Assalamualaikum...
Entri lepas aku ada bagitau yang hobi aku sekarang ialah membaca. Membaca bukan setakat buku dan majalah tapi juga e-book, ada beberapa e-book yang aku dah miliki tapi belum habis khatam, hehe. Ada unsur ketamakkan disitu ye, kalau boleh semua nak dibeli.
Okey, bersempena tengah 'membuyung' ni dan Insha Allah, January 2016 nanti akan memasuki fasa berpantang, adalah wajib untuk aku memiliki e-book dari Puan Masayu yang bertajuk 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini, tengok muka depan pun dah meleleh air liur, hihi. Irfa, ingat sikit. Pantang betul2, banyak kot kilogram yang nak dikurangkan lepas bersalin nanti, uwaaaa.
Cover yang menarik, tak sabar tunggu diterbitkan dalam bentuk buku fizikal lagi best dapat belek-belek masa tunggu mata mengantuk |
Jom kita tengok apa ada dalam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini
Bahagian 1: Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam
Bahagian 2: Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Bakar
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang
10.Ikan Selar Panggang
11.Ikan Selar Rebus Halia
12.Ikan siakap Kukus Halia
13.Ikan Tenggiri Singgang
14.Sup Ikan Haruan
15.Sup Ikan Merah
Bahagian 3: Daging
16.Daging Lada Hitam
17.Singgang Daging
Bahagian 4: Ayam
18.Ayam Organik Bakar
19.Ayam Organik Bakar Halia Muda
20.Ayam Organik Lada Hitam
21.Ayam Organik Masak Tomato
22. Sup Ayam Kampung
Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
23.Kailan bertauhu
24. Kerabu Pegaga
25.Pisang Kebatu Rebus
26.Sawi Lada Hitam
27.Sawi Rebus
28.Sup Sayur Campur
29.Tempe Goreng Istimewa
30.Tumis Sawi Herba
31.Halwa Halia
Bahagian 6: Minuman Herba
32. Air Halia Muda
33. Air Kunyit
34. Air Rebusan Pegaga
35. Jus Halia Kurma
36. Rebusan Manjakani
Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
37. Jus Lobak Merah
38. Jus Epal dan Strawbery
39. Jus campuran lobak dan tembikai susu
40. Jus epal dan limau nipis.
41. Jus campuran lobak dan tomato.
42. Jus Celery
43. Jus tomato segar.
44. Shake orange
Banyakkan menu yang boleh dicuba? So nanti takdelah jemu mengadap menu yang sama setiap hari. Kongsi pengalaman 3 anak sebelum ni, menu waktu pantang aku paling popular ialah Sup Ikan Haruan selain dari haruan salai, ikan bilis goreng tanpa minyak, ayam dan jugak daging bakar. Pastinya semua menu tersebut dimakan bersama nasi panas yang di tabur dengan lada hitam yang dikisar halus.
Dalam e-book ni pun ada menu Sup Ikan Haruan tu. Tapi sebenarnya tak mudah nak dapatkan stok ikan haruan segar tau, Kalau kat kampung mungkin senang nak dapat, di bandar ni harapkan pasaraya je lah. Mujur Mydin dekat rumah ni ada jual, tapi kena cepat, terlajak laris agaknya.
RESEPI: Sup Ikan Haruan
Bahan A
- 1 ekor ikan haruan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- Daun bawang dan daun sup dihiris.
Bahan B (ditumbuk)
- 1 sudu makan lada hitam.
- 3 biji bawang merah.
- 2 ulas bawang putih.
- 2 inci halia.
Cara memasak.
1. Potong dan bersihkan ikan haruan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
Basuh dengan air bersih dan tuskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
Berminat untuk mendapatkan e-Book ni boleh emelkan kepada
mawarni.sani@gmail.com / Whatapps ke 016-6116459
HARGANYA: RM 30
Comments