Skip to main content

Borong Cotton Untuk Baju Raya, Baju Kerja Pun Boleh


dah tempah baju raya?
kemain menanya orang, aku pun belum lagi, haha
dah beli kain masa gi Medan tu hari
tapi untuk aku je, anak2 dara belum lagi

kebetulan aku dah jumpa stok cotton cantik kebabom ni
apa kata kita beraya pakai cotton
anak-anak mesti nampak comel pakai cotton kan?
kain sejuk dan nyaman je, boleh pakai beraya pagi sampai petang
takdelah belum Zohor dah mintak tukar baju

nak beli sepasang pun boleh
nak borong jugak di alu2kan

jangan memalu, wsap@sms 016-6116459
we chat takde, baru je uninstall, tak muat memory, huhu

ni sebahagian corak yang aku tunjuk
ada ratus2 lagi tapi kena wasap lah
kang jem pulak blog ni nak sumbat sumer gambar 

note:
kain bidang 60, 3.5 meter sepasang dah siap potong
yang bersize comel pun boleh, sebab kain bidang besar    

C1

C2

C3

C4

C5

C6

pilih jangan tak pilih
# emm, aku dah target beberapa corak
harap2 takdelah sama ngan pilihan korang
tp kalau sama pun apa salah nya
bukan kita raya kat kampung sama kan?


 (^_^)

Comments

Nastyna said…
I suka cotton, sejuk jer pakai tapi setengah orang tak suka sebab macam kampung kata depa. Pedulik, I suka.
Unknown said…
dulu orang kata cotton ni kain orang semekin..sekarang dunia makin panas.. semua nak pakai kain cotton kan.. hahaha..
emarieys said…
semuanya cantik-cantik..cotton best kainnya sejuk.
Kamsiah yusoff said…
cantik..akak suka..

pergi jahit cepat2...tailor tak mau amik dah lps bln 4 hehe
Yunus Badawi said…
Kalau sama nanti boleh buat kumpulan boria …. hehe
JunAina said…
Orang kampung saya panggil kain chik.
t.a.t.a said…
Nak lain lagi kak.
isme_cv said…
i love cotton....belanja me plss..hehe

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...