Wednesday, September 18, 2013

Proses Tukar Sekolah

Tahun lepas ada buat en3 tentang kakak tukar sekolah dan sekarang kakak dah habis exam UPSR, Insya Allah akan kembali bersama kami hujung tahun nanti. Cukuplah 2 tahun berjauhan dengan kakak, tahun depan kakak akan kembali bersekolah menengah disini.

Walaupun dah ada sikit pengalaman masa nak tukar sekolah kakak dulu, tapi sekarang buntu macam mana cara nak tukar sekolah dari Kelantan ke sini (Selangor @ Negeri Sembilan). Call semua nombor yang kat website Jpn tu, talian sibuk sokmo, tak berangkat pun ada, huhu.

Akhirnya dapat sikit maklumat dari PejPendidikanSepang, katanya 'kena tanya sekolah rendah sekarang, dimana sekolah saluran sekolah tersebut untuk sekolah menengah (tak jelas samada saluran/saduran, tapi takkan saduran kot). Bila dah tahu sekolah mana, kena daftar dulu kat sekolah tu dan barulah proses untuk tukar sekolah dari Kelantan ke sini'.

Aduhai, dengar pun dah semput. Jauh tu nak berurusan, masa dan ofkos $$. Sapa ada pengalaman? sila share, dah penat dah ni call sana sini.

Ada sesapa keje bahagian tukar sekolah tak? boleh bagi maklumat yang lebih tepat tak?

 

18 comments:

  1. saduran? sadur ngan emas boleh tak? hehehe.. akak ipar aku pernah buat proses tukar sekolah..tapi sekolah menengah ke sekolah menengah la..tak tau pulak cemana nak buat kalau sekolah rendah ke sekolah menengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      saluran la tu,takkan lah saduran ;)
      dia kata kena pegi daftar kat sekolah menengah saluran tu dulu
      baru proses utk tukar sekolah menengah
      banyak kejenya,kalau dekat oklah lagi
      ni timur ke barat..adui semak la

      Delete
  2. saduran tu mas celop..bhahaha
    oihhh akak dengar pun pening apalagi nak menguruskan menda2 tu...
    helppppp!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NET..
      kan?
      akak yg baca pun dah pening,sy ni lagilah,,nak nanges rasa
      duk bygkan nak balik sana pun dah penat,huhu

      Delete
  3. Ini apa yang saya hadapi tahun lepas.... sekolah di SRAI, so saya ke sekolah ambil segala dokumen seperti surat berhenti sekolah rendah dan cop bagai segala sijil oleh guru besar (selalunya proses ni selepas result UPSR keluar baru dia orang layan) dan isi juga borang kemasukkan ke sekolah menengah dan saya terus pergi ke pejabat pelajaran seremban dan pilih sekolah mana yang saya nak hantar....... dalam masa seminggu dah dapat tahu kat sekolah mana anak akan dimasukkan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zana...
      dulu masa nk tukar dr srai ke kelantan lebih kurang jgk prosesnya.nmpk gaya kali ni pun sama jgk.harap dipermudahkan

      Delete
  4. Irfa,
    Stakat tolong baca je la.
    Mmg takda pengalaman langsung.
    Dulu masa nak menukarkan Amsyar dari Msia ke sekolah di sini pun.. ada songeh jugak.
    Dia org ni nak surat berhenti sekolah as in yg ada logo Gomen.
    Bukan buleh suka suki je daftar masuk sekolah.
    Tapi bab yg selowwwww bebeno nak jawab call tu.. dah lali sangat la.

    ReplyDelete
  5. tanya sek rendah sekarang , slps Thn 6 mereka akan ke sek men mana?
    Dr sek men itu proses tukar sekolah boleh diuruskan.
    Penjaga/ ibu /bapa boleh memohon pihak sek men membuat surat pertukaran sekolah pilihan . bawa sendiri ke Pejabat pelajaran untuk cepatkan proses. kalau nak tunggu sekolah hantar pun tak apa tapi lambat sikitlah keptusan nak dikeluarkan .

    ReplyDelete
  6. Akak pun tak faham mengapa proses pindah sekolah ni leceh bebenor..

    apa yang akak ingat masa anak sulung habis SPM, kami bawa dia ke Putrajaya. Lepas keluar result SPM, dia dapat tawaran masuk ke Tingkatan 6 di salah satu sekolah di KT. Untuk pindah sekolah ke Putrajaya, dia kena ke sekolah yang mana dia dapat tawaran masuk Ting. 6 itu (walaupun tak nak sekolah kat situ) dan dapatkan surat berhenti kat situ dan kemudian baru dapat surat permohonan pindah sekolah ke Putrajaya. Mujur kat sini cuma ada dua sekolah Ting. 6, so pilih sekolah cik abe. Prosesnya agak leceh, tapi yang kelakarnya, dia pergi sekolah Ting. 6 tu sehari jer lepas tu terus stop kerana dapat offer masuk asasi di UITM.

    camtu la kesahnya..

    ReplyDelete
  7. Xde plak pengalaman trus tukar, rietta pnah bt urk anak jiran, tpi daftar dlu skolah men yg skulah ren bg tu...saluran tu larr...pastu bru pindahkan dalam saluran yg sama ke sekolah lain...

    ReplyDelete
  8. dulu penah nak tukar sekolah tp sekolah menengah ke sek menengah jugak la. dah lupa camne tp macam pegi sekolah yang nak masuk tu (tak ingat untuk apa) lepas tu hantar application ke pejabat pendidikan ke apa tah.. dah 16 thn berlalu (alamak tuanya saya hehe)...

    ReplyDelete
  9. Irfa,
    Ikut panduan PPD walaupun mengambil masa dan kos. Saya juga telah 'follow' pengalaman di Saigon/HCMC. Waktu kami di Hanoi, tak nampak pun orang Malaysia lain. Kami menjadi perhatian.Elok lah Irfa dan rakan-rakan ke Hanoi pula, pengalaman yang berbeza (agaknya).

    ReplyDelete
  10. Irfa, saya pernah nak tukar anak masa sekolah darjah satu. Masa tu belum start sekolah lagi tapi dah register dah masa dia 6 tahun kat sekolah A. Oleh sebab tetiba saya pindah jadi nak dia masuk sekolah B. Prosedurnya... kena ke sekolah A dulu sebab fail dia diorang akan buat di sana. Lepas tu minta surat tukar dari sekolah A (2-3 hari dah siap, depends guru besar ada kat sekolah x time tu). Lepas tu kena ke PPD kawasan sekolah B, bawa surat tukar sekolah tu (kalau tak blh nak amik sendiri boleh mnta sekolah tolong poskan, tp tak tau la berapa lama nak sampai). Masa tu permintaan ke sekolah B akan dipertimbangkan oleh PPD (masa bawak surat sendiri kebetulan pegawai ada jadi dia terus je assign). Dia akan sign dan tulis sekolah yang dibenarkan. Lepas tu bawak surat tu ke sekolah B untuk register. Rasanya, yg oleh sebab jauh mintak la kerani sekolah tu tolong post kat Irfa (bg alamat rumah) sebab nak surat kebenaran tukar sekolah je daripada sana... yang lain2 boleh urus kat tempat baru. Good luck ye

    ReplyDelete
  11. apa2 pun kena usaha, biar kakak tu duduk balik dgn you,dh jadi anak dara tu he he.nanti boleh share mcm2 tau..

    ReplyDelete
  12. saya baca entry dan komen-komen je sebab saya pun tak tau prosedur. dapat byk jugak info kat sini...

    ReplyDelete
  13. salam irfa apa khabar :)

    owh kak lea pun tak tau proses tu semua.kak lea pun tunggu si kembar habis upsr tahun depan,then nak pindahkan ke sekolah menengah kat putrajaya sebab kami nak duduk sana.risau si kecil je,tahun depan dia darjah 1 so sekolah salak tinggi dulu.darjah 2 tu,takut sekolah kat pjaya full.nasib baik kawan husband ppd kat sepang,minta dia tolonglah nanti step by step untuk pindah dan daftar.

    kak lea rasa betullah proses pindah tu macam komen rietta &kawan2 lain :)

    p/s-->irfa kak lea baru tanya mak tentang pokok.pokok sekarang daun kuning,cuaca terlalu panas.so sekarang kawan ayah sedang tolong nak buat macam mana.pokok memang tak jual,daun pun tak elok.cili adalah :)

    ReplyDelete
  14. saya bulan 4 hari tu tukar sekolah anak darjah satu dari kl ke perak mula tu kena bagitau guru sekolah kemudian dia akan bagi surat tukar dan kita kena ulang alik ker jabatan pelajaran ambik surat pengesahan untuk pertukaran sekolah lepastu pi sekolah kl hantar surat penukaran ...dah habis proses sekolah kl kita kena pi jabatan pendidikan kat daerah yang kita nak tukar untuk bagi surat tukar ke daerah tu...makan masa seminggu jer...lepastu baru bawa anak pi sekolah baru bawak surat pengesahan jabatan pendidikan daerah..
    tapi tak tau la dari sekolah rendah ker sek menengah...mesti akak lagi rumit sebab jauhkan..kena banyak ulang alik tu...

    ReplyDelete
  15. alaaaa sy takde pengalaman la..huhuhu

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)