Skip to main content

Hujan Pagi dan Drama Keluarga Iskandar

Pagi ni kelewatan.huhu.sedar jam 5.30 pagi hujan lebat.tak,tak..aku tak salahkan hujan tapi tahu jelah kalau hujan..memang sedap tido.nak pulak bila baru je nak bangun,ada orang tarik suh baring.tak caya?tengok ni..

aku bangun,dia tarik
aku tarik,dia bangun..hehe

penyudahnya lagi 10 minit kul 8.00 baru aku dapat mandi.huhu..dahlah malam tadi tido awal dan miss drama yang aku tunggu setiap hari Selasa.

bukan drama Korea.aku tahulah korang pun dah nyampah kot asyik citer pasal drama korea je.tak abis-abis dengan drama negara luar.eh!dah bagus kenalah puji..tak bagus kena lah keji.hehe.oklah,aku layan drama melayu jugak tau.ini antara drama yang wajib tonton setiap SELASA jam 10.00 malam.kalau tak dapat tengok malam tu sanggup tunggu siaran ulangan.Astro kan suka ulang-ulang siaran sampai lebam.ops..terkutuk lak

ini dia,drama keluarga dengan tajuknya KELUARGA ISKANDAR.sumber dari sini-Astro Gempak.

Sinopsis Keluarga Iskandar ialah tentang sebuah keluarga yang di ketuai oleh ibunya yang bernama Mak Jah (lakonan Kismah Johar) dan anak-anaknya seramai 6 orang.Setiap minggu ada je kisah menarik tentang keluarga mereka.Yang pasti memang buat kita senyum depan tv.

ni gambar masa anak dia yang nama-Azlan tu kahwin

waktu siaran ialah Selasa-10 malam dia Astro Prima (Channel 105)

KENAPA AKU SUKA?sendiri tanya sendiri jawab nampak?hehe..layan je lah


  1. drama itu nampak hidup macam dialam realiti
  2. watak Mak Jah sebagai mak tu memang very de emak-emak sangat,suka membebel.hehe
  3. pelakon2nya berbakat sebijik cam real(sama je dengan no1.huhu)
  4. ada je topik yang menarik setiap minggu
  5. topik santai yang menghiburkan dan yang penting ada unsur kelakar
  6. bolehlah gelak sampai nampak gigi geraham
dah..tu je ;)

Comments

Unknown said…
tak pernah tgk drama ni. Selalu nampak promo dia je, macam best tgk promo dia, tp tak berkesempatan nak tgk....

mcm teruja nak tgk bila baca entri Irfa ni...
cheqna said…
blm pernah layan r citer ni..
kena tgk gak ni..hehehehe
Unknown said…
rumah saya takde astro..sekian.. :D

lebat gila hujan semalam.. aku dok bayang bestnya kalau boleh cuti rini T_T
bangsawan nilai said…
entah...kalau irfa kata best tu best la kot...he he

yg aku tau pukul 10 mlm, wifey dah booked utk drama adam & hawa...
beat said…
best jgk cita nih
ZieMarziah said…
sy pun suka drama ni k.irfa..memang best..memang nampak real..
lieyalatif said…
liat nak bangun pagi tadi sebab ujan...rase nak sambung tito balik jek hhuhuhuhuhu
Norhaizan said…
Macam yus tak sempat nak nengok tapi my gurlz memang suka citer tu..kadang2 tengok ulangan jer.
Ummi said…
irfa kami satu family layan cite ni, memang best sangat :)

sanggup gak tunggu ulangan, tapi skrg dah ada pvr.... rekod saje... all series hehehe

motif, tengah promote pvr kat irfa hahaha
Zareda Norman said…
kak zar mmg layan citer ni..anak dia lima bukan enam.. Tapi citer ni best sbb cara penceritaan tu.. Natural dan tak byk sgt kebetulan.. Sangat normal tak de ekzejeret melampau lampu
Irfa said…
@kak yus..
tengok kak,pasti tak rugi.ada je kisah mereka setiap minggu yang mencuit hati ;)

@cheqna..
jgn lupa.selasa 10 malam di astro prima.wah sakan promo ni

@rai..
meh dtg umah aku layan astro ;)

@bangsawan-nilai..
aku x tgk adam dan hawa.so tak tahu best ke tidak.tp ramai yg kata best

@duniafana..
kan?tak sabar tunggu kisah mereka setiap minggu ;)

@shahzee..
suka kat mak jah tu.ayat dia selamba je

@lieyalatif..
kalau jd bos sendiri boleh cuti bila2 masa je.hehe

Irfa said…
@kak norhaizan..
mmg tu kak,ulangan pun tetap jugak gelak tak hengat ;)

@kak ummi..
ala akak ni.saya takde pvr so kenalah tunggu ulangan kalau tak dapat tgk malam tu.ada harapan jd duta astro pvr akak ni :)

@kak zar..
anak dia 6 kalau tak salah saya.sbb ada orang yang duk oversea,masa episod mak dia duk gila main fb tu ada anak dia yang belajar kat oversea

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t