Skip to main content

Aktiviti Malam Selepas Anak Tido

buat apa malam-malam?

ni dia

sebelum kejadian


dan 
selepas kejadian


aku tak boleh buat keje bila anak jaga
bila anak tido macam-macam benda aku buat

lipat kain
basuh pinggan
basuh baju
mop lantai
cuci kipas

padahal bukan ada anak kecik 
yang masih merangkak suka mengacau
tapi aku rimas

aku suka buat keje sorang-sorang
dimalam yang hening
ditemani bunyi cengkerik
kelassssssss kan?

korang pulak acaner?
bila masa lipat kain?
pagi,petang,siang @ malam?

tu je?
aiyaaa.. itu pun mau citer ker?
suka hati ko la labu

Comments

Norhaizan said…
Macam-macam la Irfa ni..Kak Zan lipat kain lepas solat Asar sambil berzikir..saja, mengumpul pahala sikit-sikit bekalan untuk ke SANA.
Acik Erna said…
dik akak pulak pagi2 sebelum subuh..malam2 tak boleh mengantuk sangat..mata tal mau celik..pagi2 bangun awal..dah mandi sementara dengar azan dari masjid..lipat kain..gosok baju..
Hanna said…
Hanna paling malas kalau nak lipat kain. rasa nak ada maid untuk lipat kain je. boleh tak? hehehe
azieazah said…
Masalahnya, memang la takda baby merangkak mengacau, tapi yang tua plak buat perangai merangkak mengacau. Hahahaha!
Miss Volvo said…
mak oi byknye kain xlipat ish ish ish
Norhaizan said…
macam-macam la irfa ni..kalo irfa rasa bahagia..buatlah irfa..tak de sape nak menghalangnya..
paridah said…
kerja rumah xpernah hbs kan irfa...
izawani said…
Akak tingin nak amik pic kain bertimbun tu... tapi cam rasa malu la plak... membukit jer kalau ditimbunkan, tapi oleh kerana sesekali bila rajin jer lipat, kena la beli bakul sorang satu. Diorang cari dalam bakul memasing jer. Ada masa, baru lipat / gantung.
emarieys said…
suka timbun dan lipat time cuti jer..huhu
Mulan said…
keje #1 paling tak suka tapi terpaksa.. saya pon suka buat keje malam hari, takde orang kacau.. ni kang nak mop lantai, orang lalu lalang.. nyampahs..
Zareda Norman said…
ohh ini bukan aktiviti selepas anak tido kak zar.. Aktiviti ni hanya boleh dibuat selpas cik hubby tidur.. Hihihihi
HeNRieTTa JoSe said…
rmai gak yang suka wt sorg sorg...xmo anak anak kaco...walau anak anak dah beso....lain lew klu ada anak yang dah bleh tolong...
Unknown said…
baca tajuk aku ingat cerita jengjengjeng..hahaha..
sarah said…
saya lipat baju, basih kain, sidai kain..kadang2 anak kacau gak, kadang tak..nak tunggu dia tidoq, jenuh la.anka saya tidur jam 12 lebih..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...