hai hai hai :)
super bizi la sejak masuk keje pagi tadi sampai sekarang..huhu.nak nanges rasa hati.bosan dengar orang keliling bercakap,last-last sumbat telinga dengan earphone layan celoteh DJ kat SinarFM.pastu senyum sensorang bila Dj buat lawak sengal
cuti jumaat,sabtu dan ahad beraya ke mana korang?aku ada beraya satu rumah je..plan nak beraya umah 2 orang makcik(shah alam dan kajang) terpaksa kensel atas sebab teknikal..
Jumaat..pecah rekod sebab bangun pagi-pagi semata-mata nak tengok perarakan Merdeka kat tv..dah lama sebenarnya aku tak tengok perarakan merdeka kat tv.selalunya aku buat-buat lupa bila tiba hari Merdeka.entah kenapa tahun ni rasa semangat patriotik tu lebih sikit.siap paksa si abam bangun sama tengok tv.emmm..dia layan nak ngan taknak je..mata pun tak berapa nak bukak
petang pulak..adik datang siap tapau nasi arab.lain kali aku ingat nak tapau je nasi arab ni makan kat rumah.lagi sedap menyuap.kalau kat kedai,makan tak jatuh kat perut sebab mata kena pantau anak sekali, takut dia panjat meja.
lepas dah kenyang perut keluar cuci mata kat Aeon Seremban2..bukan nak beli apa pun,eh lupa..aku terbeli langsir.ada offer so beli jelah.dah berzaman tak tukar langsir.ni dah tukar mungkin abam dah masuk form 5 baru tukar baru kot.hehe,gile penjimat kan?
Sabtu..tengah hari aku ditemani adik-adik beraya ke rumah sorang blogger di windsor (tapi bukan di UK ye tapi di kajang)..layanan yang mesra membuat kami tak sedar duduk sampai 3 jam lebih.huhu..pertama kali aku beraya umah orang sampai berjam-jam.selalunya 1/2 jam dah mula cipta alasan nak balik.paling lama beraya sebelum ni ialah kat rumah kakakku sayang di Senawang itu.mau tidaknya..makanan yang sedap dan tuan rumah yang sangat ramah buat masa berlalu begitu cepat.masa nak kesana ambik masa 1 jam tapi masa nak balik jumpa jalan shortcut..1/2 jam dah sampai area Nilai.
Ahad..sepanjang hari duk rumah melayan tv dan anak tekak.bahaya sungguh la..asik makan je kejenya.aku tertunggu2 ada 'orang tu' katanya nak datang beraya.sampai ke petang tak nampak bayang..(siapa itu..kalau dia baca,ye..anda lah orangnya).
tapi malam baru lah dapat sms sebab dan musabab tak dapat datang..ye,aku paham..takpe,raya masih ada lagi..
hari ni posa ganti..(dah niat nak ganti posa awal-awal,tak nak jadi macam yang lepas-lepas.dah hujung2 baru nak ganti.huhu).
bila posa..hidung jadi extra sensitif..asik bau makanan je.apa cer?
Comments
eh i pun ada pegi jugak ke rumah area windsor tu tapi hari ahad... rumah yang sama ker??? heeee
Irfa, masa aku turn kuantan tu aku ada pm kat fb, maybe leh jumpa kat klia. Takde rezki, ko tak login kot. Anyways, maybe next time yer.
Tak puas eh tengok kenit senyum...comel jer dengan baju kurung pink dia tu..:)
*orait gak kan ganti awal2,kadang2 terleka sedar2 je dah nk masuk ramadhan lg*
Apa yg LW jamu you all kat windsor? mesti best kan?
bagi yg baru nak kenal dunia la gi dataran merdeka tu.hehe
yelah kot..umah batu bata tu kan?hehe
mula2 malu jugak sbb kami je tetamu.igtkan ada orang lain :)
dah lama2 tak malu ;)
malam tu pun dia mintak nak pakai 'baju laya'.
suka betul dia pakai baju kurung tu..kena beli banyak2 la kot
mmg plan nak ganti awal..tapi cabaran mmg hebat bila puasa di masa org lain sedap makan ;)
aku jarang bukak fb.huhu
jemput masuk..selamat hari raya
salam kenal ye
cheese cracker layer cake yg KA tunjuk kat blog tu dan nasi beriani ;)
makan free dan di masak dgn kasih sayang haruslah sedap
hahaha..tau takpe
bunga langsir dari warna ceria smpai naik pudar baru tukar
sib baik tak mereput..
mekasih..berkenan nak buat menantu nanti sila isi borang :)
bercinta nak mengganti..tinggal 3 hari je lagi
baru ganti 2..huhu