Skip to main content

Kisah Hujan dan Bantal 3 Beradik

Sib baik...dari pagi tadi aku dah nak apdet blog kesayangan ini tapi line internet problem.dah nak tengah hari baru ada line.ingatkan memang tak dapat apdet blog la hari ni.rasa kosong je jiwa kalau tak apdet atleast sekali sehari,macam la ada orang kisah kalau aku apdet ke tidak.kan?

semalam hujan lebat,kelmarin pun pepagi dah hujan lebat.sib baik member ambik depan umah..itupun nak masuk keta kain dah basah lencun.

aku ngan hujan tak berapa ngam.nak pulak kalau hujan tengah malam.telinga pun boleh dengar macam-macam dan fikiran pun jenis yang berimaginasi tinggi.kalau ada 'roommate' takdelah takut sangat.tapi malam tadi en abe keje malam balik lewat.

aku dengar bunyi 'gedegang' masa tengah syok tido.perkara pertama aku fikir ialah  'pencuri nak masuk rumah ke?' oh!takutnya saya.aku lebih takut orang dari hantu.tapi hantu pun takut jugak.hehe

otak pun mula fikir macam-macam.ingat tak kisah perompak pecah pintu pakai tong gas tu?haaa..yang tu lah aku bayangkan.

pagi ni..masa nak hantar kenit,aku nampak dahan pokok ubi kayu dah jatuh tepi pintu dapur.emmm..dahan pokok ni la yang aku dengar bunyi gedegang tu agaknya..hebat tak imaginasi aku?
mintak jauh la dari orang-orang tang berniat jahat...

okey.ini pula kisah bantal,hujan-hujan mesti terbayang bantal depan mata kan?

kalau adik aku baca mesti dia bengkek.tahu kenapa?sebab dia pun terbabit dalam ini pilem.haha

tu ari aku tempah baju .semua kain jenis cotton.tahu jelah kain jenis cotton ni,sedap pakai dan selesa jugak kalau dibuat sarung bantal..hahaha.kain tu 3 meter setengah dan 'bidang 60' bukan 'bidang 45' macam kain ela biasa.jadi banyak kain terlebih lepas buat baju kurung tu.

kebetulan kat umah ada 3 biji bantal takde sarung.so aku mintak akak tu buatkan sarung bantal dengan belen kain itu..jadilah bantal 3 beradik.

cantikkan kalernya?ceria gitu
*sila angguk*

yang bestnya,kaler pink belen kain adik aku.hitam putih dan bunga ceria itu aku punya.tapi yg corak hitam putih tu adik aku ambik dan bagi pada adik sorang lagi.dia tukar sebab tak berkenan dengan corak kain yang dia sendiri pilih.boleh?

Dari Atas:Kakak,Adik dan Abam

Adik dan bantalnya 

bila hujan di luar sana..tetiba aku rasa macam best pulak tengok kenit ni tido,dapat baring sebelah dia sambil peluk-peluk,best ni

bila aku balik keje,dia suka cakap 'omie.nak polok(umie,nak peluk)'.

sian dia..malam tadi badan panas..macam nak demam.tapi aku dah takde cuti,kena jugak datang keje.okey daaaaaaaaaaaa ;) 

Comments

Mulan said…
moga adik sihat sokmo2... bantal yg dah lembik2 tu lagi sedap peluk kan.. yg kekabu dah hancus tu..
Acik Erna said…
dik..ari ni model adik ajaa tidur je he he..
Anonymous said…
cantik kaler bantal hehehe
Unknown said…
sukalah bantal yang adik punya tu, cantik kakyus tengok...
-Sara- said…
comelnya bantal :D
Unknown said…
selalu kan berlaku kes..sendiri pilih tapi sudahnya tengok hak orang lain nampak cam lagi bes..kalau kain takpe la boleh tukar2.. kalau laki? hahahaha..

jgn pedulikan komen ngarut aku ni :P
Irfa said…
RAI..
ye,mmg aku abaikan komen yang paling mengarut abad ini

adik aku mmg gini..selalu beli baju pastu balik tak berkenan.tapi yang untungnya aku la,,sib baik sama size
kalau adik aku size cam ko..mmg membazirlah ;)
Irfa said…
KAK CIK ..
berkenan ke?hehe
Irfa said…
SARA..
bantal je ke?
;)
Irfa said…
KAK YUS..
bantal tu adik share ngan umie ;)
Irfa said…
KA..
sarung nya yang cantik
bantal dalam tu kaler putih jer
Irfa said…
KAK ERNA..
itulah pasal
kat blog akak pun gambar dia tido jugak
Irfa said…
MULAN..
bantal itu isinya bulu itik..bukan kekabu ;)
makchaq said…
Arwah mak makchaq pun suka buat sarung bantal kalau ada belen2 kain, ada sekali dia buat bantal dan bantal pelok belen kain buat baju tidoq adik makchaq.. bila adik tidoq sangatlah kelakar.. dari orang sampai bantal semua serupa...
NenetPenne (NP) said…
haaa apa ni, sarung bantal sama dengan baju?? ha ha ha...
nanti nak gi jengjalan boleh bawak bantal tu matching dgn baju...
Luna said…
pakai baju cotton, terasa muda. hehehe
HeNRieTTa JoSe said…
Hehehe...teringat arwah nenek...suka jahit kain lebihan baju tu buat kain selimut....
Nyenyak jew bdk comei tu tdo....
:: CIKVIVA :: said…
huhu..kaler pink tu tak bleh blah laaa..jauh beli taw..wat sarung bantal jer..sedey2...
Mak Wardah said…
Irfa,
Cantiklah bantal2 tu...bantal rumah akak ada dua aje bulu itik, teringat dulu bila tengok cite org putih, dia org laki bini bergaduh guna bantal, pecah bulu bertaburan, inginkan bulu apa rupanya bulu itik.
ZieMarziah said…
cantiknya color bantak..colourful..model bantal mmg menghayati watak hehehe nyenyak dia tido ye

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t