Hai korang
Buat apa tu?
Baby SAA tengah tido, cepat update blog
Taip laju-laju dalam senafas, fuh
dan sila abaikan jika ada typing error, hihi
***************
Sebenarnya nak stori pasal pengalaman bersalinkan baby SAA
Tapi karangan lom siap, huhu
Jadi kita post kisah cuti2 masa CNY yang lepas sebelum ia basi
# dah banyak citer basi yang lom sempat update kat blog
# sebenarnya henpon aku dah mula problem sebab terlalu banyak gambar, huhu
# jadi cepat update kat blog sebelum delete/tsfer gambar dari henpon
Okey, ini plan last minute oleh CikAbe
# kami memang gini selalunya, jarang plan awal kalau nak kemana2
main redah je bila ada masa dan bila ada bajet, haha
Bila cuti sekolah, anak2 mesti akan tanya
'nanti kita nak cuti kat mana?'
hamboih korang ni, ingat ayah cop duit eh?
Sebenarnya diorang takdelah demand nak bercuti setiap kali cuti sekolah
Diorang okey je terperuk kat rumah bila cuti
tapi kami sama cam ibubapa yang lain jugak
selagi boleh nak happy kan anak2 setakat kemampuan kami
masa kecik ni lah kita boleh usung anak2 kemana kita suka tanpa mereka berkata 'TAKNAK IKUT'
Nanti bila dah besar, mereka pun mesti ada xtvt sendiri
(kalau boleh nak mereka sentiasa bersama kami)
sebenarnya anak2 ni tak payah pegi jauh, dapat berendam cukup lah
check hotel mana ada private pool
kalau open pool, umie mampu tengok jelah, sebab umie pemalu, huhu
Semua hotel banyak penuh maklumlah cuti CNY
last2 pilih Lexis Hibiscus Port Dickson
lagipun tak jauh dari rumah, dalam 30 minit dah sampai
Check in jam 2.30 petang
hotel ni dekat ngan Politeknik PD |
|
dari lobi kami dibawa naik buggy ke bilik budak2 memang suka sangat naik buggy, apa yang best pun aku taktahu |
Bilik kami di Petal 1,mengadap laut depan air pancut |
ni hobi aku, ambik gambar deco dalam bilik air sambil berangan nanti nak bilik air macam hotel di rumah sendiri ntah bila akan tercapai agaknya ye |
berendamlah puas2 ye anak2 |
Anak2 yang besar melompat gembira dapat pool dalam bilik
kecuali baby SAA yang tak tahu apa2 lagi, haha
Cuaca sangat panas kat luar
aku dengan kakcik dan baby memang berkurung dalam bilik jelah
cuma cik abe je keluar dengan kakak dan abam
ingatkan kot diorang naik basikal keliling hotel je
rupanya balik bilik duk citer naik benda apa tah yang tarik dengan bot laju tuh
berani betul korang ye
nasib baik umie takde kat sana, kalau tidak memang tak dapat lampu hijau
dan sah2 lah kalau aku memang takdela nak naik mende alah tu
mau muntah hijau agaknya
ayah melayan permintaan kakak dan abam utk aktiviti outdoor |
Ops ada kisah malam
bukan citer hantu ye, hehe
kisahnya bila tiba2 aku terbangun jam 2 pagi sebab panas dan berpeluh
ingatkan cik abe off aircond
rupanya aircond bermasalah, terus call pihak hotel
memang servis terbaik, terus diorang suh kami bersiap
bilik ganti akan siap dalam masa 10 minit
Alhamdulillah, bilik ganti pun cantik siap ada bath tub lagi
*bilik asal takde bath tub*
anak2 yang tengah mamai sambung tido balik macam takde apa2 berlaku, hihi
first time tido hotel dengan family kena tukar bilik sebab masalah aircond
( tapi pengalaman ke2 bagi aku, dulu penah kena bilik tetiba takde aircond tapi kat Medan, Indonesia tapi aku masa tu dengan kengkawan, komplen pun takde action dari pihak hotel, berpanas lah kami sampai ke pagi)
Esoknya jam 1 tengah hari check out
anak2 siap requesr nak datang sini lagi
yelah nak, ada rezki kita datang lagi sini
sekian cerita cuti CNY
(^_^)
Comments