Salam Isnin
keje la, apa lagi, cuti pun dah takde
YaAllah, janganlah ada yang sakit demam waktu aku takde cuti ni
Pagi ni tebal sungguh kabus, rasa macam duk negara musim sejuk
# kabus ke jerebu eh? tapi rasanya cam kabus
sebab kalau jerebu mesti ada bau asap sikit
hari2 hujan, sekarang ni malam rasa sejuk je
tu yang bila pagi, bunyi alarm buat2 tak dengar
2/3 kali alarm bunyi, baru hegeh2 seret kaki masuk bilik air, huhu
~*~*~*~*~*`*~*~
Ni kisah hari minggu kami
aku dan En Abe tak sama cuti
aku memang wajib cuti sabtu ahad, tapi En Abe keje shift
memang payah nak bertemu roster dia yang sama ngan aku
jadi bila berkesempatan cuti sama
kami akan rancang cuti yang berbaloi utk anak2
# bukan lah maksud aku pegi cuti jauh2 yang memerlukan modal besar
Paling tidak keluar makan dan tengok wayang
yang penting ialah masa untuk bersama2 keluarga
# kami memang suka bawak anak2 tengok wayang
so far anak2 behave, oklah
kalau jenis takduk diam, aku pun taknak bawak
tak pasal dapat maki orang seat belakang, huhu
cite BIG HERO 6 ni best giler dari minit pertama sampai habis, gelak je bagus untuk release tension |
selain aktiviti kuar makan + tengok wayang
kami juga akan luangkan masa ziarah family (mentua) di Cheras
cuma nak ziarah mak ayah aku je payah sikit, jauh nun di Kelantan
# Insha Allah mak ayah datang cuti sekolah nanti
tak kisah lah apa aktiviti pun janji masa bersama keluarga
bagi yang bekerja, 5 hari kat opis, cuma 2 hari je dapat duk umah
masa ni lah nak layan karenah anak2
apapun kerja kita, FAMILY lebih utama
apa aktiviti hari minggu korang?
masak2 eh?
Comments
Kakak dgn abang cuti pun tak sama sorang jumaat soarng ahad... johor dah jadi macam ni sekarang.
Best ya cerita Big Hero 6? Ok, saya nak bawak anak2 gi tgk
Jurruh2 anok dio.. bestnyo :-)
Klate start uje doh ni... adeiiih.