Skip to main content

Banjir Oh Banjir

Sejak 2,3 hari lepas
Grup whatapps sekolah penuh dengan gambar banjir di negeri kelahiranku, Klate
# tahun ni banjir agak teruk di Kuala Krai

Semua pakat share macam mana keadaan di kampung diorang
Perasaan libang libu tengok gambar2 tu
Kesian dan risau pada family di kampung
Ya Allah, moga cepat surut

Walaupun mengikut sejarah sejak aku lahir (35 tahun yang lalu)
Rumah kami di kampung memang tak pernah kena banjir
Tapi rumah nenek dan pakcik, boleh kata setiap tahun 'naik air'

Antara gambar yang sempat cilok dari google
# gambar original dr hp dah delete, sebab phone gallery dah penuh giler  



bila tenggelam gini, pastinya banyak barang rosak

aku penah jadi budak2 yang seronok mandi air banjir
'kejadian pahit' yang hampir meragut nyawa adik aku dulu takkan aku lupa
sebab hari tu jugak aku kena belasah teruk dengan ranting pokok senduduk
penah kot citer kat blog, tapi dah lupa post yang mana
sekarang adik aku tu dah 27 tahun umurnya

ops.. ada kejadian yang buat aku jadi takut n phobia bila hujan lebat
#ni berlaku masa mak ayah ke Langkawi hujung bulan lepas

Masa tu hari cuti, tak silap aku hari Ahad
hujan sepanjang hari dari pagi membawak ke petang
kami anak beranak tak kemana, berkurung dalam umah je

Hujan lebat tu pakej siap dengan petir guruh semua ada
Dalam hujan lebat tu, aku dengar tak dengar macam suara orang memanggil
buka pintu rumah, rupanya ayah jiran panggil kami
Sian pakcik tu, macam nak terkeluar anak tekak panggil kami, huhu

Rupanya dia nak bagitau
Yang air dah sampai muka pintu rumah kami
ala-ala banjir kilat gitu

Aku panik terus bila tengok selipar dah berenang2 masuk bawah keta
yang kelakar tu aku boleh terfikir
'alamak, keta ni kalau banjir, air masuk dalam engin
konfem takleh start, abislah'
dahlah masa tu keta CIK VIVA pun tumpang garaj kami

Air bergenang-genang lagi 1/2 inci nak sampai kat lapik kaki depan muka pintu
aku kerah anak2 angkat barang bawah katil letak atas katil
eh! itu je la tempat paling tinggi yang ada dalam rumah pun

Kejadian mendebarkan berterusan dalam 10-15 minit
macam2 doa dah aku baca, siap suh anak2 berdoa
# doa anak2 tak berdosa kan cepat makbul

Alhamdulillah, tak lama kendian air pun surut
lega yang teramat sangat
Terima kasih Bumi, sebab telan air cepat-cepat

Natijah atas kejadian
sampai ke hari ni kalau hujan lebat
aku dah tak senang duduk, kejap2 jenguk kat luar
kot lah tetiba air masuk dalam rumah
masa ni rasa macam nak pindah duk umah jenis apartment
kalau boleh nak unit paling atas
tapi bila kenangkan saat bangunan bergoyang masa Tsunami dulu
ngeri gak duk umah tinggi, hehe

Semoga musim banjir cepat berlalu
Semoga mangsa banjir tabah atas kejadian yang menimpa mereka
Dan kita, kalau mampu .. jom bantu setakat yang mampu
# kalau kenal sesapa yang mangsa banjir, derma terus pada diorang lagi bagus
  


hari ni hari mereka di duga, hari kita entah macam mana pula
doa yang baik2 ye


Comments

Riana said…
hihi..kat mana pun ada risiko kan..sama2 kita doa yg baik2 ;)
Zaitun said…
Menurut tetamu yang datang rumah kak zai tempohari tahun ini banjir agak teruk.
Dr K said…
ya allah, teruknya banjir..sebab gambar 1st yg ada pintu gerbang tu kan betul2kat tengah bandar KB, yg dekat dgn istana muzium tu kan....

moga allah permudahkan urusan mereka yg terlibat
imm said…
salam singgah blogwalking kat sini..

hoi ore kelate jugak rupenya..banjir besar tahun ni..rumah mak saya last naik air masa tahun 2000..tahun ni naik pulak..tapi cepat jugak surut, Alhamdulillah
mamabeauty said…
semoga dipermudahkan urusan mereka yang banjir ni..

Kesian tgk gegambar
kakrose said…
Kalau tengok pda gmbr teruk banjirnya..kesian tuan punya kendraan..bukan sikit kerosakan yg di tanggung. Semuga tengkujuh cpt berlalu dan keadaan pulih menjadi seperti biasa..
Arena said…
Ya Allah dasyat sungguh pengangan banjir kali ni. Sedih nengoknya. Mohon dimudahkan urusan mereka dilanda dugaan tu Ya Allah.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t