Ini sambungan entri semalam
lepas dah kenyang makan nasi kenduri
adik lelaki bawak kami ke sini
One City Mall, Skypark
first time jejak kaki kat sini
tak nampak pulak butik jual baju macam sopim mall biasa
yang aku nampak banyak restoren cina dan restoren jepun
(jepun ke korea tak pasti ler, sepesen je)
payah nak jumpa muka melayu kat sini, chinese memang ramai ler
tujuan bukan nak membeli pun
tapi nak naik atas bumbung kaca tu je
ramai duk share bergambar atas lantai kaca tu
sumber dari SINI |
meh bergambar kenangan
sesuai sangat bergambar dengan bendera
sebab esoknya Merdeka Day, 31 Ogos
budak tak tahu gayat, aku pulak yang risau kot pecah cerminkaca tu |
ingat abam je tak reti takut, adik pun sama |
lama gak kami kat situ
panas gile kat atas tu, cair lemak i, huhu
masa nak balik ada nampak kedai jual handphone murah
murah kot dari kedai biasa
so singgah sebab mak nak beli handphone
katanya nak handphone yang ada whatapps
kelas nenek zaman sekarang
taknak dah guna sms, nak whatsapps pulak
siap buat grup whatapss anak-anak
senang nak tengok gambar dan video cucu2 katanya
# sekarang ni duk hantar gambar menu yang mak masak
semalam masak nasi arab (yang aku jual tu)
nanti tahan jelah mata bila mak upload menu yang lain
silap haribulan ikan goreng pun share kat grup, hihi
balik dari One City Mall
kami ke KLIA2
nantilah citer ye
Comments