Hai korang
Sunyi opis hari ni, dah ada yang start bercuti
Dah ada yang balik kampung malam tadi dan ada yang akan bertolak balik petang nanti
Aku?
Tengok je orang balik kampung
Lagipun, kami adik beradik memang akan balik awal Mac nanti (ada kenduri).
Jadi bersabarlah dan simpan bajet untuk balik kampung nanti
Okey, ni nak share kisah yang sudah menjadi sejarah tapi aku tulis sebagai kenangan akan datang. Mana tahu, lagi 5-10 tahun bila baca balik, masa tu aku dah berjaya jadi 'seseorang', akan aku kenang macam mana susah payah aku masa mula-mula nak bertapak, kahkahkah. Poyo amat entri ini, ada rasa nak muntah ke? Sila bertahan sampai perenggan akhir ye..
Semenjak dua menjak ni, aku suka pegi kursus/seminar berbayar (memang kena bayar pun, cuma beza mahal @ murah je). Yelah, bukan senang nak dapat ilmu dari orang, kenalah bayar sebab dia pun mungkin ratus ribu habis sebelum berjaya dapat ilmu nak jadi pengajar, ye dak?
Aku penah borak dengan seorang tokey spa. Katanya, sebelum buka spa, macam2 kelas dan kursus dia pegi. Dari kelas bakery sampailah buat kerepek, pastu masuk pulak kelas menjahit. Pendek kata macam2 lah dia cuba, duit habis tak yah citer lah. Puluh ribu riban katanya, sampailah dia tahu yang dia memang sesuai dengan bisnes spa. Jadi, setakat baru 2 kali gi seminar, jauh lagi perjalanan aku ni.

Okey, ni kursus pertama aku join bagi tahun 2015
Seminar Bisnes Borong China
Aku kenal Pn Dira beberapa tahun yang lalu penah beberapa kali berurusniaga dengan nya kagum dengan semangat dia, muda2 lagi dah jadi tokey |
kalau terer, cuba cari aku dalam gambar ni? kena pakai teropong baru nampak kot, hahaha |
seminar ni aku aku pegi ngan kawan yang selalu aku tolong jual tudung dia
sama2 tak tahu jalan, sib baik ada en waze yang tolong tunjukkan jalan
kami orang pertama sampai ke tempat kejadian
giler excited kan?
balik je seminar, terus berkobar2 nak jadi pemborong, haha
kursus ke 2 ialah minggu lepas, hari Ahad
ni last minute aku join lepas baca fb KakPnut
BISNES TUDUNG JENAMA SENDIRI
tengok tajuk pun dah sayup je, ko kena bina nama bagi orang kenal dulu ye
sebelum berangan nak jual tudung dengan nama sendiri, huhu
Yang ni pegi ngan akak blogger, Ummie Hani dan anak buahnya
gigih tau, kul 7 pagi kuar umah dari Nilai
naik erl ke Putrajaya, Kak Ummie pickup kat situ
terus ke alamat yang tertera kat banner (Klang)
tanpa tahu yang tempat kursus dah tukar ke Shah Alam
yelah, kami tak fren ngan dia kat Fb
patutnya pm@wsap kami dan bagitau lah tempat dah tukar
miss communication, emmm
dalam kelas ni dapat tahu macam mana proses nak buat tudung
dari segi kos beli kain, jahit sampai letak label
yang best, dapat kenal ramai orang dalam bisnes tudung
diorang semua tak kedekut ilmu, sempoi je walaupun ada yang dah punya butik
memula tu rasa macam
'alahai, salah kelas ke aku ni?'
korang doakan aku eh, mana tahu masin mulut korang
mungkin aku akan jadi salah seorang dari mereka2 yang berjaya
nanti aku bagi kad keahlian untuk korang yang setia baca blog ni
sesungguhnya
BUKAN SENANG NAK SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH
selamat berhujung minggu
kalau balik kampung, hati2 di jalan raya
(^_*)
Comments
if nak buat online sesuai sangat..
doakan you will success deh
Lps join kursus tu la semangat kito berkobar & 1st time gi Ghz dgn agent & 2nd time kita bawak ore pulak.
apa2pun.. go irfa go :D
balik kursus tu kemain semangat berkobar2 nak bisnes
dah fikir nak ke China utk memborong
tp fikir itu ini, macam2 hal.. tunggu lah dulu ;)
mmg bagus, selain dapat ilmu, kita dapat luaskan pergaulan, boleh bertukar bisnes
belajar takkan habis
lagi banyak belajar, rasa lagi banyak yg kita tak tahu
doa2kan, jauh lagi perjalanan ni
hahaha
tq ye
baru nak bertatih, org lain dah lama berlari
tp oklah dari takde langsung kan
sama cam ada org penah cakap
'menangis dalam keta bmw tak sama dengan menangis dalam bas mini'
dalam maknanya tu
Tq ye, doakan dari jauh ;)
insha Allah tak lupa ;)
nanti sy bagi kad keahlian tau, haha
bisnes ni ada turun naik
seronok bila barang laku habis
tp bila slow, risau tengok barang berlambak tak bergerak
kelas tu pun dalam plan nak pegi
cuma belum jumpa yg dekat ngan rumah ;)
sekarang pun dah macam2 benda jual
sampai di gelar kedai 7-eleven
haha