Assalamualaikum semua,
Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya.
Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997.
Jun 2015, setelah genap 17 tahun aku berkhidmat dengan penerbangan yang membawa nama Malaysia ke merata ceruk dunia, akhirnya aku mendapat surat terakhir dengan ucapan 'Thank You For Your Service'. Aku terima dengan Redha atas ketentuan yang tertulis untukku dengan kerongkong tersekat. Sudah lama tersebar di dada2 akhbar utama tentang Mas akan mengurangkan 6ribu staff dari jumlah keseluruhan 20ribu staf yang ada. Semua berdebar menunggu berita tersebut. Debaran aku bagai dipalu bila terdengar bunyi motor poslaju yang membawa surat yang bakal merubah hidup aku.
Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya.
Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997.
* sempat lagi en posmen mengucapkan 'bertabah ye kak' haha * 3 surat, untuk aku, en abe dan cikviva |
Apapun aku masih perlu bekerja sehingga 31 Ogos dan mulai 1 September, aku bebas. Tiada lagi bos, tiada lagi meja kerja, tiada lagi kawan2 borak sambil bekerja dan makan2 waktu lunch. Setakat hari ni, aku sudah bersedia untuk mulakan hidup baru. Semoga rahmat Allah bersamaku sentiasa.
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu wahhal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu wahhal ia amat buruk buatmu bagimu. Sesungguhnya, Kami mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui'
Surah AlBaqarah, ayat 216
Comments
haha, setia pun gini endingnya.
kalau budak, dah spm tahun ni
takpelah, i is redha dalam pasrah
Rasanya, ada lg yang bakal menyusul. Kompeni aku pun dah ada ura2...cuma dibuat dlm diam2 je supaya x heboh....
Rezeki Allah ada di mana-mana.
Alhamdulillah.. Ala kulli haal
Segala puji bagi Allah atas apa jua keadaan (sekalipun)
semoga segalanya akan baik-baik saja buat irfa.. semoga rezeki irfa dan keluarga akan terus melimpah ruah hendaknya.. insyaALLAH.. Kami sekeluarga juga pernah ada pengalaman yang sama dulu bila tempat kerja suami terpaksa menamatkan perkhidmatan perkerjanya yang tidak mahu ikut berpindah ke pantai timur.. Tapi ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik.. Rezeki itu dari ALLAH.. Semoga urusan irfa dan keluarga akan dipermudahkan hendaknya..
MAB adalah nama baru untuk MAS
MAS hanya tinggal kenangan lepas ni..huhu