Vitamin R datang lagi, lalalala
Masa 3 bulan yang tak tahu perut aku ada 'isi' tu
aku memang ada masalah tak lalu makan
tapi aku ingat itu mungkin sebab aku sakit (slip disc)
so aku memang tak terfikir itu sindrom tak lalu makan kerana mengandung
bila tahu mengandung, makin menjadi2 tak lalu makan
nasi tak lalu, makan pilih2
bila makan pulak, sekadar 'drive thru' sebab lepas tu muntah balik
dan sekarang, fasa tak lalu makan sudah berlalu
fasa asyikkkkkkkkkkk lah nak makan pulak yang mengganti
tengok gambar kat bawah ni
ini antara makanan yang dah selamat masuk perut aku sejak minggu lepas
#alah, makanan biasa2 je, takde yang taraf hotel 5 bintang pun
cendol femes kat area Nilai Cendol Enstek namanya next post aku citer kat mana boleh dapat cendol ni ye |
Nasi Berlauk mesti korang dah tahu kan? terkenal di pantai timur terutama Kelantan nasi putih, kari ayam/ikan bersama sedikit sambal dan timun tu je? ye, cuma itu je simple tapi mengenyangkan |
Pulut Bersama Kelapa Parut dan Ikan Kering sarapan pagi kegemaran tok nenek dulu2 sesekali datang teringin memang kena cari #satu kedai dengan nasi berlauk tu, kedai Ketereh namanya |
Cukuplah setakat ni dulu, kalau nak share semua yang aku makan
mau seminggu tak abis
Syukurlah 'sleeping partne'r melayan je anak tekak aku ni
sebenarnya tak mengandung pun dia layan je aku nak makan apa
cuma bila mengandung ni makin panjang lah list makan aku
kadang tu dah nak tido, sempat lagi aku pesan
'esok nak makan tu tau'
dalam mamai, member angguk je lah
kang tak layan, sentap pulak, haha
anak2 pun dah paham bila aku sebut nak makan
mesti diorang cakap
'baby nak makan ye Umie?'
eh! ni lah masanya nak mintak macam2
bukan tiap tahun aku mengandung
kan?
kbai
Comments
Puaslah baby menikmati apa yg ibu dia makan:)
Semoga sihat selalu..
yg untung orang ngandungggg jugak kan
time ni Irfa sebut macam2 pasti ada je nanti tu hahaa
Lovely Friday Charity!! Fill Up The Form & You will Receive a GIFT!