
Mak aih kalau rumah selerak macam tu. Jenuh okayyyyyyyyyyyyy
Unknown said…
aku dah jual sebahagian besar komik husband aku aritu.. ni dia kumpul lego pulak.. sampai satu masa nanti ada yg kena jual jugak tu.. hahaha...
sweetie said…
Saya pun tengah berkira-kira nak mengemas dan mengecat semula rumah ni Irfa... Banyak juga benda2 yang nak dibuang tu...
Unknown said…
"Sayang barang" tu perkara biasa.. tapi kalau dah kena hidup dlm umah yg mcm kat atas tu.. mcm x gamak la pulak..
Mtk maaflah...aku pun syg brg TAPI AT LEAST, kemaslah kot? Aku pnh tgk cite ni dgn suami. Setiap kali TERTENGOK, aku ngan suami bt dosa mengata. Messy kot! Sbnrnya maleh nak mengomeh ni...heheheheh!
Rumah Kuning said…
saya pun ada 2 bilik tidur yg dah jadi macam stor. hehehe. bila la nak mengemas.
paridah said…
ada rumah kena rajin kemas rumah...agar jadi rumah itu syurga duniaku....
emarieys said…
stress kalau semak mcm ni...hehehe...
azieazah said…
Kak Azie pun selalu tengok siri Clean House ni. Rumah tu ditransform sekelip mata jadi berubah 360o. Cool. Seronok la kalu ada team yang sanggup buat camtu kat rumah kita, kan?
Zaitun said…
Kak Zai selalu tengok rancangan ini, boleh buat tauladan dan panduan bagaimana cara nak mengemas rumah.
Mak Wardah said…
Kl ada Irfa akaklah yg paling happy n kl ada peraduan mvm tu akak menang...Alhamdulillah
happyichigo♥ said…
Salam kak irfa,
Oh dira suka rancangan ini. Selalu pasangan degil tak nak jual barang yg menyemak tu, pastu gadoh salakan pasangan masing2. Eei camner le boleh hidup dlm rumah penuh sesak.. Sbb brg mak bapak, anak2 jd mangsa
Lady Windsor said…
Irfa,
akak pun macam tu..bila berkemas, semua barang yg dipegang rasa saying caner tu?
penyudahnya pejam mata, buang je sebab memang dah tak berfungsi
pun barang tu..kena kuat semangat kalau berkemas ni kan..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t