ingat tak dulu-dulu,zaman sekolah rendah..cikgu suruh buat karangan 150patah perkataan bertajuk 'aku sebatang pensil'.aku paling suka matapelajaran Bahasa Malaysia.aku suka karangan sebab aku suka berangan.... haha,boleh gitu?
karangan aku ada ketika terkeluar tajuk tapi masih dalam kategori top5.kira hebatlah tu dalam kelas..masa sekolah rendah je lah,masuk sekolah menengah..sedih ;(
okey,jom baca karangan yang nampak mudah tapi ada pengajaran disebaliknya..aku jumpa dalam emel,dah lupa sapa hantar tapi aku simpan sampai sekarang.ni tengah nak clearkan folder sebab dah penuh,share kat blog.kalau dah baca..sila abaikan
Ingin sekali berkongsi cerita mengenai "Kisah Sebatang Pensil"
Mengisahkan seorang nenek yang sedang menulis menggunakan sebatang pensil sambil diperhatikan oleh cucunya. Melihat cucunya, nenek tersebut berkata "Cu, satu hari nanti, cucu pasti akan nenek hadiahkan sebatang pensel yang bermakna ini". Sang cucu merasa hairan, lalu bertanya " Apa maksud nenek pensel yang bermakna? Ia bukankah hanya sekadar sebatang pensel sahaja?" Neneknya melihat cucunya sambil tersenyum dan menjawab" Cu, di dalam sebatang pensel ini terkandung 5 kualiti yang boleh kita teliti dan pelajari" Cucu itu bertambah hairan "Lima kualiti?"
"Ya....kualiti yang pertama. Pensil ini boleh melakukan banyak perkara seperti menulis, melukis dan sebagainya. Seperti pensil ini, cucu juga boleh melakukan banyak perkara hebat nanti. Tetapi ingatlah, pensil ini ada tangan yang mengawalnya. Begitu juga kita. Pergerakan kita juga ada kawalannya yang memberi arah kepada kita tanpa kita sedari iaitu dari Allah SWT.
Kualiti kedua. Ada ketikanya nenek akan mengasah pensil menggunakan sharpener. Pensil itu pastinya akan merasa sakit tetapi ia menjadi lebih tajam selepas itu. Maka, kehidupan kita juga begitu. Untuk menjadi lebih baik dan berkualiti, kita perlu melalui kepahitan terlebih dahulu.
Kualiti ketiga. Pensil ini tidak marah bila nenek memadamkan apa yang ditulis. Ini menunjukkan bahawa membetulkan apa yang tidak betul itu adalah sesuatu yang tidak perlu ditakuti. Berani kerana benar.
Kualiti keempat. Pada pensil ini, untuk ia berfungsi bukanlah bergantung sangat kepada kayu di bahagian luarnya tetapi kepada grafit di dalamnya. Maka, sentiasalah prihatin dengan apa yang berlaku di dalam diri kita sendiri.
Kualiti kelima. Pensil ini meninggalkan kesan atau tanda. Begitulah kita, dalam setiap apa yang kita lakukan, pasti sedikit sebanyak ia akan memberi kesan sama ada kepada seseorang ataupun kepada sesuatu keadaan. Maka berwaspadalah di dalam tindak tanduk kita."
Itulah 5 kualiti dari hanya sebatang pensil. Itulah yang dimaksudkan dengan sudut mana fokus kita. Jika melihat sebatang pensil itu hanya pada kayu dan grafitnya maka itulah yang kita akan dapat. Sebaliknya jika melihat dari sudut yang berbeza, banyak lagi yang boleh kita pelajari. Renungkanlah....
Comments
aku fail kalau bab karangan cerita mcm ni.. kalau fakta bulih la..punye la tak kreatif lagi imaginatif..eheh..
thanks 4 sharing this =)
slmt hari raya kak :)