Skip to main content

Banjir Pantai Timur 1: Banjir Pantai Timur dan Terputus Hubungan 3 Hari

Entri ini di tulis sebagai kenang-kenangan
#sebenarnya aku dah takde idea nak tulis sebab semua yang aku nak tulis dah pun diulas kat blog CikViva SINI dan SINI (versi dia lah) ker nak jugak baca versi aku? hehe. Lagipun, aku ni kalau sedih, memang tak mampu nak pura2 happy, sebab tu blog aku nama HappyIrfa, nak tulis yang happy2 je, masa banjir tu ... fb pun update ala kadar je,.

Seperti yang CV tulis kat blog dia, last kami dapat bercakap dengan mak hari Rabu (lebih kurang jam 11 pagi, 24Dec2014) masa tu mak kata, banjir dah sampai bilik air bawah (rumah kami ada 4 bilik air, 1 bawah tu ada kolah besar, ayah je yang guna, lagi 3 dalam rumah). Aku pesan kat mak suh stop wsap untuk jimatkan bateri, sebab dah banyak kawasan takde letrik. Rabu tu lah last cakap ngan mak.

Selama tempoh dari Khamis hingga Sabtu tu, kami cuma tawakkal sambil doa banyak2 moga banjir tak teruk dan family selamat, tido dengan bengkak mata bila teringat family di kampung. Baca post kat fb, baca grup wsap kengkawan di kampung, semua duk share yang diorang pun lost contact dengan family.

Alhamdulillah, pagi Sabtu dapat kol dari mak (macam mimpi tengok nama MOM kat skrin handphone). Sebelum dapat cakap, meraung dulu satu round, huhu. Mak kata semua selamat, pindah umah sedara tepi jalan besar, makan minum ok. Masa tu adik2 dah pakat dengan sepupu2 lelaki nak balik kampung dengan satu Hilux barang keperluan. Ayah tak bagi balik, takut sangkut tengah jalan, tapi adik dan kazen redah jugak. Alhamdulillah semua selamat sampai.

Bila adik lelaki balik sini, barulah tahu kisah sebenar. Rupanya air banjir sempat masuk sampai ke dapur rumah kami, Alhamdulillah lantai ruang tamu atas tu tinggi sikit, so barang2 selamat dipindahkan naik situ. Tak dapat bayangkan susah payah ayah memindahkan barang2 naik ke bahagian ruang tamu atas.

masa air baru nak naik
tempat parking keta depan rumah

air banjir masuk ke bahaian dapur 

Selama umur aku, ni lah kali pertama rumah kami kena banjir (doa masa kecik dulu, nak sangat rumah kena banjir, tak sangka doa makbul bila dah dewasa, huhu)

Bila baca post ni kat FB, memang itu lah perasaan kami bila tahu kampung kami kena banjir (Manek Urai Lama memang tiap tahun banjir, tapi Manek Urai Baru tak kena, kampung kami pulak tepi jalan besar, memang selama ni tak penah banjir pun, rasanya tahun2 akan datang, aku dah phobia bila tiba musim tengkujuh). 


korang paham ke? kalau tak paham tu, buat2 lah paham
cari ler sesapa yang paham tolong terjemahkan ye
nak tanya google translate pun boleh, haha
Bersambung...


Comments

MizzTina said…
alhamdulillah selamat.. sy walaupun xde sedara mara kt sn, tp sedih bila tgk kejadian tu.. besarnya dugaan utk org² sn kan..
mamabeauty said…
Alhamdulillah..semuanya selamat.. turut sama merasainya walaupun bukan orang kelantan..
Lynn Huraiza said…
tabahkan hati yer...semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...
Ann Ishak said…
alhamdulillah selamat semuanya
Arena said…
Sedey kan babe. Aku tetiap malam baca cerita org bah. Ya Allah besar dugaan Allah kali ni. Rumah sampai lenyap kan. tinggal tangga jek. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik.
Aziela said…
Memang teruk banjir kali ini. Katanya, seolah2 tsunami kesannya, tanpa mayat manusia bergelimpangan. Ayam dan itik jer yang banyak terapung2 mati kan. Subhanallah....
sweetie said…
Banjirpun dah makin surut... cuma tinggal nak mengemas dan membersihkan kembali kesan2 yang ditinggal dek air bah...
paridah said…
SYUKUR ALHAMDULILLAH FAMILI IRFA SLMT N PASCA BNJIR MMG MSLH PULA NK BERSIHKAN KOTORAN YG DIBAWA BAH...
SalbiahM said…
dugaan untuk warga Manek Urai..moga terus tabah kembali bangkit.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t