Baru selesai asingkan baju-baju Baby Aisha yang dah tak muat, jangan tak tahu, umur baru 3 bukan lebih, tapi baju size 3-6 bulan dah tak muat. Dia pulak susu badan sepenuhnya, kemain membolat badan, kalau dukung setengah jam pun dah lenguh tangan. Kuat menyusu, badan naik bagai di pam-pam. Aku ingat nak jual prelove je baju-baju tu, tengok banyak je page prelove kat Facebook, kalau tak laku.. sedeqah jelah kat sesapa yang baru dapat baby, baju elok-elok lagi, pakai tak sempat berpeluh pun. Ada yang baru pakai sekali dua, dah tak muat. Aku ni pulak pantang betul nampak baju baby girl, laju je nak membeli. Tambah2 lagi membeli sekarang tak payah keluar kedai, online pun habis duit, huhu.
Baju baby bukan murah, kalau masuk butik baby, paling sempoi brand Anakku pun dah puluh2 RM selai baju, belum lagi masuk butik mahal. Bukan tak boleh beli baju baru tapi nanti membazir, lain lah kalau anak sulung, boleh diperturun pada adik2nya nanti. Tapi aku ni dari zaman anak sulung lagi, tak suka simpan barang baby, semak lemari tak tahu mana nak letak. Tu pasal tiap kali dapat baby, kena beli baru macam dapat anak sulung, huhu.
Dulu, aku eksen sikit kalau dengar baju bundle ni, sebab penah masuk bundle bau hapak dan baju-bajunya di longgok atas guni, nak pilih pun tak tahu macam mana. Sampailah aku tersangkut dengan baju bundle masa nk beli baju musim sejuk kat a&a bundle. Pernah tulis kat SINI. Sakan aku memborong masa tu. Rasanya kalau beli yg baru, mau ratus rm habis. Tapi kat situ, tak smpi rm100 pun dpt 6 helai, satu family boleh pakai. Bukan nk pakai selalu pun.
Tapi sejak kawan baik bisnes baju bundle baby ni, aku dah jatuh cinta membeli bundle baby sebab baju yang Kaklin Kids Bundle jual ni dahlah cantik-cantik, wangi pulak tu. Sebab semua baju-baju tu di hantar dobi sebelum di jual. Meh layan gambar.
Baju baby bukan murah, kalau masuk butik baby, paling sempoi brand Anakku pun dah puluh2 RM selai baju, belum lagi masuk butik mahal. Bukan tak boleh beli baju baru tapi nanti membazir, lain lah kalau anak sulung, boleh diperturun pada adik2nya nanti. Tapi aku ni dari zaman anak sulung lagi, tak suka simpan barang baby, semak lemari tak tahu mana nak letak. Tu pasal tiap kali dapat baby, kena beli baru macam dapat anak sulung, huhu.
Dulu, aku eksen sikit kalau dengar baju bundle ni, sebab penah masuk bundle bau hapak dan baju-bajunya di longgok atas guni, nak pilih pun tak tahu macam mana. Sampailah aku tersangkut dengan baju bundle masa nk beli baju musim sejuk kat a&a bundle. Pernah tulis kat SINI. Sakan aku memborong masa tu. Rasanya kalau beli yg baru, mau ratus rm habis. Tapi kat situ, tak smpi rm100 pun dpt 6 helai, satu family boleh pakai. Bukan nk pakai selalu pun.
Ini page Facebook KAKLIN KIDS BUNDLE, nanti jangan lupa LIKE eh
Kaklin banyak join car boot sale. Setakat yang aku tahu, kaklin ada join Car Boot Sale Bandar Seri Putra dan Car Boot Sale Mercato, Enstek. Yang selalu aku pegi, kat Mercato, Enstek je sebab dekat dengan rumah. Sambil2 budak2 main roller blade, sempat aku jalan2 cuci mata tengok barangan prelove kat situ, barang baru pun ada. Boleh kata tiap minggu tak miss lah aku ke sana perabihkan syiling yang ada, haha.
Car Boot Sale Mercato Enstek ni dibuka malam Sabtu dan Ahad
dari jam 8 -12 malam
nanti korang google maps je Mercato Enstek
Antara baju-baju hasil rembatan di Kaklin Kids Bundle
Harga dalam RM5-10 kalau yang di hanger
Yang longok sebab tak cukup hanger, dijual RM 1, tapi masih lawa-lawa dan wangi
Antara baju-baju yang dipakai oleh Baby Aisha
Kaklin Kids Bundle pun ada jual online jugak bagi yang tak dapat datang car boot sale.
Korang boleh like page FB @ Whatapps je kat nombor ni 019-576 9867.
Kalau nak beli kilo untuk jual kat opis/taman korang pun boleh jugak.
Sambil tambah duit poket, kata orang.
okey lah, baby Aisha dah bangun, nak mandi lah tu
kbai
Comments
Ada orang x suka.. tp kami ok ja...