Morning Uolls ...
Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni
- kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll?
- kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet?
Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku, sini, sini, sini dan juga sini. Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye.
Okey, ni baru cerita sebenar..
Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos', so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas).
Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer).
Jumaat, barang lom sampai .. okey lagi
Sabtu, aku balik Cheras, balik umah Ahad, aku bajet barang dah sampai Sabtu tu, call pengasuh, xde jugak sampai.
Isnin (semalam) , petang balik keje .. ambik anak, pun takde jugak barang tu
wsap penjual, katanya dah pos Khamis, dia bagi tracking number (masa pos barang tu tak bgitau pun, aku tanya baru nak bagitau), tadi aku check tracking number dalam laman web Skynet.Com ..

call cawangan, jam 9.05 tak jawab kol (sibuk barangkali)
call lagi jam 9.15, lelaki yang jawab call, aku bagi Tracking Number
aku kata
'dalam sistem barang dah sampai Nilai 13hb, kenapa belum hantar?'
katanya
'okey kak, barang ada, akak duk mana? hari ni cuba hantar, semalam staf cuti'
(customer servis panggil customer 'akak' sangat profesional korang ye
satu lagi, alamat terpampang kat barang tu, ko boleh tanya customer balik)
*tarik nafas.. hembus*
staf korang cuti, itu masalah customer ke?
kesian penjual kena marah sebab barang tak sampai
aku wsap penjual cakap barang ada kat cawangan Skynet tapi lom hantar
dia minta maaf tapi tak boleh buat apa
katanya, ramai customer marah dia pasal ni
tapi dia terpaksa guna servis ni sebab ada kontrak sampai hujung tahun dengan Skynet
dia janji, lepas ni akan guna Pos Laju
(sian pulak aku dengar)
'dik, maaf la ye sebab akak wsap kamu banyak kali
kalau ada mslah bagitau, jangan diam je
orang akan paham kalau kamu terus terang
diam tandanya setuju (macam orang datang merisik)
jadi diam kamu itu orang akan fikir kamu yang salah'
haha, macamlah dia baca blog aku
seperti dijanjikan, kita tunggu petang ni
harap2 ada la sampai
kalau takde jugak, esok aku meroyan kat sini lagi
sian korang kena baca, hihi
xoxo
Comments
Sbnar masing2 pos mmg ada msalah kadang tu...payah juga nak guna pos yg btul2 efisien nih...!
takper nak meroyan pun blog kitakan...
Masalah biasa yang saya alami adalah barang lambat sampai dan mereka tak call. Procedure mereka yang saya tahu adalah, contohnya kau hantar barang hari Isnin. By Selasa supposedly sampai pada customer. Tapi bila rider datang rumah dan tiada orang di rumah, mereka akan bawa pulang barang tersebut. Esok nya hari Rabu kalau masih tiada orang di rumah baru mereka akan call dan arrange nak hantar ke mana barang itu.
Memang annoying procedure itu. Apa guna no tel kalau esok nya baru depa nak call kan?
Yang aku selalu kena as a customer adalah barang rosak di tengah jalan. Supplier tak nak bertanggungjawab, Skynet pun tak nak bertanggungjawab, akhirnya kami la yang kena tanggung kerugian. Kalau barang tu kau apply untuk insuran pun, ia akan cover dalam RM100 aje. For example yang kami selalu hantar adalah laptop. Kos sebiji laptop dalam area RM1.5K, insuran cover RM100, baki siapa nak tanggung?
Tapi alhamdulillah kes laptop hilang belum pernah berlaku lagi.
Lagi satu staff depa tu ada yang lack of education! Ni yang paling aku bengang!! KEBANGANGAN mereka menyebabkan kami kerugian RM! MEMANG BONGOK!
Sakit hati aku bila kenang balik kes tu. Aku pernah buat entry pasal tu.
pernah beberapa kali diaorg bagi alasan tak dpt buat delivery sebab takde org. walhal alamat yg kami bagi ialah alamat pejabat/kompeni. mustahil takde orang...!
Bila check track no..still pending..
Bila call dia kte brg ade at opis x bwak kuar lg..aik pelik ngape plak kn..
Alasan dia..
"Staff cuti emergency"
"Lori breakdown x leh hntar brg"
Nyampah dngar alasan sengal cmtu...
Baik pos msia..pndai cri alamat, cpat..
Ni tunggu org call bru terhegeh hntar..ape gune byar mhal...mnyirap je
kata pos khamis gune skynet shari je smpai tp x smpai2..pastu tracking no.x nak.bg..byk.je alasan.msuk.hosp la..hrp btol la..tggu isnin ni cmne..dah la bukan kite yg order ..lau tipu kite nak kne gnti..bratus pulak tu. .mm harap smpai la kau brg..huhu
Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 2 (Finale)
Yang seller plak..ada problem x plak bgtau customer..bila tya tracking number pun..dia bukak wasap(baca)..pastu..krik...krikkk..
What do u expect? Of course la aku pun naik meroyan..Len kali bgtau la kalo ada apa2 masalah..
Sampai sekarang barang x sampai lagi..huhuhuu..
I pun niaga gak..tapi mmg guna poslaju..poslaju is the best👍👍👍
Chek tracking no...shipment problem...tapi x ade pun tinggalkan kertas ke ape, nak suruh ambil kat mane? Adoii....cust aku dah bising pasal barang dia lmbt...sabo jelaa....