Assalamualaikum
Hai korang, sihat ke?
Dah sebulan tak menyapu sawang kat blog ni, penyapu mana penyapu?
Last update blog 25 Ogos, sekarang dah 2 October pun.
Sedar tak sedar, sebulan aku memegang jawatan 'surirumah sepenuh masa'.
Kalau dikira dengan long medical sejak dari May, aku dah tak keje 5 bulan.
Apa perasaan?
Setakat ni aku happy urus rumah tangga dan anak-anak.
Aku jadi bos untuk diri sendiri, boleh buat apa aku suka, bila-bila masa.
Alhamdulillah
Nak update blog pun takde masa, huhu
Sebenarnya ada banyak benda dan cerita yang aku nak share ngan korang semua.
Tapi aku tak tahu mana nak mula.
Sekarang banyak masa aku dihabiskan dengan membaca, aku ada banyak buku yang dah beli tapi belum baca, sambil baring merehatkan pinggang lepas dah habis keje rumah, anak2 pun dah kesekolah, hanya buku meneman aku.
Buku yang aku baca bukan novel, aku banyak buku motivasi dan buku dari blogger. Nanti ada masa aku share buku yang aku dah baca ye
Okeylah, ada benda nak buat
Sambung nanti
Daaaaaaaaaaaaa
Comments
Alhamdulillah sihat akak ni..
Irfa sihat ke..
Sesekali tu kena rajin juga sapu sawang kat blog ni Irfa..
Nak tahu juga perkembangan sahabat maya ni..
(larikkkkkkkk...!!!!)
Memang plan nak jadi mak sepenuh masa ke?