Salam Jumaat
Alhamdulillah langit cerah pagi ni
Walaupun petang semalam gelap gelita siap pakej hujan lebat macam nak banjir
Kehidupan kita pun macam tu jugak
ada hari terang, ada hari mendung
Minggu lepas macam2 perkara berlaku
Bermula dengan cik abe dan si kenit On Off demam
Petang je badan start panas
Malam pun tak lena tido sebab risau diorang panas mendadak
Ke klinik ulang alik ambik darah
Endingnya En Abe admit hospital hari Khamis setelah sah denggi
Sian cik abe drive sendiri ke hospital sebab aku tak boleh tinggal anak2
ini budak taknak balik katanya (ni kejadian malam sabtu sebelum dia admit) ' umie pegi lah balik rumah, teman kakak dan abam, kita nak teman ayah' |
Elok je En Abe discharge hari Sabtu
Si kenit pulak admit hospital yang sama sebab denggi jugak
Hari Ahad bersambung dengan kakak join si kenit
badan dah naik bintik2 merah
aku tak perasan pun dia demam sebab sibuk uruskan si kenit
Kakak kat tingkat 3, Adik kat tingkat 4
Umi pulak gilir2 naik turun tingkat 3 dan 4
wad kanak2 di KPJ Seremban |
kenit kat wad kanak2 tingkat 3 suka duk spital, tak nak balik sebab bilik cantik katanya |
kakak sorang2 jaga diri kat tingkat 3 pesan minum air banyak2 supaya cepat baik |
budak kenit yang tak takut jarum n darah nurse ambik darah, boleh dia tengok orang tu cucuk aku yang beranak 3 ni pun ngeri tengok darah n jarum, huhu |
menu hospital, orang sihat makan dengan berselera je |
Aku tak bagi En Abe tido hospital sebab dia pun baru je nak baik
katanya drive pun rasa macam nak pitam
nanti jaga orang sakit, tak pasal2 sakit balik
Pastu dapat pulak berita dari kampung
The only nenek yang aku ada pun sakit, masuk hospital
Risau toksah citer lah, rasa nak terbang balik kampung
Tengok gambar nenek dalam whatapps, menitik airmata
Kesian sangat di hujung2 usianya datang sakit macam2
Seingat aku, ni kali pertama nenek masuk hospital seumur hidupnya
Umur nenek dah 90 tahun lebih takde penyakit serius hinggalah hujung2 usia ni agak2 kita sampai ke umur macam nenek ni ye? |
So far aku ok je duk spital
mau tidaknya, rehat sakan
lepak layan tv, layan wsap n fb, makan tido je
makanan hospital pun boleh tahan sedap
pastu bila En Abe datang melawat, boleh order macam2
maklumlah ler orang sihat punya selera
# ni pun rasa macam berat je bawak badan, huhu
depan hospital ada shopping mall Palm Mall Seremban hati bagai dicucuk2 nak cuci mata kat situ tapi apakan daya, kaki terikat kat katil, hahaha drama sangat ko Irfa |
TQ buat yang bertanya khabar
yang bagi macam2 petua
Alhamdulillah, ikut pengalaman aku kena denggi tahun lepas
Dengan izin Allah, selain dar masuk air berbotol2 oleh hospital
aku usahakan dengan Red Guava Jus, bagi diorang minum tu je berkotak2
En Abe merasa jugak jus daun betik n sup ketam
Kenit n kakak cuma Red Guava Jus dalam kotak tu ke
Petang Selasa, Kakak n Kenit discharge
tamatlah percutian aku selama 4hari3malam kat KPJ Seremban
TQ kepada semua staf yang melayan kami dengan mesra
sekian kisah kami anak beranak hujung minggu lepas
Comments
getir sgt ke?
malu pulak nak mengeluh sbb orang lain lagi besar dugaannya
ada yang dah berbulan duk spital sbb anak/ family sakit
saya duk 2/3 hari malu nak merungut
wah! kemana tu sampai ke oversea ye?
tak sempat jenguk blog akak
nanti free sy singgah ye
syukur, semua dah ok sekarang
mmg pun, akak buat sup ketam, tp akak yg makan
sbb en abe n anak2 alah ngan seafood
emm tu ler
macam kenduri meriahnya, haha
macam pertama kali komen je
selamat datang ye ;)
alhamdulillah.. semua dah ok
hihi, masa discharge intai tgk bil
sebelah tangan jugak kosnya
sib baik bukan sendiri bayar, kalau tak nanges kat situ
haha, kos tu boleh gi Paris sekali lagi
harap2 saya terus sihat
banyak orang nak kena jaga ;)
semoga sihat2 akak dan adik