Skip to main content

Alhamdulillah, Glucose (Fasting) 4.4

fuh, penatnya menapak
baru balik dari pejabat pos, masih lagi beratur panjang
ASB lom abis bagi bonus, hihi
ada satu kejadian, sib baik staf pejabat pos terperasan
aku hampir mengirim barang ke alamat sendiri

pastu singgah klinik
ambik result yang check darah tu ari
ambik darah 31/12/2013
patut ambik result last week
tapi terlupa 
# banyak sangat benda nak kena ingat, huhu

UPDATE:ramai yang bertanya 'kenapa ada perkataan 'fasting' dalam (kurungan)
itu maknanya result selepas berpuasa dr jam 10 malam hingga 8 pagi
sebelum di ambil darah untuk test pada esok harinya
4.4 
( paras normal 3.9 - 5.5 )

alhamdulillah, doctor kata result normal
normal tak bermakna lepas tu boleh melantak sakan
seolah tiada lagi hari esok ye adik kakok
kena jaga2 makan
wpun aku tak minum air manis, tapi aku penggemar nasi yg tegar
penyakit nak datang laju je, nak mengubat tu yang lambat sikit

okey, dah boleh tido lena
lalalalalala


Comments

Unknown said…
ehehe..tahniahh~~!! kipidap!
t.a.t.a said…
Kak Irfa, apa maksud nya tu? Kenapa ada fasting dalam bracket?
Bagusla akak ni. Saya pun x pernah monitor tahap kolestrol saya. Time ngandung jer p check.
x lalu nak minum air gula tu
mummY daniSha said…
oklaa tu..sy kejap tinggi kejap ok hahaa...
Unknown said…
tahniah... Tapi jngn rajin nak kontrol mase buat checkup je.
t.a.t.a said…
Tak ingat la dah komen ke belum?

Kak Irfa. Apa benda glucose (fasting) tu? Kita tak faham la.
rostina76 said…
salam maulidur rasul. Allahumma Solli'ala Muhammad.
syukur dgn nikmat sihat yg ALLAH kurniakan
Jari Manis said…
Try gak pegi ASB..ya ampun...sampai kt luar org beratur itu belum campur yg duduk kat kerusi lagi

Aha..okl ah tu dalam range...alhamdulillah...nk buat camno..org melayu kan suka mkn nasik..JM pun sama..klaau nasi dlm 1 hari tu tak boleh duduk diam..pastu pulak 2 kali sehari tgh dan mlm huhhu
azieazah said…
Ahaa la nak jugak tahu kenapa Glucose tu ada “fasting” dalam bracket tu. Maksud?
Irfa said…
RAI..
ko ucap TAHNIAH, mcm aku post gambar urine test untuk peknen lak ye
hahaha
Irfa said…
TATA..
fasting (puasa)
kerana sblm ambik darah utk test, kena posa dr jam 10 malam sampai jam 8.00 pagi
pepagi jam 8.00 dah tercongok kat klinik nak ambik darah
Irfa said…
MIN..
bukan suka2 nak check pun
tp sbb ada kencing manis masa peknen, kenalah check balik takut jadi penyakit kekal
Irfa said…
MUMMY DANISHA..
doc kata, lps makan konfem semua orang akan naik paras gula nya
Irfa said…
TIFA..
result yang ni x kontrol sbb mmg kena puasa hari sblumnya
tp masa peknen penah lah tipu
bila hari kena check darah..kontrol makan satu hari
tp fikir balik, itu namanya tipu diri sendiri,huhu
Irfa said…
TATA..
dah jawab kat atas dan dah betulkan juga dalam entri :)
Irfa said…
SIS ROSTINA..
salam maulidur rasul juga
terima kasih
Irfa said…
JM..
itu lah, ramai sungguh pemegang buku biru tu ye :)

bukan xleh makan nasi lgsung, cuma kena kurangkan
kalau biasa makan pinggan penuh, cuba makan 1/2 pinggan je
hihi # masih mencuba
Irfa said…
SIS AZIEAZAH..
hihi, sy dah betulkan kat entri
tak sangka ada jugak yg alert dgn perktaan 'fasting' tu
Unknown said…
wakaka.. kalau pos gambar urine test peknen aku terus call..hahaha..
QasehnyaRania said…
tahniah di paras normal

QasehnyaRania said…
alhamdulillah. legakan tapi tu la ttp kena berjaga jaga pemakanan skrg ni
dekdaa said…
Org mesia dgn NASI kan kamceng.. mana buleh berpisah hehe!
Sy tiap2 9pg melantok nasik.

Sy 2xbuat test kencing maneh & glukose... paras normal.
walaupun pada dasarnya cuak sebab pg ptg siang mlm duk melantok TEH AIS + eskrem.
(ada 1tahap dah geram sgt.. meratah gula + kicap sebab berat tak naik2 masa peknen) hu hu hu.
*jgn tiru aksi ini* :P

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...