Monday, September 9, 2013

Hari Bersuka Suka Bersama Keluarga di Gold Coast, Morib

Kali ke 2 ke Gold Coast, Morib. Penah ke sini dulu KLIK SINI November tahun lepas.

Pada awalnya aku tak berminat nak join Family Day ni sebab tarikhnya dekat sangat dengan tarikh kakak nak periksa Upsr (esok). Rasanya bagi ibubapa yang berjauhan dengan anak2, mesti rasa tak sampai hati nak bersuka ria @ makan sedap bila ada anak yang tak dapat join. Kalau makan pun rasa macm tercekik pun ada.

Tapi last minute join bila sorang akak committee cakap 'kenapa ko taknak pegi? free je pun. Orang lain berebut nak pegi siap kena cabut undi lagi tapi ko yang dah tentu2 ada bilik, taknak pegi pulak' yolah, den pegi lah ni :).

Pagi Sabtu, jam 7.40 pagi kami dah keluar rumah, dalam 1 jam sampai lah ke tempat kejadian Gold Coast Morib tu. Dah ramai yang beratur untuk doofgift dan pek brekfes.


temanya ALOHA
kalau boleh pakai baju tema pantai tapi aku tak ikut tema pun
cik abe je yang ikut tema kebetulan ada baju corak ala hawai gitu

Sebenarnya malam tu aku dah kena tanda2 selsema, tapi datang jugaklah sebab kesian kat anak2 terutama si abam. Dalam tak sihat pun sempat jugak join acara sukaneka, berbaloi la aku tersembam atas pasir masa acara kepit bola celah ketiak tu, team kami jadi Juara dan dapat seat tapuware dari Ikea yang banyak biji boleh susun bertingkek-tingkek tu. Pastu dalam diam en abe pun join jugak satu game lepas tu, Juara jugak dan dapat lagi satu set hadiah yang sama. Si abam join sukaneka untuk anak2 pun jadi Juara, dapat set alat tulis. Happy je dia dapat hadiah.

ini hasil 'tangkapan' kami semasa majlis tersebut
dalam paperbag merah tu adalah tapuware

ai like, tapuware tingkek-tingkek
nanti boleh bawak bekal gi keje

abam dapat set alat tulis yang akhirnya jadi bahan berebut dengan adik
abam yang baik mestilah mengalah, ambik buku dan pensil kaler je
yang lain bagi adik

team cik abe menang acara duduk atas belon sampai pecah

Banyak jugak acara tapi aku dah malas, kang asik muka aku je beratur nak main marah dek orang nanti. Lunch buffet yang super mabeles sebab ada kari kambing aku kan penggemar kambing tegar sambil dihiburkan oleh penyanyi Sheeda, terkenal dengan lagu dangdut dulu-dulu dan juga UpinIpin. Budak-budak jadi hilang kawalan bila nampak maskot UpinIpin, sib baik tak roboh pentas tu dikerjakan oleh budak2 termasuk la si abam.

Upin Ipin yang diserbu peminat cilik, sib baik takde yang cedera kena pijak
ntah bila dia sempat menyelit sebelah UpinIpin tu
Masa duk ralit tengok anak2 duk serbu UpinIpin, aku terpandang seseorang. Rupanya anak blogger Sis Lady@Anie yang kerja dengan UpinIpin. Sempat la aku mintak bergambar sekeping dengan Ude.

eh, mak sapa ni?
umie bukan nak ambik gambar dengan UpinIpin
tapi nak bergambar dengan PR nya
Oh lepas tu ada Lucky Draw, nombor kami yang pertama naik. Dapatla sebiji lampu hiasan dari Ikea semua hadiah adalah dari Ikea katanya. hihi. Lepas makan aku dah naik bilik, kepala pening, hidung pun dah tersumbat. Sampai kemalam kami tak keluar, si abam je sorang turun main air kat theme park. Aku pantau dari balkoni je, kejap2 intai dia kat bawah. Sib baik dapat bilik ngadap theme park.

Malam pun ada lagi acara, kami turun jam 8.00 malam, semua meja dah penuh, so mintak pihak hotel sediakan meja tambahan, tempat adalah terbaik iaitu betul2 depan meja buffet walaupun jauh dari pentas utama itu tidak jadi hal, makan lagi penting, hahahaha.

Malam tu majlis makan makan di hiburkan oleh artis yang aku pun baru tahu kewujudan nya dalam, namanya Wana, katanya antara peserta OIM. dari jauh nampak kecik je orangnya, sebab jauh aku langsung tak nampak muka dia, tapi suara kemain nyaring.

Habis makan, belum sempat umum Grand Lucky Draw aku dah cabut naik bilik, anak2 dah ngantuk. Dengar citer hadiah untuk Grand Lucky Draw lagi gempak. Ada Iphone, Ipad, peti ais dan tv 50 inci. Untunglah sapa yang dapat tu...

Malam tu rasa nak menangis menunggu pagi, walaupun tilam hotel tu empuk tapi bila badan tak sihat rindu nak tido dirumah sendiri. Kalau tak kerana kesiankan si abam yang tido dengan gelang theme park sebab nak berendam lagi esoknya, konfem aku dah ajak cik abe balik rumah.

Pagi Ahad tu, jam 8.00 pagi si abam dah terjun masuk air sampai la kami panggil balik sebab nak check out. Si kenit sampai ke sudah tak ke theme park, main air dalam bath tub je. Okeylah kot sebab dia pun selsema takleh berendam lama2.

adik tengah monitor abam dari balkoni bilik

tak dapat main air, dapat makan pun okey je 
tepat jam 12.00 kami pun check out sebab en Abe keje petang, sekian kisah Family Day yang meriah. Harap tahun depan ada lagi, kalau boleh free macam ni jugak, agak2 bos besar baca tak?

[^_^]


17 comments:

  1. rezeki.kan dapat menang..tipuware pun cantik2 sekarang ni..kaka kalau tengok2 baru pegang dah kena tegur..tapawe banyak kat rumah tu..yang ori lagi...yang ni pun nak beli jugak ke..sabo je la he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ERNA..
      malam tadi kemas dapur,siap nak asing2kan tapuware eskrem konon nak buang sebab dapat tapuware baru,hahaha.tapi bila tgk lawa sangat,sayang nak guna,haru betul

      Delete
  2. untungla ada family day..kompeni aku kedekut tekidommasyen.. apa pun tadakk..

    weh..aku ada jugak tupeware ikea tu.. tapi beli sendiri la..sapa nak bagi..sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      ada yang untung,ada yang rentung jugak ;)
      tp masa ke subang tu ari baru aku perasan bangunan tpt keje ko.
      wah tinggi gile :)

      Delete
  3. salam sis irfa...wah happening gila!bestnya dapat banyak hadiah he3...berbaloi pergi walaupun kurang sihat ye.yang penting satu family happy.

    all the best n good luck ye for ur daughter.pelik,kan anak yang exam mak yang tak boleh tidur n makan tak kenyang he3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS LEA..
      rezki orang tak sihat kot ;)
      selalunya takde Lucky mana pun

      mmg nebes ngalahkan anak yg nak exam
      maklumlah ini pengalaman pertama anak nak exam besar

      Delete
  4. Replies
    1. MRS EADY..
      ye ke?
      ada lagi 2 kompeni yang buat family sama tarikh dengan kami hari tu

      Delete
  5. amboi, cookies satu pinggan adap sorang aje? huhu.

    gambar atas sekali tu kan ada kipas kan? dapat ke angin nya? nampak macam tinggi sangat.

    ReplyDelete
  6. saya pun pernah buat family day kat situ.. cantik tab mandi dia.. hehe..

    ReplyDelete

  7. yep mmg best...esp. kalau FREE...!hahaha

    ReplyDelete
  8. seronoknya..siap ada maskot upin ipin lagi

    ReplyDelete
  9. Amboiiii...bersuka ria ye. Seronoknya sesekali keluar buat aktiviti. Harimni selamat bekerja kembali ye. Hehehehee...

    ReplyDelete
  10. amboi manisnya Irfa...saya suka.

    ReplyDelete
  11. mak aihhh seronoknye family day hadiah cabutan bertuah meriah sungguh.. untungnya sape yg dapat tuh.. aduhhhh

    ReplyDelete
  12. Alamak..belum update entry pasal cite family day...sebab byak sangat gambar..huhu
    emm...takde hadiah pun..lucky draw apatah lagi..sedeyyyy

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)