Salam Jumaat untuk semua yang masih sudi singgah ke sini
*maaf lambat update, macam2 perkara berlaku
* Jumaat lepas cabut gigi
lepas tu balik kampung sabtu, ahad, isnin lawat nenek
kat kampung tak enjoy makan sebab sakit gigi
dah masuk keje selasa (masih lagi mood menahan sakit)
tak tahan punya pasal, Selasa ngadap doctor balik
rupanya ada yang belum selesai (agak ngeri bila ingat balik)
susulan kes ngeri tu aku sambung mc Rabu dan Khamis
hari ni baru masuk keje semula
later aku story eh pasal cabut gigi super seram tu
okey, meh sambung kisah NI
Alhamdulillah, semua tido lena wpun tempat baru
aku kelubung dengan selimut dari kaki ke kepala, wpun dah pasang heater
tak tahan sejuk, tapi ada hati nak berhijrah ke negara 4 musim nih
kul 4.00 pagi dah terbangun, lapar
al maklum ler kat Malaysia dah jam 10 pagi
panaskan nasi segera, sambil kemas apa yang patut dibawak
kul 7.00 kerah anak2 bersiap
paksa diorang makan lepas tu paksa diorang 'membuang'
gila kejam kan?
yelah, ingat senang nak ke toilet bila dah masuk Disneyland nanti
yang berhajat besar, sila tunaikan sebelum keluar
Kami keluar dari apartment jam 8.30 pagi
naik tren dari Bry sur-Marne ke Marne-la-Vallee Chessy (last stesen)
di situ lah Disneyland Paris (Parcs Disneyland)
elok sampai orang dah beratur panjang
Kami tak tunggu lama sebab dah ada tiket
elok pintu bukak jam 10 lebih kurang, terus je masuk
* tiket dah print siap2, kertas A4 tu je
Sedikit info bagi yang merancang untuk kesini akan datang
sila beli tiket online kerana lebih murah berbanding beli di kaunter
Harga tiket kami:Dewasa 70 Eur & Kanak2 64 Eur
* tapi untuk kenit tak bayar pun, kecik nampak cam budak 2 tahun size diorang*
kalau tak silap, harga tiket di kaunter 88 EUR sorang
Mula2 kita ke Disneyland Park dulu
ni sesuai untuk kanak2 baya si kenit Hajar
Kakak dan abam pun boleh jugak join untuk sesetengah permainan
tumpang bergambar dengan kereta Cindrella dear Princess, sila balik sebelum jam 12malam ye kalau tidak kereta cantik tu bertukar jadi buah labu dan si kuda kembali jadi tikus, hihi |
puteri2 kecil bersama kostum mereka, siap crown lagi wpun rambut tak sama kaler, tapi minat tetap sama pada filem Frozen |
beratur hampir sejam untuk bertemu dan bergambar secara eksklusif en mickey di belakang pentas |
tengok perarakan watak kartun kegemaran |
macam panas kan? tapi panas berangin bukan panas terik yang berpeluh tu ye |
Princess Anna yang senyum riang |
Princess Anna bersama kakak dan abamnya |
Princess Anna dan kakak angkatnya (Princess Elsa) yang terpisah antara 2 benua berjejak kasih di Disneyland Paris 'hai, what is your name?' |
antara souvenir yang boleh dibawa pulang, pastikan bayar dulu lah ye, bukan free, hihi hati2 ye anak2, terlangar kalu pecah nanti kena bayar Once Broken, Consider Sold |
Setel ke Disneyland Park, kita ke sebelah pula iaitu Walt Disney Studio
sempat jugak masuk ke Walt Disney Studio sangat kagum dengan cara pembikinan filem dan alatan yang digunakan nampak sangat real wpun sebenarnya semua itu dalam studio je |
tengok ni? agak luas jugak kan? macam tak sempat nak masuk semua tempat, so kita baling dadu lah ye anak-anak |
yang belakang tu aku tak dapat naik, huhu dapat giliran jaga kenit yang dibawah umur |
SEDIKIT INFO:
sebenarnya 1 hari macam tak dapat cover semua tempat
2 hari baru cukup kot
dan que sangat panjang, memerlukan tahap kesabaran kuasa 2
tak sabar macam aku, pilih2 mana yang best sangat je baru beratur
ops, makanan boleh je bawak masuk dalam tu
sebab nak makan sebarangan rasa was-was
siap bawak megi cup dan air panas
3in1 pun bawak sekali, boleh mengeteh dalam tu
barangan cenderamata sangat comel dan cantik
tapi harganya pun boleh buat 'mata cedera' sama kot
sebab duit kita murah, duit dia mahal
selai t-shirt dalam 19 EUR
sebiji mug 9 EUR
keychain @ fridge magnet dalam 4@5 EUR
boleh beli untuk diri sendiri jelah
nak beli untuk semua memang bengkok sikit lah
kami beransur balik jam 7.30 malam
masa tu hujan dah mula turun
anak2 happy, umie ayah happy
we are happy till the end
boleh gitu?
# lagi 2 episod abis lah ye, bawak bersabar eh
cam good-good je kan?
layannnnnnnnnnn
Comments
jelesnya, bilalah boleh merasa sampai sini
4 or 5 euro tu tutup mata saja..