Skip to main content

Anak-Anak Dan Hari Guru 2014

Salam Jumaat untuk semua

nah! jemput tengok banner Hari Guru yang aku cilok dari wsap
# wsap grup zaman sekolah ramai cikgu-cikgi, aku je yang tak 'menjadi' cikgu  




ramai kawan2 cikgu buat umah besar kat kampung
sapa kata cikgu tak banyak duit, hihi

dan sedikit kisah anak2 malam tadi

Balik keje semalam terus pecut ke Hospital Seremban
melawat sil yang bersalin kembar (dua2 lelaki)

sampai umah, si kakak dan si abam dah balik dari sekolah

SI ABAM
tengah membalut sesuatu dengan kertas balut hadiah
+ balut apa tu abam?
- hadiah untuk cikgu abam lah, esok hari guru
+ abam beli apa?
- tak beli apa2, abam bagi bekas cantik umie kat dapur
*bekas cantik? aku mana ada pinggan mangkuk lawa pun, muskil nih*
sekali aku mintak tengok, terkejut terus
rupanya dia balut doorgift bekas telur kenduri kawin

ni ler doofgift yang dibalut utk cikgunya
uwaaaaaaaaaaa, anak oi
nanges cikgu korang dapat bekas telur ni di Hari Guru

SI KAKAK
- kakak taknak bagi apa2 pun takpe
+ ye ke? macam tak percaya je kakak cakap camtu

Si Ayah boleh lah mengusik
'tu ambik set pisau dan pemanggang ajaib yang umie nak jual tu bagi cikgu'

aku jawab
'boleh je nak bagi, nanti cakap kat cikgu, hujung bulan bayar'
hahaha

hati Ibu, setakat mana lah sangat
aku takkan sampai hati tengok anak2 putih bila kengkawan bagi hadiah kat cikgu


masuk bilik, geledah kotak2 masa pindah rumah tu hari
jumpa 2 biji frame yang belum buka dari plastik
memang dapat free, tapi tak penah guna
bagi kat anak2 suh balut cantik2, lekatkan kad ucapan handmade
setel hadiah Hari Guru tahun 2014

~*~*~*~*~*~*~

ye, aku tahu cikgu2 diluar sana tak harapkan hadiah dari anak murid
cuma budak2 ni rasa teruja nak tunjuk sayang mereka pada cikgu
walaupun cuma sebatang pen, tetap jugak nak bagi

seingat aku, zaman aku sekolah rendah dulu
aku penah bagi cikgu kesayangan
hadiah kecil macam pen, tisu kotak, sabun, mug dan frame gambar

dah sekolah menengah, ujung2 nak habis sekolah tu
share duit satu kelas, beli hadiah yang ada harga sikit untuk cikgu kelas
@ tempah makanan jamu semua cikgu2 datang kelas

korang pulak, apa hadiah yang penah bagi kat cikgu kesayangan korang?
dah lupa? ye, paham
dah lama sangat tinggal zaman sekolah, hihi
# tak sampai hati nak cakap dah tua, hihi

(^_^)




Comments

bangsawan nilai said…
masa sekolah dulu, bdk lelaki biasanya tong-tong duit mintak bdk pompuan belikan hadiah utk cikgu. tak berapa reti pilih hadiah, apatah lagi nak bungkus membungkus hahaha
paridah said…
baca n3 irfa yg menyukakan hati sempena hari guru...di rumah ni ada juga guru yg bakal bawa balik hadiah drpd murid2nya...
Acik Erna said…
pandai abam ngan kakak tak mau susahkan umi untuk belikan hadiah hari guru
t.a.t.a said…
Dulu hadiah paling senang bagi pada cikgu adalah tisu kotak. Hahahaa.
Nastyna said…
dulu arwah bapak kita cikgu, memang hari yang mengujakan untuk anak2 beliau sebab nnt berguni2 hadiah dia bawak balik, arwah sangat garang tapi paling femes jugak di hari guru hihihi. now my adik menurun jejak jadi cikgu. motif citer kat sini? sajerrrrr :p
isme_cv said…
So, abam bg apa utk hadiah hari guru?
Aziela said…
Masa zaman akak dulu, tak ada kot anak2 murid bagi hadiah pada cikgu. Tapi akak pernah merasa jadi guru sekolah rendah, so bawak balik hadiah sampai tak muat tangan dan beg.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...