Assalamualaikum...
Moga semua yang singgah sini ceria-ceria hendaknya. Ni ada benda nak tanya.
Kisah biasa je, saja nak ngada2 ngan korang. Boleh gitu?
dia dan sepupu menadah muka depan maksedara nya maka ini le hasilnya sanggup cakap pakai bahasa isyarat, takut gincu tanggal |
Sikenit ni tahun depan dah 5 tahun. Kalau ikut sejarah kakak n abam yang lepas, tahun depan dah patut hantar tadika. Tapi masa kat taman lama, pendaftaran tadika swasta masih lagi kategori murah (pendaftaran dalam bajet rm300-500 dan bulanan dalam rm100-rm150). Nak kata pandai sangat tak jugak pun, cuma kenal lah huruf dan nombor sebelum masuk darjah 1.
Kat taman baru ni, ada 1 tadika Kemas (aku ada sejarah hitam dengan tadika Kemas cawangan yang sama masa abam umo 5 tahun, penah citer kat blog lamaaaaaaaaaa dulu, malas nak korek balik entri lama. Tapi bila ingat balik rasa macam toreh balik luka lama). Selain dari tu, semua tadika swasta. Ada Smart Reader Kid, Genius Aulad, Krista dan beberapa nama lagi.
Jiran aku offer gi tadika sama ngan anak dia, nanti dia boleh hantar dan ambik sekali. Agak menarik dan menenangkan fikiran kalau terima offer tu. Tapi masih berfikir2 lagi. Pendaftarannya buat aku rasa nak pitam kejap, + rm50 genap rm1000. Bulanan rm250. Adoi, tepuk dahi kejap. Bagi yang ado-ado, mungkin biasa. Tapi bagi yang ala-ala, mahal macam daftar masuk kolej@U.
Sebenarnya berbaloi ke hantar anak tadika umo 5 tahun?
Rasa cam kecik sangat lagi, tapi kalau duk umah pengasuh, ngadap tv jelah
tapi dia dah rasa besar sangat dah, hari2 tanya 'bila nak hantar kita pegi tadika?'
Nak ajar sendiri tak konsisten pulak, masa rajin ajar lah. Tak rajin, kita cotiiiiiii
Elok member baru nak ingat, cuti 3/4 ari..langsung lupa apa yang diajar
Korang anta anak tadika umur berapa?
Tadika apa?
Pendaftaran memang rate tu ke sekarang?
Ada pengalaman sila share ye
TQ in advance
daaaaaaaaaa
Comments
Pada saya mengajar anak-anak kecik ni mudah je... sambil masak pun boleh ajar... misalnya kalau kita tengah pegang sudu, kita tunjuk dan cakaplah itu sudu... dan eja sama-sama dengan dia sambil nyanyi2 je. Kalau nak ajar bahasa omputih kita cakaplah dalan bahasa inggeris... budak2 senang dapat Irfa... otak diorang macam komputer baru dan fitrahnya semua anak-anak dilahirkan bijak... terpulang pada kita bagaimana mahu mengisinya. Ini pendapat saya Irfa... dan inilah yang saya buat pada anak-anak saya dulu.
tapi kids need more explore than ask them to study hard sgt..
so yang basic2 tu boleh jer.. yg penting sekali diorng happy and enjoy during the classes..
yuran bulanan Genius Aulad anak saya RM268..
saya rasa, sekarang ni mmg bisnes yg mahsyuk kalau ada chain / franchais tadika..
registration tu ade dkt rm1k jugak,,mengalahkan masuk U skrg ni kan..
Salam kenal..
Pengalaman saya pulak hantar anak ke tadika umur 6 tahun. Mula-mula pun ingat hantar anak 5 tahun masih awal takut dia malas pergi sekolah. Tapi sangkaan saya meleset bila umur 6 tahun anak saya baru mula pandai membaca dan mengira jika dibandingkan kawan sekolah tadika umur 5 tahun, kepandaian diaorg seperti kanak-kanak 6 tahun. Terasa rugi sebab tak hantar anak masa umur 5 tahun. Bila dah dekat hujung tahun 2014 ni, dia membaca masih kurang lancar, english lesson masih banyak dia perlu tahu etc. so terasa tak sempat untuk dia tahu semua itu hingga hujung tahun ini.
Mengenai kos menghantar anak ke tadika memang pricey Irfa berbanding sebelum ni. Tapi inshaAllah hasilnya kita nampak nanti dan masa itu terasa berbaloi..
Apa pun bergantung kepada anak sekiranya Irfa nak register masa umur 5 tahun.. ^_^