Hai semua...
Tak tipu, memang aku sangat-sangat malas nak update blog sekarang, aktif hanya di laman muka buku, setiap 5 minit post, hehe. Tipu jelah, tapi memang ada lah post status kat FB paling tidak sekali sehari. Selalunya post gambar makanan je kot
Tapi hari ni paksa diri menulis seperenggan dua Cerita AidilAdha 2015 sebagai kenang-kenangan. Bagi yang mengikuti dari awal, mesti akan ingat yang aku diduga dengan 'sakit pinggang' bermula May dan itu membuatkan aku tak dapat balik beraya pada AidilFitri yang lalu, bukan saja tak dapat balik kampung beraya, tapi jugak memang tak kemana2 kerana kudrat sangat terhad (bila di kenang balik bagaimana aku mengharapkan belas ihsan yang tersayang untuk bergerak, memang menitik airmata, huhu). Alhamdulillah, dengan izin Allah kesihatan bertambah baik. Mengah sikit tu biasa lah bila perut makin membesar, kini dah masuk 6 bulan pun.
Okey, meh kita bercerita tentang AidilAdha yang disambut pada 24 September 2015 yang lepas. Memandangkan enAbe tak dapat cuti raya, jadi aku dan anak2 balik kampung dengan CikViva dan sorang lagi adik pompuan. 2 hari sebelum raya, kami bersempit2 dalam myvi adik untk pulang ke kampung, Aku gilir drive dengan CV, Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung tanpa kesesakkan lalu lintas, mungkin ramai yang dah balik awal kot
balik kampung oooo balik kampung perjalanan lebih kurang 8 jam sebab kami jalan santai2 je |
Malam raya, kami adik beradik buat BBQ panggil sedara mara terdekat, 10 ekor ayam dan 5 peket bihun jadi santapan, Seronok makan ramai2 sambil borak2, maklumlah lama tak jumpa, semua ada komitmen, bukan senang nak berkumpul
Raya pun tiba...
Beramai2 ke masjid solat AidilAdha, pastu sesi berfoto walaupun tak cukup korum, Cam biasalah nak ambik gambar semua orang macam main kejar2 je, jadi kita abaikan lah yang takde tu.
eh! mana lagi semua orang nih? okey, say cheese (^_^) |
Kami berada di kampung selama 4 hari, Aktiviti aku selepas hari raya pertama ialah makan, tido, makan tido je, Sabtu kami bertolak balik, Alhamdulillah sekali lagi kerana perjalanan balik pun berjalan lancar tanpa kesesakkan lalu lintas. Mungkin kerana kami balik awal, ada kawan2 yang bertolak hari Ahad mengadap jem sampai berbelas2 jam.
Okey, itu je kenangan AidilAdha kami ....
Comments
kampong mana ni? macam tak caya je?