Hai korang
seronok eh cuti-cuti
(bagi yang keje Selangor, Khamis tu Cuti Keputeraan
sambung 1 hari cuti Hari Jumaat, dapat 4 hari cuti)
Bagi yang kampung dekat, dah boleh balik kampung tu
Ini kisah aku dan anak2 masa cuti tu
Bawak anak-anak ke Petrosains KLCC
Dah banyak tahun si kakak dan abam duk nyanyi kat telinga aku
'bila umie ayah cuti, kitorang nak gi Petrosains'
selalunya yang dekat tu paling susah nak pegi
huhu
Hari khamis tu, ikut cik abe ke airport
aku dan kenit naik ERL ke Bandar Tasik Selatan
singgah umah mil ambil kakak dan abam
kebetulan anak buah (sepupu kamceng kakak) pun ada situ
angkutlah dia sekali
EnAbe dah pesan suh naik taxi je
(dia tahu sangat, aku kalau ramai2 ni cepat je nak bertukar jadi Hulk, huhu)
tapi aku eksyen, konon nak anak merasa naik public transport
hambik ko, 2 kali tukar tren
naik dari Stesen Lrt Bukit Jalil, kebetulan tunpang SIL gi keje
dari situ naik lrt turun dia Masjid Jamek
pastu tukar tren lain, turun di KLCC
mati2 aku ingat, tren tu berenti dalam bangunan KLCC
rupa2nya bangunan tu sebelah KLCC
Kami kena menyeberang jalan dulu baru sampai KLCC
* tarik napas laju2, maklum dah lama tak berjalan jauh*
Rombongan Cik Irfa ke KLCC cik ke? hua hua hua |
Kami antara yang terawal beratur, masa tu baru jam 10 pagi
Ingatkan kami yang terawal, ada lagi yang awal dari kami
bersemangat gitu
Tiket kami semua
1 dewasa + 2 Remaja + 2 Kanak-Kanak =RM40
# sepatutnya RM45 kan? ker dia tak kira si kenit?
untuk check harga tiket dan waktu melawat sila klik SINI aku dah stanby dengan mykid anak2 tapi staff tu tak mintak pun muka melayu jati, dah tentu2 bukan pelancong asing, haha |
Okey, biarlah gambar berbicara ye
percubaan untuk naik ke bulan |
adik nak jadi ahli sihir |
layan kertas terbang |
abam tengah korek bijih timah |
kenit dan lego |
berangan konon keje oil n gas |
model tak berbayar dari Petronas |
Please take note, ada beberapa benda dalam tu yang kena bayar tiket lain
Contoh untuk Canyon Coster tu sorang kena bayar rm3
dan untuk keta lumba tu rm2/sorang
tapi kalau 10 orang budak, terasa jugak bila nak membayarnya
sib baik kami tak ramai
Dalam tu jugak ada kafe
harga pun takde lah mahal sangat
dalam rm3.50-rm4 untuk nasi lemak/nasi goreng/donut/air
kami makan 1 nasi lemak, 1 nasi goreng, 2 donut dan 4 air
Total rm25
aku layan je diorang mencuba semua benda dalam tu
banyak kali jugaklah menguap, huhu
alang2 dah sampai, biar puas hati
lebih kurang jam 1.30 petang kami pun keluar
masa tu orang tengah ramai beratur nak masuk
bila sampai KLCC, tak lengkap kalau jenguk air pancut
sebenarnya aku tak suka ke situ, ramai sangat orang
macam2 rupa
macam2 gelagat
muka dah penat, sekali lagi gigih naik lrt balik
tapi dari lrt bandar tasik selatan, ambik taxi sampai umah MIL
dah tak larat nak menapak
endingnya, malam tu kenit demam
jadi Jumaat tu otomatik umie ambik cuti kecemasan
hehe
sapa2 yang tak tahu nak bawak anak kemana cuti sekolah ni
jom lah ke Petrosains, tak rugi
banyak benda yang anak2 boleh terokai kat situ
ibu2 pun boleh cuci mata sekali lepas keluar dari Petrosains tu
window shopping pun tak jadi hal kalau tak membeli pun
hahaha
okey, sekian kisah kami
#konon petang tu nak gi pesta buku Big Bad Wolf kat Mines tak tercapai
penat giler oiii menapak
Comments
hehe nanti bolehla bawak anak2 pegi sini..
Sabtu lepas kak zai pun ke KLCC bawa tetamu jalan2.
Aritu tengok gambo mak cik bawak anaknya. best pulak tengok
Btw. Salam perkenalan! š