pertama sekali nak bagitau pada yang berkenaan.aku tak pandai tulis bahasa Tamil,rasanya Bahasa Malaysia ni semua orang faham.harap ni kali terakhir aku tulis pasal ni 'kalau dah baca blog ni baca jelah,lagipun blog ni memang open.bukan untuk invite reader je.dan please lah,kalau dah baca tu duk diam-diam je tak payah duk tanya aku 'tengah apdet blog ke ?' Boleh?
*emmmmmmmmmmm..tarik nafas...hembus*
okey..hari ni aku banyak masa abis disini-TENTANG GIGI.dalam banyak-banyak laman yang tulis pasal gigi,aku rasa laman ni senang nak faham.tapi satu je yang tak puas hati,aku takleh tinggal komen.mungkin juga tak tahu cara @ kena daftar dulu kot.takpelah..baca je pun
Jenis-jenis Rawatan Gigi
1) Cuci gigi a.k.a Scaling
Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
2) Tampalan/Simen a.k.a Filling
Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi
3) Rawatan Akar / Saraf Gigi a.k.a Root Canal Treatment (RCT)
Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi
4) Sarung gigi a.ka. Crown
Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang. Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
5) Jambatan a.k.a Bridges
Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi. Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok. Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung
6) Gigi Palsu a.k.a Denture
Untuk menggantikan gigi yang hilang. Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)
7) Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture
Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan. (untuk kes tertentu sahaja)
8)Tanam Gigi a.k.a Implant
Untuk menggantikan gigi. Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi. Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural
9) Cabutan a.k.a Extraction
Cabut cabut cabut…hanaya bila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut
10) Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching
Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi
11) Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement
Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik). Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar
12) Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic
Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)
13) Mouth guard /Splint
Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut
motif citer pasal gigi?
'SAYA BARU PERASAN YANG SAYA MENGALAMI MASALAH GIGI SENSITIF TUAN DOKTOR.MINUM AIR SEJUK @ PANAS AKAN ADA RASA NGILU YANG AMAT SANGAT'
huhu ;( tapi iklan tv ada kata 'bertukarlah kepada ubat gigi Sensodyne'.konfem menjadi ke?
Tapi kan,kos rawatan gigi memang mahal.aku ada tanya doktor yang implan (tanam gigi) tu katanya sebatang rm6k.pergh..boleh buat down payment beli keta.kalau tengok drama korea,gigi diorang majoriti lawa-lawa (pelakon muda la..kalau pelakon veteren memang giginya nampak biasa je).sebab tu gigi dan senyuman diorang sepesen je.aku ada baca yang diorang banyak buat plastik surgery dan gigi juga salah satu dari benda asal yang di ubah.mesti mahal gila kosnya kan?sebatang pun dah mahal inikan pula kalau semua gigi.
sapa taknak gigi cantik berseri dan indah tersusun bak mutiara macam ni (ayat dalam novel selalu kata gigi tersusun bak mutiara kan)
contoh gigi cantik tersusun |
umur dah meningkat..kalau gigi masih penuh macam ni adalah satu bonus |
pssttt..Sabtu aku dah jumpa doktor gigi.siap rekues kat kaunter 'dik,akak nak Dr Ma jugak.taknak doktor lain.lama tunggu pun takpe' hehe.serik aku jumpa selain dari Doktor Ma.dari tak sakit jadi sakit.huhu
check itu ini,siap x-ray bagai dan penyudahnya doktor kata '1 gigi kena tampal dan 1 gigi lagi kena buat rawatan akar(rct-root canal treatment) '.semuanya geraham tu pasal agak ngeri sikit.tapi dah sakit punya pasal...redha jelah
selalu nasihat kat anak-anak supaya jaga gigi tapi biasalah,masa budak-budak aku dulu pun bukan paham.dah tua baru nak nyesal.tua ke? huhu
kena makan makanan yang lembut takut nanti tampalan sementara tu tercabut.lama lagi tu nak tunggu 5hbOctober baru dapat jumpa doktor untuk buat root canal tu.makan bubur jelah nampak gayanya.bubur pun buburlah..janji boleh makan
Comments
akak buat implant...kosnya?? memang boleh buat bayar downpayment kereta.. pendakap gigipun pakai tapi dah bukak dah...
mesti irfa cakap, net ni semua dia buat... ehh betul..tak tipu!!
doc kata, kita kene seletkan dulu ubat gigi kat gigi sensitif kita tu before kita berus gigi kita sebab nanti boleh menurangkan sensitivity... akak pun pakai sensodyne....
gigi sangat sensitif bila makan asam byk..wahhh time nak gosok lepas tu, ngilunya...
geraham bongsu dah cabut kot,tahlah saya pun lupa.tp ini geraham bawah yang ke2 dr belakang.lubang dah tampal tapi rasanya lubang dah besar xleh selamatkan.doc suh buat rawatan akar dulu,kalau dah tak boleh baru cabut.sebenarnya banyak cara selain dr cabut tpi ramai org pilih cabut utk selesai masalah.saya x nak..selagi boleh diselamatkan kita selamatkan.kalau dh cabut bukan boleh tumbuh balik.nak jugak pakai braces tp tulah..rasa cam dah terlewat ;)
@SHAHZEE..
itu yg doc kata org selalu silap.dah sakit baru nak jumpa doctor.patutnya selalu jumpa atleast 6bulan sekali.akak pun pandai cakap je..buatnya tak.hehe
dia bukan post kat blog tapi selalu duk tegur bila lalu meja saya.tak pasti lah pulak dia baca blog saya ke tak tapi hati rasa mcm dia ada baca.kalau tak takkan sebut psl blog.
implan dan braces semua akak buat?hebat ;).kalau duit terlebih saya pun nak buat.nanti nk tukar ubt gigi sensodyne lah..tgk apa hasilnya ;)
akak buat implant dan braces tu tapi nasib baik boleh bayar ansuran..kalau bayar semua, gugur semua bulu2 yang ada kat badan nih..bhahahaha....