Skip to main content

Paris Short Trip 2014: Sehari Suka Ria di Disneyland Paris

Salam Jumaat untuk semua yang masih sudi singgah ke sini
*maaf lambat update, macam2 perkara berlaku
* Jumaat lepas cabut gigi
lepas tu balik kampung sabtu, ahad, isnin lawat nenek
kat kampung tak enjoy makan sebab sakit gigi
dah masuk keje selasa (masih lagi mood menahan sakit)
tak tahan punya pasal, Selasa ngadap doctor balik
rupanya ada yang belum selesai (agak ngeri bila ingat balik)
susulan kes ngeri tu aku sambung mc Rabu dan Khamis
hari ni baru masuk keje semula
later aku story eh pasal cabut gigi super seram tu

okey, meh sambung kisah NI

Alhamdulillah, semua tido lena wpun tempat baru
aku kelubung dengan selimut dari kaki ke kepala, wpun dah pasang heater
tak tahan sejuk, tapi ada hati nak berhijrah ke negara 4 musim nih

kul 4.00 pagi dah terbangun, lapar
al maklum ler kat Malaysia dah jam 10 pagi
panaskan nasi segera, sambil kemas apa yang patut dibawak

kul 7.00 kerah anak2 bersiap
paksa diorang makan lepas tu paksa diorang 'membuang'
gila kejam kan?
yelah, ingat senang nak ke toilet bila dah masuk Disneyland nanti
yang berhajat besar, sila tunaikan sebelum keluar 

 Kami keluar dari apartment jam 8.30 pagi
naik tren dari Bry sur-Marne ke Marne-la-Vallee Chessy (last stesen)
di situ lah Disneyland Paris (Parcs Disneyland)
elok sampai orang dah beratur panjang

Kami tak tunggu lama sebab dah ada tiket
elok pintu bukak jam 10 lebih kurang, terus je masuk
* tiket dah print siap2, kertas A4 tu je 

Sedikit info bagi yang merancang untuk kesini akan datang
sila beli tiket online kerana lebih murah berbanding beli di kaunter

Harga tiket kami:Dewasa 70 Eur & Kanak2  64 Eur
* tapi untuk kenit tak bayar pun, kecik nampak cam budak 2 tahun size diorang*
kalau tak silap, harga tiket di kaunter 88 EUR sorang

Mula2 kita ke Disneyland Park dulu
ni sesuai untuk kanak2 baya si kenit Hajar
Kakak dan abam pun boleh jugak join untuk sesetengah permainan

 



tumpang bergambar dengan kereta Cindrella
dear Princess, sila balik sebelum jam 12malam ye
kalau tidak kereta cantik tu bertukar jadi buah labu dan si kuda kembali jadi tikus, hihi 

puteri2 kecil bersama kostum mereka, siap crown lagi
wpun rambut tak sama kaler, tapi minat tetap sama pada filem Frozen

beratur hampir sejam untuk bertemu dan bergambar secara eksklusif en mickey di belakang pentas 


tengok perarakan watak kartun kegemaran


macam panas kan? tapi panas berangin
bukan panas terik yang berpeluh tu ye


Princess Anna yang senyum riang  

Princess Anna bersama kakak dan abamnya

Princess Anna dan kakak angkatnya (Princess Elsa) yang terpisah antara 2 benua
berjejak kasih di Disneyland Paris

'hai, what is your name?'

antara souvenir yang boleh dibawa pulang, pastikan bayar dulu lah ye, bukan free, hihi
hati2 ye anak2, terlangar kalu
pecah nanti kena bayar
Once Broken, Consider Sold
Setel ke Disneyland Park, kita ke sebelah pula iaitu Walt Disney Studio

sempat jugak masuk ke Walt Disney Studio
sangat kagum dengan cara pembikinan filem dan alatan yang digunakan
nampak sangat real wpun sebenarnya semua itu dalam studio je

tengok ni? agak luas jugak kan?
macam tak sempat nak masuk semua tempat, so kita baling dadu lah ye anak-anak
 




yang belakang tu aku tak dapat naik, huhu
dapat giliran jaga kenit yang dibawah umur 


SEDIKIT INFO:

sebenarnya 1 hari macam tak dapat cover semua tempat
2 hari baru cukup kot
dan que sangat panjang, memerlukan tahap kesabaran kuasa 2 
tak sabar macam aku, pilih2 mana yang best sangat je baru beratur
ops, makanan boleh je bawak masuk dalam tu
sebab nak makan sebarangan rasa was-was
siap bawak megi cup dan air panas
 3in1 pun bawak sekali, boleh mengeteh dalam tu

barangan cenderamata sangat comel dan cantik
tapi harganya pun boleh buat 'mata cedera' sama kot
sebab duit kita murah, duit dia mahal
selai t-shirt dalam 19 EUR
sebiji mug 9 EUR
keychain @ fridge magnet dalam 4@5 EUR
boleh beli untuk diri sendiri jelah
nak beli untuk semua memang bengkok sikit lah

kami beransur balik jam 7.30 malam
masa tu hujan dah mula turun

anak2 happy, umie ayah happy
we are happy till the end
boleh gitu?

# lagi 2 episod abis lah ye, bawak bersabar eh
cam good-good je kan?

layannnnnnnnnnn

Comments

Nieda Ramly said…
ada tiket murah lagi tak irfa...hihihiii
Uish, modal bsr nak cuti2 europe ni!
SalbiahM said…
tak sejuk ke princess anna tu,tak pakai jaket pun..

jelesnya, bilalah boleh merasa sampai sini
SalbiahM said…
lupa nak inform, saya tukar url blog. jemput singgah ye : blognisalpunya.blogspot.com

sweetie said…
Puas hati jalan-jalan, gambar2 cantik dan anak-anak happy!
mamabeauty said…
hiks itulah sebabkan currency kans.. just jangan convert bak kata kawan saya hahahaha..
4 or 5 euro tu tutup mata saja..
paridah said…
mengujakan disneyland paris ni ya...princess anna comel sgt...
Zaitun said…
Tentu anak2 seronok kan dapat pergi disney.
Nastyna said…
aloohhh I punya tahap sabar untuk beratur adalah yillek, campur pulak tok laki yang sepesen tak suka beratur, bagi free pun I tak nak beratur..boleh? habis tu acanner nak ke disneyland ni? huhuu
Aziela said…
Bawak food sendiri yer? Boleh yer? Bagusnyaaaa kan.
sarah said…
bestnyaaaaa...paris oh paris..awat la jauh sangat..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t