Skip to main content

Salam Jumaat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat ke?
Dah baca A Kahfi ke belum? hihi
Kalau belum, jom luangkan masa baca Al Kahfi sekejap



Sarapan apa pagi ni?
Aku sarapan cekodok je, tu pun bancuh tepung segera cekodok bilis Adabi
Rajin sangat kan....

Sunyi dah rumah
Abam dah ke sekolah, Sikenit dah ke tadika
Kakak je sekolah sesi petang ada meneman
Tu ada duk study hari ni last exam

Jap lagi nak masak lunch untuk kakak kesekolah
sibuk kan suri rumah?
sapa kata suri rumah banyak masa lapang?
huhu


Dah hampir 3 bulan aku jadi suri rumah tak rasmi (masih mc)
Hujung bulan ni last day sebagai pekerja
dan secara rasmi September aku memegang title baru
Sebagai SURIRUMAH SEPENUH MASA
jawatan yang tak pernah aku terfikir akan dipegang sebelum pencen
aku ingat paling tidak akan berkerja sampai umur 45 (kalau pencen awal)
tak sangka Allah rancang lain, bersangka baik padaNya

Ramai gak yang tanya, apa planing aku lepas ni?
Nak cari keje lain @ memang taknak keje dah?
sebenarnya aku pun tak pasti
apa pun aku nak buat, tunggulah lepas bersalin Jan 2016 nanti
Kembali cari kerja @ teruskan duduk rumah
Tapi aku ada planning nak bekerja dari rumah
tengah mencari2 apa yang sesuai dengan minat
# banyak benda yang dalam kepala ni, tapi tak tahulah yang mana menjadi realiti

Oklah korang, sambung nanti
Take care semua
Pada yang bekerja, diucapkan ' Happy Working' ye

kbai



Comments

Cik Aann said…
salam jumaat..semoga hari jumaat ini member keberkatan untuk kita.

Lovely Friday Charity!! Fill Up The Form & You will Receive a GIFT!
Saniah said…
selamat menunggu hari Irfa,, insha Allah kat mana2 pun ada rezeki janji ada usaha kan,,, selamat maju jaya dan harap pilihan tu adalah pilihan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga,,,
paridah said…
SALAM JUMAAT IRFA..APAPUN YG DILALUI DIHADAPI BANYAK2LAH BERSABAR ADA RAHMAH DISEBALIK SETIAP SESUATU YG BERLAKU.
NanyFadhly said…
SAlam JUmaat..thank you Irfa bagi reminder...InshaALLAH, nanti Nany habiskan sket lagi Surah Al-Kahf tuh..baca sket2. I feel you bila jadi SAHM ni..Nany dah resigned after 10 years di dunia kol 8-5..kadang2 more than that. Alhamdulillah..sy happy skrang. Ingat nak buat entry pasal SAHM juga nanti. Dari Working mother ke Stay at home mother. Setiap kerjaya ade cabaran nya..dok kat rumah pun sama jugak... hehehe
Kak Wawa said…
salam jumaat irfa..")

best laa jdi surirumah.. untung sangat.. doakan wawa juga 1 hari nanti ye..")
Zaitun said…
Kak zai pernah kecewa bila jadi surirumah sepenuh masa disebabkan anak sakit. Tapi sekarang rasa gembira bila anak2 dah besar dan berjaya dalam pelajaran dengan bimbingan kak zai sendiri.
Nieda Ramly said…
mungkin DIA nak beri sesuatu yg lebih baik dari yg ada pada hari ini

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t