Skip to main content

Jogging Setahun Sekali

TERIMA KASIH banyak2 untuk ucapan di entri sebelum
Baru 14 tahun bersama, masih jauh perjalanan jika umur panjang
Semoga kita semua di berkati Allah

~*~*~*~*~*~*~*~

Okey, next story please

Sebelum tu
* tepuk tangan sikit kengkawan*
Jom bagi semangat sikit untuk aku terus istiqamah

Aku ni setiap malam Sabtu berjanji ngan anak2 nak gi jogging
bila pagi Sabtu, anak2 kejut tagih janji
Tapi aku sentiasa ready dengan jawapan

contohnya:
'lain kali lah, macam nak hujan je kat luar tu'

tak pun ini 
'esok lah ye, umie tak jumpa seluar sukan'

dan selalunya ini jawapan biasa
'umie penatlah, hari2 bangun awal gi keje
hari cuti ni bagi lah umie tido lama sikit'

*tanganlaju2tarikselimuttutupmuka*
hitam menawan itu abam
si hot pinky milik kakak
n kasut tali pink adalah omie pemilik kawasan

tapi Ahad lepas aku paksa diri
kami 3 beranak keluar jogging
tinggalkan si kenit dengan en abe tido
dapat lah 5 round
(kat taman tu ada tulis, 12 round = 10000 langkah)
tapi aku mampu 5 round je, itu pun dah macam nak putus nyawa

sesekali bersenam gitu lah, sakit segala urat
malu kat aci yang jogging sebelah aku
dia dah mula berlari masa aku baru sampai
aku dah stop, dia masih sambung lagi
huhu

harap2 istiqamah lah nak berjogging ni
paling tidak dapat buat sabtu dan ahad
hari keje memang tak sempat lah
# alasan tetap ada

    BERSENAM UNTUK KESIHATAN DAN JANTUNG SIHAT

(^_^)


Comments

mama eija said…
wahh... best2... untuk kesihatan... saya ni ha dah dua tahun tak joging hahaha lagi teruk harap naik turun tangga opis je hari2.. kalu time lif kat rumah rosak panjat tangga la rumah tingkat 6.. almaklumla rumah sy banglo 10 tingkat.. ngeee :D
Lynn Huraiza said…
hihihih...memang betul tu...time cuti la kunun nak berehat kat rumah...kita pun dah lama x berjogging...
Irfa said…
Miz Eija..
naik tangga antara senaman paling mudah tp kita selalu ngelak
sy penah mendaki tangga ke tingkat 16
sampai je umah, terus makan nasi 2 pinggan
kover lemak yang cair masa naik tangga, haha
Irfa said…
LYNN..
moga2 istiqamah, jangan duk mencari alasan, huhu
jogging ni berteman, baru seronok berjalan tak sedar masa berlalu
Izwa Kamaruddin said…
hehehe..selamat bersenam :)
errrr... akak pun sama masih tak tunaikan janji nak jogging setiap mggu ngan anak, hihi
mrs said…
mengalami sindrom yang sama...masa takde kasut yang sesuai azam kemain nak gi jogging dulu
bila dah ada...kesian dia terperuk kat situ...jarang2 digunakan sekarang
nak kena usahakan balik jogging bila semua lemak2 asyik nak expose diri masing2 :)
mamabeauty said…
hahah betui gaks tu sebab saya pun selalu bagi alasan dah seminggu straight bangun awai nak gaks merasa bangun lewat kan ari cuti.. but bulih jom sesama intiqamah jogs..
Ann Ishak said…
berjalan pun okay jugak, ikut kemampuan :)
:: CIKVIVA :: said…
okay..mggu ni sy join ye...untuk 10000 langkah itu...
Kamsiah yusoff said…
sesekali berjogging..4,5 hari sakit segala urat saraf..:)
Zaitun said…
Elok kalau selalu diamalkan.

Kak zai pun selalu berjanji dengan diri sendiri tapi tak pernah menjadi.
Dr K said…
kena maintain tau...istiqomah!
Berusahalahhhhhhhhh!
Hahahaha
aizamia3 said…
Fuh.. dekat 2 minggu saya tak dapat jogging.. tak boleh jadi ni.. nak kena buat balik.. kalau tak.. takde stamina.. :(
LYAfrina said…
dah lama x jogging..lya rajin jogging zaman blm kawen dulu.. setiap jumaat pagi wajib jogging

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t