Salam Terima Kasih pada yang masih sudi singgah di blog sendu ni
makin lama makin sendu, huhu
Semalam 24 Ogos 2015
hari terakhir aku menerima gaji sebagai pekerja
Setiap bulan sejak 17 tahun lepas, Maybank menghubungkan kami berdua
Lepas ni aku cuma mengharapkan 'wang sara hidup' dari housemate
Dengan izin Allah, aku takkan lupa untuk berdoa semoga usahanya diberkati
Di murahkan rezki untuk menyara kami semua
Hari ini 25 Ogos 2015
Aku datang ke opis untuk kali terakhir
Mengembalikan harta benda syarikat yang di pinjamkan kepada aku
Selama aku bertanggungjawab menjaganya
# sebak weiii
Terima Kasih untuk segala kenangan
manis, masam, pahit selama 17 tahun kita bersama
Pastinya aku merindui 'lambang wau' itu
sampai bila-bila
babai
Comments
Tabahlah Sis. Mamawana pernah lalui bertugas selama 26 tahun. Ditamatkan perkhidmatan. Com downsizing. Bagi RM10K shj. No pention, gratuity bagai. itu shjlah ihsan mereka. Anak anak pulak di U. Allah ada.