Monday, March 11, 2013

Profile Picture..Kartun @ Bunga?

Tadi aku gelak sakan..tahu kenapa?(tak nak tahu pun tetap aku nak cerita.keh keh keh).Kisahnya..aku tukar profile picture kat laman mukamuka.Haruslah sesi pilih gambar tercantik,tergebu,ter itu dan ter ini.yelah profile picture katakan (*_*) dengan bantuan camera360 haruslah kulit nampak gebu seperti apam terlebih yis.

Sekali..dah letak sebagai profile picture ramai lak yang komen 'puji pujian' alamak..malu le pulak terus delete.Boleh gitu?euwwwwwwwwwwwwww aku adalah sangat malu dipuji.Rasa macam nak nyorok bawah meja.Ada orang setiap minggu tukar profile picture...hobi kot.

Ingat lepas ni nak letak gambar bunga @ kartun je sebagai profile picture.hehe

# pujian ibarat mata pedang..membunuh dalam diam dan boleh mendatangkan riak.

9 comments:

Lady Windsor said...

ala letak jer..kena ada self confident ok. ini adalah belog kita, maka kita bebas meletak apa saja...ekekeke...go irfa!

Irfa said...

#kak LW..
kat blog dah ada profile picture casing handphone tu..kat FB saja la nak tukar gambar terbaru.org puji terus delete.huhu.sebab malu kengkawan lama tengok(ker malu kat pakwe lama?kih kih kih)

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Irfa,
Suka pulak K.Sham baca hat yg ni..

"pujian ibarat mata pedang..membunuh dalam diam dan boleh mendatangkan riak".

P/s;
Skima la kejap..

Irfa said...

#Kak Sham..
dipuji mmg seronok,tapi kalau terlebih sgt rasa semacam pulak
ops..di keji mmg taknak la.hihi
ayat tu copy paste dr mana tah..dh lupa ;)

:: Cik Viva :: said...

emmm...kat blog ok kalau letak gambar bunga tapi kalau kt fesbuk gambar bunga rasa macam tak ikhlas..

NinaAz said...

Hehehe... ala kak. Layankan jeaaaaas.

IndaMarya said...

Irfa, tak kisah,letak la apa saja asal u bahagia. I suka yr blog, bahasa ringan senang hadham..have a nice day dear..

anaa said...

haha.. sama lah ngan k.ana.. orang puji melampau2 lakk.. padahal takde menda pung.. huhuu.. k.ana tak la tukar terus, 2-3 hari lepas tu tukar boh gambar anak.. senanggg..hee..

Irfa said...

#CikViva..
betul betul betul
ada harapan nak kena unfren kalau buat gitu

#NinaAz..
kalau sorang dua yg komen ok lagi
ramai2 rasa malu sendiri

#KakInda..
terharu dgn komen,itu sebenarnya citer psl fb.saya lebih suka blog dr fb tp fb juga menemukan saya dgn kawan2 lama

#Anaa..
sekarang dah delete,letak gambar anak je sbg profile picture ;)