# mood raya sudah datang
opis pun dah sunyi, dah banyak kerusi dan meja kosong
tapi aku pekerja mithali ni masih setia menghuni meja hujung tepi mesin fotostat
sambil berfikir 'nak raya mana dulu?'
Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras
*belek kelopak bunga mawar berduri*
oklah, tadi dah pos sebahagian kad raya spesel sempena GA yang lepas
tapi ramai lagi yang belum kasi alamat
korang tak sudi ye? huhu, sedih kita tau
untuk yang lain, jangan sedih
nah ambik sorang sekeping kad raya
jangan rebut2, kat belakang banyak lagi, hihi
jangan lupa gantung tau
*gambar kad raya mesti ada ketupat, baru rasa nak raya
ketupat dan raya adalah sinonim*
maaf kalau ada tersalah bahasa selama berceloteh dan berbalas komen di blog ini
hati2 dijalan raya untuk yang memandu pulang ke kampung halaman
# ngeri tengok gambar mangsa kemalangan yang diorang duk share kat grup, huhu
jumpa lagi lepas raya, Insha Allah
(^_^)
Comments
Berhati-hati dijalan raya ^___^
dah pos ke kad kita..hikk..hik..supriselah kita balk kg tgok ada kad rraya kat kita..
mrs baru jer kasi alamat hihi