Skip to main content

Bilik Stor Comel Bawah Tangga


Korang
macam mana korang kemas rumah?
Hari2 kemas @ hari minggu je baru kemas?

Aku ni rimasnya tengok barang banyak
Nak buang macam elok lagi
Nak simpan, dah tak tahu nak letak mana
#kain baju ler rasanya paling banyak, huhu

Pindah dari Feb lepas, dah 10 bulan kot
Rasanya macam banyak lagi belum kemas
Emm, sekali fikir benda yang berkotak2 tu tak perlu kot
Sebab dah 10 bulan, elok je kami hidup tanpa perlu bukak kotak tu

Google jumpa stor bawah tangga ni
kemas kan?
   
#tengok gambar2 stor bawah tangga ni
# teringat filem Harry Potter
kan bilik Harrry duk bawah tangga
pastu sepupu dia yang jahat tu turun tangga sambil hentak kaki
sian dia menahan habuk jatuh atas kepala








Ops lupa, rumah sekarang tak de tangga
Umah dulu je ada tangga

Takpe, simpan untuk tatapan untuk korang yang takde idea
Boleh la gosok2 cik abang mintak buatkan sebiji stor comel macam ni
hehe

sekarang aku follow 2 grup kat Facebook
Deco Rumah Ku Syurga Ku
Kami Suka Susun Atur
gile comel diorang kemas rumah, bersemangat nak buat cam diorang
tp semangat jelah, balik umah dah penat, abis tenaga dah
aptb


  

Comments

Kakzakie Purvit said…
Kakak rasa ramai yg dah occupied bawah tangga buat macam itu sekarang
Memang cantik dan lebih kemas.
:: CIKVIVA :: said…
RUMAH SY ADA TANGGA...TAPI BUAT TEMPAT PENYIDAI JE...HEHEHEH
sweetie said…
Idea utk ubahsuai tangga rumah
Hanis Azla said…
As-salam irfa..
kreatif dan cantik tersusun.. suka tgk idea2 tu semua.. akak pun ada stor bawah tangga.. tapi dalamnya penuh sebab takde rak dalam tu he..he..
Kakcik Seroja said…
Dulu kat rumah kakcik ada stor dan rak bawah tangga... ditempah dengan harga RM800. Alih-alih tahan beberapa tahun sahaja sebab sebab anai-anai buat sarang... :(
Siti Sharini said…
cantik kan..tapi sebenarnya nak maintain kekemasan tu yang payah hehehe
Acik Erna said…
rumah yang dulu ada tangga kan..boleh buat..cantik
Unknown said…
rumah aku pun takde tangga.. rumah sekarang ada lif.. tapi rumah tumpangan je..haha
Ujie Othman said…
Samalah kita, pindah bln 2. Rumah saya ada stor bwh tangga. Saya letak rak mcm kat kedai tu, susun brg situ. Lega..nak amik brg pun dah sng. Yg tak guna dah byk bg2 kat org. Simpan yg betul2 syg je.

Tiap kali masuk/tengok stor bwh tangga, mmg teringat citer harry potter kan..heheee
Cik Sibuk said…
Haha..mmg betul!! Tgk gamba rumah org, rasa semangat. Tapi pastu malasss yg amat. Ada satu tip utk kemas rumah beb. Nnti i buat post pasal tu eh.. Tunguuuuuu (chewah mcm poyo haku)
Rumah Kuning said…
saya ada jugak stor bawah tangga tapi masyaAllah.... kube lembe. hehehe
paridah said…
bawah tangga dikemas elok2 mmg selesa mata mandang...
Sama dengan kite pindah umah sekarang bulan 4 hari tu. Baju jugak la paling banyak. Ni masih duk dlm plastik itam mase pindah hari tu xbukak2. Sekali pandang macam sampah, kikiki
Kopiolimauice said…
eh kreatip plak tgok pic2 tu semua...gud idea
Zaitun said…
Rumah kak zai memang buat stor bawah tangga. Segala benda sumbat dah sesak macam2 barang.
sarah said…
sama la sya pun.balik rumah dah letih..dok tunggu anak bila nak tidoq bila nak tidoq..tunggu masa ja mak dia nak tumbang..heee
mamabeauty said…
umah i ada jer tangga.. buat rak buku.. last2 berhabuk jer.. rak buku luar n inside tu buat stor..
Bwh tangga umah aku mmg dah slmt dibuat stor. Tp overload jgk! Uwaaaaaaaaaaa!
Salina Hafis said…
cantik n nampak kemas..tapi rumah saya tiada tangga..kena cari cara lain utk deka rumah.
SalinaHafis
Nastyna said…
saya hari2 bersih sapu cuci, tapi kemas jarang sekali dongggg hahahaa. rumah kami ni ada tangga.. rumahtangga. ciss jer nak buat lawak tak menjadi :p
Rumah sy setingkat, tp ada tangga ke loteng. Syok juga kalau boleh buat mcm gambar2 dlm entry ni..
kakrose said…
kreatif lah diorang ni..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t