Skip to main content

Apa yang menarik tentang Traveloka Sale dan Matta Fair 2018

Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit  free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi

Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni)

Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti.

Emmm, tak boleh jadi ni. Dah lama sungguh tak cop 'buku merah', sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan percutian yang menggunakan 'kapal terbang' menjadi pilihan yang ke 99, haha. Maklumlah, gerabak pun dah panjang. Bukan sedikit duit nak kena menabung hanya untuk beli tiket je, belum lagi benda2 lain yang nak kena bayar. Orang kata. garu tempat tak gatal lah jawabnya.

Bila baca post otai-otai yang selalu travel, katanya tips 'gerabak panjang' ni kalau nak travel, kenalah rajin intai-intai tiket penerbangan murah. Contohnya di Matta Fair. Kebetulan Bulan September ni banyak promosi.

Apa yang menarik di Traveloka Sale-abration ni antaranya ialah:

- Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera

- Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan *tertakluk kepada terma dan syarat*

- Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat.
No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi!

- Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018

- Tempoh Perjalanan: Anytime

Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018. Rugi lah kan kalau tak grab, sangat jimat berbanding harga biasa.

Kalau Matta Fair, kita dah sedia maklum memang dah femes dengan tiket murah tapi kena ke KL lah kan, ronda-ronda semua booth dalam tu sambil kutip brochure sekali, kena check out setiap promotion. Kepada yang jauh dan tiada masa ke Matta Fair, jangan bersedih ye, sebabnya Traveloka pun tengah sales. Jangan tak tahu, Traveloka Sale-abration punya harga pun seakan-akan Matta Fair punya harga. Boleh klik SINI untuk info lanjut.

Aku sebenarnya dah lama berangan nak ke Switzerland. Tengok post kawan-kawan yang dah kesana, aduh jatuh hati dengan pemandangannya yang sungguh cantik. Ada yang dah berbulan balik pun masih tak boleh move on, haha. Bukan kata diorang je kot, ntah ntah kalau aku pegi, setahun pun belum habis throwback. Muntah hijau lah kengkawan yang tengok post throwback aku nanti, hihi

Oh! cantiknya pemandangan

Sebenarnya ada banyak pilihan Airlines nak untuk ke sana, boleh pilih nak transit di negara mana mengikut Airlines pilihan kita. Memandangkan aku dah pernah naik Malaysia Airlines masa kerja dulu, kalau ada peluang travel lagi, aku teringin sangat nak naik penerbangan Qatar Airway @ Emirates @ Singapore Airlines. Nak juga merasa macam mana selesanya 'seat' dalam 3 Airlines tu. Moga tercapai impian satu hari nanti, sapa tau kan. Sekarang berangan je lah dulu yang mampu.

Kalau tak dapat ke Switzerland lagi, dapat pegi lagi sekali ke New Zealand pun best jugak. Pernah kesana tahun 2009, seminggu je so tak cukup untuk menjelajah semua tempat yang menarik di sana. Kebetulan masa kami pegi tu, waktu siangnya sangat pendek. pukul 5.30 petang dah gelap macam waktu Maghrib. Kalau dapat kesana lagi waktu musim bunga mesti best kan. Waktu pegi dulu mengandungkan anak nombor 3, bila dia tengok gambar Kakak dan Abang nya main salji, apa lagi... dia pun bertanya lah, mana dia? Kenapa takde dalam gambar? Bila cakap yang dia dalam perut Omie, lagi lah tak puas hati, siap cakap, cuti sekolah yang panjang bulan Disember, jomlah kita pergi lagi sekali satu keluarga. Alahai sedih pulak dengar bila dia cakap camtu. anak-anak apalah yang dia tahu, dia ingat duit petik kat pokok tepi jalan, kalau semudah itu, dah lama Omie bawak guni petik, hihi. Petik 4/5 guni, kita round satu dunia. Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan, baru lah betul-betul keliling dunia, oh indah nya berangan.

Okeylah, kembali ke bumi nyata. Jom basuh kain, matahari dah tinggi. Rugi kalau tak sidai sekarang. Jumpa lagi bila free, bye.


Comments

Murni Alysa said…
Murni pon teringin sangat nak ke Swiss..kalau beli tiket masa sales ni dapat murah untung laa kan..inshaAllah kalau ada rezeki..
HeNRieTTa JoSe said…
menariknya...jap nak terjah sana...thanks for the share...
Acik Erna said…
in shaa Allah mudah2an satu hari nanti sampai kenegara impian bersama anak2
paridah said…
SELAMAT BERCUTI KE DESTINASI PILIHAN
kak ina kl said…
wishlist gak nak gi ke swiss selain ke turki

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t