Skip to main content

Hari Ni 'Kita' Dah 5 Tahun

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari



Hari ni antara hari istimewa aku sebagai IBU
pada tarikh yang sama tapi 5 tahun lepas (09/01/2010)
aku melahirkan anak ke 3
seorang puteri yang kini dialah penyeri keluarga, sebab dia paling kecik
selesa dengan panggilan 'kita'

minggu lepas dah selamat terima uniform tadika
Insha Allah, esok lusa dah pun bersekolah tadika dekat rumah kami
mungkin orang lain hantar anak awal ke tadika
tapi semua anak aku masuk tadika bila umur 5 tahun
nak hantar awal sangat, tak sampai hati, huhu

hari ambik uniform
muka momyok sebab kena bangun awal
#sekarang dia bangun tido kul 10 pagi
bila kejut, dia akan cakap 'lagi 5 minit' haha
lepas ni dah kena bangun awal ke tadika
harap xlah meragam
adik, umie ayah kakak n abam sayang adik sangat2
umie harap blog ni masih wujud bila adik dah besar
adik boleh baca kisah anak2 umie dalam blog ni
moga kamu ber3 membesar jadi orang berguna
mungkin umie garang bila korang buat perangai
tapi umie garang bertempat
bila umie marah, ayah ada untuk pujuk korang, hehe
kalau umie dan ayah sama2 lembut pun tak boleh jugak
kena ada sorang garang, sorang lembut
tak gitu?

setiap orang ada cara didik anak masing2
mungkin cara kita tak sama dengan orang lain
jadi biar berbeza pendapat, asalkan nawaitu adalah sama

#soklan bila nak tambah ahli tu pasti ada
jawapannya, kalau ada kami terima
takde lagi, kami redha dan besarkan yang mana ada ni je

 happy weekend yo

Comments

Unknown said…
happy birthday kita... semoga jadi anak yang solehah cemerlang terbilang..
~adeQ~ said…
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran.... Semoga menjadi anak yang solehah. Amin!
SalbiahM said…
hepi birthday 'kita' ;)
Acik Erna said…
Happy birthday adik ajaa..
nita said…
wah.. dah besar.. dah nak sekolah..Alhamdulillah
Happy birthday..moga jadi anak yang solehah dan pintar..
sweetie said…
HAPPY BIRTHDAY! buat KITA. Rajin-rajin sekolah ya... jadi insan cemerlang untuk Umie dan abah!
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

happy birthday 'kita'.. suka dengar budak-budak bahasakan diri 'kita'.. nampak comel aje.. btw muka dia mirip betul dengan umie dia kan.. cantik..
paridah said…
COMELNYA KITA...HAPPY BIRTHDAY SELAMAT MASUK TADIKA...
Dr K said…
Happy birthday " Kita" :)
Enjoyyyy tadika tau :P
Anonymous said…
amboi pandainya 'lagi lima minit'
ehehehe..

happy birthday ^^
NanyFadhly said…
InshaALLAH, ALL the best untuk puteri tersayang. :)
Zareda Norman said…
happy birthday buat kiter tu ye.. sekolah elok elok semoga berjaya dunia dan akhirat
Wak Lat said…
Salam. Hee selamat harijadi kita.
MizzTina said…
so, amacam skola hri ni.. hehehe..epi besday sayang..
betul tu Umi... kena rajin2 update blog... anak dah tua nanti boleh lah baca semula... ini istimewanya blog... sampai ketua pun tak expired dan senang nak carik tarikh tepat kan...
LYAfrina said…
alhamdulillah..
selamat ulangtahun kelahiran adik..
semoga terus bjaya dlm khidupan duniakhirat..amin

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t