Skip to main content

Fenomena Oat

Dah lunch?
aku dah 
(gabungan mantap nasi putih+sup ekor+sambal belacan)
Alhamdulillah, selera makan pun antara nikmat Rezki dari Allah
ada orang yang duit berkepuk tapi tak lalu makan (tengok makanan je muntah)
@
tak boleh makan (sebab penyakit)
so, makanlah tapi dengan kadar berpada2

Percaya tak kalau aku kata, Malaysia sangat kaya dengan makanan
Negara lain mungkin ada kes mati tak makan
Tapi negara kita mati sebab terlebih makan, hihi

Pastu, ada musim pulak
aku bagi contoh makanan bermusim yang penah jadi fenomena
antaranya Apam Polkadot
pastu Pavlova
datang pulak Macaroon
kendian Red Velvet
Cheese Leleh pun ada
Popia Nestum pun tak ketinggalan
macam2 nama

bila tengah musim, sana sini duk upload kat Fb
resepi pulak macam2 versi

sekarang kat mana2 opis duk menggila jual Oat
macam2 harga ada
ada jual rm10, ada yang sampai harga rm18/sepeket besar tu



dengan ayat power takleh blah
'bagus ni untuk yang nak diet, dari makan cekodok petang2, baik makan ni'

saja nak panas line, aku cakap
'makan sepeket kecik satu hari sekali mungkin boleh kurus
tapi kalau saya sekali hadap sepeket besar tu, konfem tak kurus gak'

# ops, daku tidak menjual oat ini ye

sekian
sekali lagi entri takde motif untuk hari ini

(^_^)


Comments

kayyana said…
biskut ni kalau buat kudap kudap petang hari kat opis memang sedap... bukan mak mak je suke.. kanak kanak riang pun ske... hehehe
QasehnyaRania said…
yg ats x pernah jupe lg. hihi
kan penomena sgt skrg ni :)
msredcheesecake said…
trend skang kan? tapi akk tak penah makan lagi
eija_sweetmama said…
betul tu mcm2 fenomena makanan..
sy pun kadang2 terkena penangan fenomena ni antaranya durian crepe dan cheesekut, tergoda tgk makanan..nak puas hati tu yg cuba buat sendiri..

sama la dekat opis ni puna da yg menjual, tp oat ni mmg sedap..
Nastyna said…
betui betui betui, orang kita makan macam-macam, bnak lagu jalil hamid tu kan, penyakit pun mostly related to makan makan makan. kat sini mmg takder nyer fenomena makanan ni semua, tempat kita meriah I tengok, jeles tau.
zana-norzana said…
Salam Irfa, pergi ajer ke Zemart
Kat Zemart dah ada jual
harganya RM10
Unknown said…
Irfa..
Tgh membayangkan nasi putih.. sup ekor & sambal belacan
(w'pun K.Sham x mkn sup ekor - high kolesterol - arahan org tertentu)
Oat - tengan berjemaah dgn segala suku sakat OAT ni.. bukan diet sbb nk kurus tp diet sbb nak sihat.
Persediaan sebelum balik Tanah Malaya.. nnt semua nak telan.. semua nak jamah.
Mau melantun-lantun medical record lps balik raya nnt

- Sorry yek.. terpanjang komen la pulak..
Zareda Norman said…
Kak zar beli 13 hengget beli tiga bungkus terus. Tamak haloba.. last last tak.boleb telan sgt sbb ada rasa susu tu kuat... che kiah meloya plak.. huhu
Aisyah said…
ifa..setujuuu..owg malaysia sgt bertuah sebenornye...byk nikmat yg Tuhan limpahkan pada kiter..semoga kiter jadi owg yg bersyukor selalu..

pegi le mana2 muka owg malaysia merata2..
paridah said…
MACAM2 JENIS MAKANAN ADA PILIH SAJA YA..
http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award_19.html
t.a.t.a said…
Sedap tau kak. Melambak kakak ipar saya beli utk kudapan anak² di rumah nya. Saya pun ngicak sket. Hehe.
MOKCIK AZWA said…
Anak2 Azwa pun dah terberkenan dengan biskut oat tu irfa...tapi memang sedap..Azwa suka..terutama yang dgn white choc tu..mabeles..

Alhamdulillah..baru lepas makan berlaukkan ikan keli dan terung masak sambal..yummyyy
bangsawan nilai said…
jiran aku salah sorang 'pembekal' oat ni. ada juga beli utk anak-anak, tapi diorg cepat muak, mana taknya sekali hadap habis sebungkus besor. kalau ada oat perisa masak lomak cili api, lagi ok kot hehe
Unknown said…
aku makan kawan aku tokey jual benda ni.. free.. hehehe..
4124MIA3 said…
betul2.. dah kalau sekali hadap satu bungkus tu mana mau kurusnya.. ;)
akak beli oat tu pun sebab nak bagi anak2 rasa.. kan tengah fenomena sekarang ni..
mdmnissa said…
Ya Allah, sedapnye..kat tempat sy susah nak jumpa..uwaaaa!
sarah said…
memang femes la oat ni...mual dulu murah..sekarang dah naik rega..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...