Skip to main content

Cuci Mata ke Bangi Central, Banyaknya Butik Tudung

Alhamdulillah, pagi ni bangun dengan sihat walafiat selepas 2 hari demam melepek (demam selsema teruk + demam perasaan, haha). Setakat ini apa yang aku risaukan cumalah mainan perasaan, harap2 tidaklah berlaku dalam masa terdekat, tak sanggup menghadapinya lagi, huhu. Ops, jangan fikir bukan2 ye, cuma kerisauan kot mengandung lagi sebab sampai sekarang, period lom datang. Ada yang kata itu biasa sebab aku full breastfeed.

Alhamdulillah, hari ini juga masih berupaya mengganti puasa Ramadhan lepas, ada lagi baki 8 hari nak kena ganti, mesti ganti jugak sebelum habis bulan ni. sebabnya Jun nanti dah masuk Ramadhan. Seronoknya dapat bertemu Ramadhan lagi, Insha Allah.

Okey, hari ni nak bercerita tentang kisah Isnin lepas. Ini ialah plan terjah je, selepas kisah trip Vietnam yang kensel. Cikciva dan sorang lagi adik pompuan dah ambik cuti nak follow gi Vietnam, sib baik cuma apply cuti je tapi dedua belum beli tiket dan yang adik sorang lagi tu pun belum buat passport, haha). Diorg dah apply cuti, so bila trip kensel takkan nk kensel cuti, jadi diorg berdua mmbawa diri ke Melaka, jalan2 cari makan katanya. Balik dari melaka, singgah umah aku untuk habiskan baki cuti.

Sebelum tu CViva wat seprise hadiah kan aku selai tudung dari Bella Ammara. Aku tetiba tersuka pulak dengan tudung tu, senang pakai. Apalagi, diorang mncadangkan aku ke butik Bella Ammara di Bangi dgn alasan boleh beli kaler lain jugak wat koleksi. Pepandai je diorg ye.

So Isnin lepas, kami ke Bangi Central berpandukan en Waze. Sebab nya tak familiar sangat area Bangi ni, kalau Nilai @ Seremban tu dalam poket je kot. Wah! Nada riak disitu. Hihi

Bila sampai Bangi Central ni, baru aku perasan yg aku penah singgah kat McD dan jugak pernah ke sebuah kedai barangan baby area situ tapi tak pernah masuk mana-mana butik baju dan tudung yang berderet sepanjang jalan tu. Sebenarnya aku mmg tak pernah beli tudung kat butik, banyak beli online je. Koleksi Naelofar pun banyak beli online. Selain dari jenama lain yang beli online kat FB@IG. Kagum tengok butik2 milik 'org kita' yang tersusun cantik. Hiasan dalaman butik pun cantik dan eksklusif. Walaupun aku cuma sempat singgah Bella Ammara je, huhu. Sempat rempat 2 helai tudung kat Bella Ammara sebab dah tak banyak pilihan colour. Takpelah, dah tahu tempat, lain kali boleh singgah lagi. Amboi, ada hati nak datang lagi ye, kihkihkih.

Okey layan gambar seketika (sebelum delete dari henpon, makin lama makin slow phone in akibat menyimpan banyak sangat gambar).


















Bawak 'puteri lilin' dalam panas lit-lit ni jangan berharap dapat masuk banyak pintu. Jimat duit umie ko anak oiii


Promo free untuk butik Bella Ammara
ko mampu, feeling ada papparazi curik ambik gambar, kahkahkah

ni ada peraduan dari Bella Ammara
tapi aku memang tak minat nak join
peratus untuk aku menang ialah 0.00000001 % kot
lupakan jelah




okey, dapat tudung 2 helai, jom balik
jenguk wallet tengok baki
lalalala


Comments

Puan Eka said…
Saye suke pg sini tp peninggg banyak beno nk masuk hahaha. Hasben duk menung tggu masuk sana masuk sini hihihih
paridah said…
WAH BERDERET KEDAI TUDUNG TU. MESTI BANYAK PILIHAN YG BOLEH DIBUAT..SIAP DUIT JE MEMBELINYA..XLAMA DH NK RAYA KAN.
Aryan azra said…
baru jejak sekali je dekat sini minggu lepas, itu pun pergi butik leeyana rahman tu haa,geram tengok baju2..

wah dapat tudung bella ammara 2 helai lagi tu, tak pernah pun masuk bella ammara lagi
seri said…
best x kuaiti bella amara ni?

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t