Wednesday, January 4, 2012

2012 Tahun Pengorbanan

Insya Allah, Tahun ni (2012) dan tahun depan (2013) adalah tahun pengorbanan untuk kami sekeluarga kerana berjauhan dengan kakak, puteri sulung kesayangan kami. Bermula tahun ini kakak akan bersekolah di kampung kelahiranku, bawah jagaan ma dan ayah aku. Insya Allah, kakak akan bersekolah kat sana selama 2 tahun hingga exam UPSR pada tahun 2013.

Ramai yang bertanya 'sanggup ko berjauhan dengan anak yer?tak rindu ker?'

Maaf kalau aku kata 'itu soalan paling bodoh abad ni'. Sapa tak rindu anak apalagi kalau berjauhan. Duk kat opis 9 jam dari jam 8.30 pagi sampai jam 5.30 petang pun kita duk terbayang wajah diorang inikan pulak berbulan tak jumpa. Kalau tanya kat ma aku pun dia akan jawab 'korang je rasa dah besar. tapi di mata ma masih nampak korang kecik lagi' dan seorang ibu sentiasa merindui anak-anaknya walaupun yang dah tua bangka ini. Kalau nak panggil adik aku, boleh pulak ma sebut nama aku sekali. Pendek kata nak sebut yang bongsu tapi dari nama anak sulung sampai nama anak no2 semua di sebut. Patutlah aku selalu tersedak, rupanya sebab ma selalu sebut nama aku. hehe.

Tipu sangatlah kalau aku cakap tak rindu kakak. Tapi apa yang kami lakukan sekarang adalah yang terbaik setakat ini dengan petunjuk solat istiharah alhamdulillah. Semua urusan tukar sekolah tu ari berjalan lancar. Aku balik kampung tahun baru tu hantar kakak dan sempat gi hantar kakak pada hari pendaftaran 02hb untuk beli buku..sempat tengok kelas yang akan kakak belajar (itu adalah sekolah aku masa sekolah rendah dulu). Sambil jalan-jalan tengok sekolah dapat imbas kembali zaman kecik-kecik aku dulu, banyak sangat yang dah berubah. Dulu sekolah tu cuma 2 tingkat tapi sekarang dah jadi 4 tingkat. Kelas dinding kayu kat belakang sekolah pun dah takde rasanya. Memang patut pun dah banyak berubah. Dah 21 tahun aku meninggalkan sekolah itu (tahun 1991).

Masa kesana, aku jumpa 2 orang kawan lama dari sekolah yang sama..dulu kami sekelas dan kini diorang keje kat sekolah tu (sorang kawan lelaki jadi 'jaga' dan sorang kawan pompuan keje 'kedai koperasi sekolah'). Emm, bolehla mintak diorang tengok2kan anak aku nanti, hehe 



Maaf ye kalau nanti blog ni jadi tempat aku meluahkan rasa rindu, Kot ada ayat agak-agak terjun ke laut tu maafla yer, mungkin masa tu aku dilanda 'mood rindu pada anak yang jauh'..layankan je la.....

# baru membayangkan pun sebak, huhu



6 comments:

pB said...

relax Fa

rindu tu tak akan hilang tapi lama lama kita akan biasa



9hb ni , sorang lagi anak kak pB akan dok asrama ...

Ila said...

takpe,untuk yg terbaik kenalah berkorban kan...mungkin manis hasilnya nanti

Yellow said...

wah.. sedih la pulak entri ko ni irfa!!

tetiba aku yg emo terminis air mata.. huhu

Aidah said...

Akak doakan pengorbanan Irfa ini memberi kenikmatan berganda dunia dan akhirat.Amin. Tak pe lah, sekurang2nya kakak tinggal dgn orang yg kita sayang kan.

rumah kuning said...

takpe.....nanti ada le alasan utk selalu blk kg. hehehe

Zareda Norman said...

kalau itu yg terbaik.. doa yg baik baik ajelah... insyaAllah..