Skip to main content

Adab Tengok Wayang

Alhamdulillah, rezki harimau hari ni
Member suh bawak telur rebus pagi ni
Ingatkan nak buat nasi lemak, rupanya nak buat sandwich telur
Pastu dia bawak jugak pulut ngan sambal tumis
Elok baru je sesuap dua masuk mulut, EnAbe call ajak sarapan
Mana mungkin ku tolak, bukan selalu dapat detim berdua
Zasss laju2 gi detim dengan 'soulmate'

Elok abis makan, member sorang lagi sms
dia belikan nasi berlauk tersedap kat taman dia katanya
nak bagi aku rasa, dah letak kat meja aku
emm, nampak gaya nasi berlauk jadi menu lunch nanti
Alhamdulillah, masih mampu makan dan masih ada selera makan

~*~*~*~*~*~*~

sapa sini suka tengok wayang?
Ahad lepas tengok wayang dengan anak2 dan adik2
memula plan nak gi IOI Mall yang baru bukak tu, tapi hujan pulak
so kita gi dekat2 jelah

    

citernya boleh tahan, budak2 suka
aku lak mengantuk sebab malam tu tido lewat
sempat lelap dalam sesaat dua, huhu

tapi yang aku nak citer ni bab ADAB TENGOK WAYANG
eh! ingat makan je ada adab?
tengok wayang pun ada adab jugak tau

Antara adab2nya ialah:

1- kalau bawak anak, pastikan anak korang behave
bukan jenis yang jerit2 @ sepak kerusi orang depan
sikit lagi aku nak jerkah budak seat belakang sebab banyak kali dia sepak seat aku
tapi sebab sabar aku masih ada 90%
aku cuma toleh belakang dan kasi jelingan maut
sekali lagi dia sepak, aku terus tolak kaki dia dan cakap 'jangan tendang kerusi'
terus diam sampai sudah, sib baik
aku tak perasan mak dia tengok ke tak, emm

2- plis plis plis plis
tolong jangan jadi tukang baca sarikata kat skrin
orang lain pun pandai baca
yang tak pandai baca lagi macam si kecik Hajar pun paham kot jalan citer
orang lain nak tengok filem dengan aman
bukan nak dengar ko membebel dan mengulas setiap scene
ohoiiiiiiiiii, sakitnya hati kita

okey, itu je 2 kejadian yang aku nak highlight kali ini
kalau ada penambahan, aku edit kendian

daaaaaaaaa

Comments

Dr K said…
saya dah lama tak tengok wayang, sejak ada anak kecil ni...hahaha

saya stress kalau seat depan kita, org nya tinggi lampai...so asyik nampak kepala dia aja..hahaha
SalbiahM said…
sebab itulah jarang si bujang macam saya tengok filem animasi kat wayang walaupun suka..takut tak cucukup kesabaran
haaaaaaaaaa.. akk pernah sound org blkg masa tengok wayang.. maybe dia dah tengok cete tu.. lepas tu sibuk lak nak cete ngan kawan dia.. akk sabar 90%...sabarrrrr 60% ... sabarrrrr lagi... 30%... dah sampai habis peratus... toleh belakang.. "BOLEH DIAM TAK???" terus senyapppp.. hahahaha
Daddy Ziyad.. mesti ramai insan stress kalu kena duduk belakang akak masa tengok wayang kan.. hahaha
:: CIKVIVA :: said…
bikin panas betul haritu...buleh pulak buat muka takde perasaan wpun kita dah toleh byk kali...huh
Nieda Ramly said…
bukan dlm panggung saja ...kalau di hospital @ tmpt awam lain jgn cuba dok tendang2 kerusi kita punya ya...
Aryan azra said…
betul tu..sebab tu akak anak2 masih kecik ni rasa takut nak bawa tengok wayang,takut anak2 tak boleh nak kontrol..so kita tengok je kat rumah hehehe
Nastyna said…
sejak kenal tok laki, kami tak pernah tengok wayang sama2 lagi hahahah. eh tapi betul la tu, sila ambil perhatian ibu bapa semua... akan adab2 ini yer.
Zaitun said…
Kak zai pun pernah sound orang tendang kerusi dari belakang. Lagi geram kalau ada yang melalak.
Irfa said…
KAK ZAI..
sebenarnya takut2 gak nak sound, sesekali kita mungkin fikir tak sengaja
dah setiap minit asik menendang je mmg saja cari pasal
memula bawak anak tgk wayang, sy asik perhati anak
nampak mcm meragam, saya keluar panggung
biar rugi $$ dari sepanjang dalam tu kena sumpah org dlm hati
bila dah selalu cuba, lama2 anak2 tahu adab tgk wayang
diorang sndiri pun komplen klu org bising
Irfa said…
MUMMY JJ..
yg ibubapa prihatin ok
jenis yg buat kepala sendiri nnti dia akan kata 'pedulik apa org cakap, aku ada hak, sbb aku pun bayar tiket' yang pesen macam ni mmg xde hati perut
Irfa said…
ARYAN AZRA..
jangan terasa ye bagi yg anak kecik2
anak2 saya pun kecik jugak dulu, so sy pastikan cerita tu sesuai dgn diorang
dan bawak sesuatu cth mainan @ makanan supaya dia tak bosan spjg dlm tu
Irfa said…
SIS NIEDA..
emmm betul, penah sekali kat Pizza Hut
ada budak ni dtg semua meja, nak kutip strwa org tgh minum
tahu mak ayah dia buat apa?
tengok je kelaku anak diorang macam cute sngt
dia igt semua org suka kot
endingnya, budak tu dtg nak duk atas riba saya
huhu
Irfa said…
CV..
emmm pftttttttttttttttttttttt
Irfa said…
KAK SERI..
hahaha, itu lagi kental
sy fikir banyak kali nak sound direct camtu
kang ada yang bertumbuk buat wayang dlm wayang, hahaha
Irfa said…
SALBIAH..
beli dvd layan kat umah sambail baring2 makan cekodok
lagi senang hati, hahaha
paridah said…
MESTI HAPPY TENGOK WAYANG NGAN FMLI...
fairylilly said…
Pernah melalui kejadian yg sama dan memang toleh belakang byk kali. Akhirnya satu family tu blah....Rasa serba salah pulak jadinya walaupun sebelum tu sakit hati.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t