Thursday, March 7, 2013

Cerita Masa Dulu,Indah Di Kenang

Sejuk gila ekon hari ni (adakah sebab perut kosong?)Hati,bertabahlah..last ganti posa 1 hari je pun.Orang lain dah berzaman ganti,ko sehari pun asik la bertangguh ;(

Tadi cikviva emel tanya 'mana nak dapat air pong?member peknen mengidam nak ni'..aku pun ingat2 lupa apa itu 'air pong' dan tak tahu la korang kenal ke tak sebab lain tempat mungkin lain namanya.Mintak gambar dengan pakcik gugel pun takde..tapi gigih cari dengan macam2 keyword akhirnya jumpa sekeping kat sini mawaddahaisya(pinjam ye)

kat kampung aku panggil 'eskrem air pong'
kalau beli satu patahkan dan  kongsi 2 orang
dulu 10sen sebatang
ni eskrem feveret masa kecik2 dulu..balik sekolah jalan kaki makan eskrem sampai meleleh kena baju/tudung.oh nostalgia

sebut pasal kisah dulu2..adik pompuan no5 selalu merungut.dia cukup 'anti + menyampah' bila berkumpul ramai2 (aku,adik no2,cik viva dan adik no 4) sebabnya kami suka bercerita kisah purbakala,kisah masa kami kecik dan membesar di kampung.dan selalunya dia takde dalam cerita itu sebab kami jauh beza umurnya.

(kami 6 beradik 'selang bunga'.pompuan,lelaki,pompuan,lelaki,pompuan,lelaki).

Aku dan adik bawah aku si M beza 2 tahun
M dan cik viva pun beza 2 tahun
CikViva dengan bawah dia,Ichik beza 4 tahun
Ichik dan adik no 5 beza jauh sikit .. 7 tahun kalau tak silap
Dia dengan yang bongsu beza 4 tahun (ada sorang keguguran antara mereka berdua)

Aku rasa,bercerita kisah purbakala dizaman kecik2 itu adalah biasa bila adik2 berkumpul.Korang pun sama kan?.. 

10 comments:

Daddy Ziyyad said...

Oooo..aiskrim ni....saya tak tau dipanggil apa..kalau makan, memang mudah meleleh kena baju..hahaha

Puteri Satu said...

kitorang panggil aiskrim pop... patah kan dua nak makan kan...? hhehehe

Papa Mifz said...

ais kenangan tuh...dah lama tak nampak aiskrim mcm tuh lagi...

:: Cik Viva :: said...

Terus amik kalkulator nak kira umor..heheh. "emm..cite pasal dulu2 sokmo..nyampes " kate moknik..hahah

Maziati Mazlan said...

Aku lagi ganas irfa... aku panggil eskrem batang!! Haaaaaaaa kau mampu?? Hahahahahaha

Tapi dah besar siket, masuk asrama, panggil eskrem pop... alaaa malu la wei.. kang senior hensem nak buat adik angkat, dgr aku panggil eskrem batang, pengsan dia... hahahaha oh nostalgia sgt neh!

Acik Erna said...

ingatkan aiskrim malaysia

shida said...

kalau kat tempat cda, kami panggil ais kepak... sounds (kerek bunyi ke)/
selalunya kedai runcit.. kedai cina ada la jual menda ni\

QasehnyaRania said...

mmm, dah lama tak ais pop :)
* ifa dah beli ke pemanggang ajaib.kalau belom moh ler beli.. jaga kesihatan..hihi

chekmud said...

air pong ..skr pn 10sen lgi..hihi

Lady Windsor said...

kami panggil eskrim batang..kikiki..