emm, cam dah nak basi dah citer ni
kejadian berlaku pada Ahad dan Isnin yang lepas
cam malas je nak perah otak ingat balik apa yang berlaku
tapi dah kata 'My Diary My Story'
kenalah citer gak kan, hihi
okey, ni sambungan kisah im sleepy
ye, memang sleepy giler
flight delay, sampai klia jam 1155 malam
sampai umah lebih kurang 1220 malam
esoknya seret kaki mandi untuk gi keje
bukan takleh sambung cuti, tapi sayang nak cuti
dahlah cuti tinggal seciput je lagi
Disember lagi 7 bulan, huhu
tengok tajuk pun dah tahu aku gi mana kan?
nah boarding pass sebagai bukti bergambar, kikiki
ni kali ke4 aku kesana
# orang dah ulang alik 10x sebulan tak citer pun, hihi
sedikit mukaddimah
pertama kali kesana, day trip dengan grup seramai 6 orang
pegi pagi balik malam
giler penat kalau di ingat balik kisah dulu tu
kali ke2 dengan trip 4 orang
sempat bermalam 1 hari
kali ke3 dengan adik aku dan kakak opis
ber3 dan tido semalam
# penah tulis tapi malas nak cari link kisah2 sebelum ini, huhu
ni kali ke4 aku kesana
dan ini kali ke2 aku pegi ngan kakak yang sama
dulu ber4, kali ni kami ber2, dah lama idamkan trip kami berdua je, hihi
sori akak ye, jadi model blog kejap jangan marah nanti tak chomel |
kali ni takde gambar aku
mood nak bergambar klik sana sini pun dah takde
sebab ini bukan kali pertama, so tak delah eksited macam kali pertama
kami ambik flight jam 9 pagi
sampai sana, naik bas ke Ben Thanh
tambang 5000Dong sorang
bagus untuk yang berjimat macam aku dan tak kisah naik bas
lagipun kami bukan nak kejar masa pun
enjoy naik bas tengok gelagat orang tempatan
note:
kalau nak naik bas, keluar je dari balai ketibaan tu
belok kanan , jalan terus kedepan
nampak bas seberang jalan tu
depan cermin tulis Ben Thanh
naiklah bas tu, kalau beg besar, dia charge tambang beg sekali
tambang ko Dong5000, beg pun sama jugak lah Dong5000
lebih kurang 20@30 minit dalam bas, sampailah ke bus stop depan Ben Thanh
seret beg cari hotel
kami pilih Thanh Thu Hotel
dengan sewa bilik USD25 satu malam
bilik tak besar tapi sangat selesa bagi kami berdua
Thanh Thu sebelah Saigon Pink Hotel
kawasan yang agak sibuk dan semuanya ada di satu tempat
sederet dengan Kedai Basiroh yang jadi tumpuan ramai warga Malaysia
# for info, aku tak penah booking hotel, just walk in je
banyak hotel kat sana, tak payah risau kalau tak book
cuma kalau musim cuti, rega mungkin mahal sikit lah
katil yang muat2 untuk kami yang bersize 'chomel' ekon super sejuk, sib baik tak demam |
ops, baru perasan yang kami langsung tak buka tv masa kat sana hahaha |
okey, sambung esok
bye
(^_^)
Comments
Macam dah balik kampung la pulak kekdahnya..
Bulan 11 ni nak g lagi dengan Bos sy, nak kirim apa2 tak?