Skip to main content

Marathon 1 Jam dan jumpa blogger

Salam Jumaat untuk semua..moga pagi yang mulia ini kita diberkati dalam semua urusan.Insya Allah

Pagi ni aku bersenam *tak caya?*.memang tak perlu percaya pun.yang pasti aku cuma bersenam dalam rumah je.tak perlu pusing padang pun.

kunci jam 6.00 pagi tapi bangun 6.30 pagi..buka je mata,kejut abam bangun.solat subuh.gosok baju sekolah abam.turun bawah buat sarapan abam-roti celup telur + air milo.abam ke sekolah.naik atas mandi dan bersiap.kemas beg adik dan abam untuk umah pengasuh.(sepasang baju abam,3psang baju adik+6keping diapers).sidai kain sebakul yang basuh malam tadi.7.25 kuar rumah.kunci pintu.kunci pagar..hantar adik umah pengasuh(belakang rumah je pun).7.30 pagi dah terpacak depan simpang tunggu member pick up.hebat kan?dalam 1jam semua siap.tapi.......................rasa macam tak bernafas pun ada.peringatan untuk diri sendiri,sila bangun awal sikit.atleast kul 6.00 pagi.hahaha.cam awal,setengah jam awal je pun.

Pagi ni jumpa sorang blogger-KakBie.dia bersama family dari Kota Bharu nak terbang ke Kuching melawat pakciknya yang sedang tenat disana.transit kat Klia kejap itu yang berjanji nak jumpa.dah banyak kali plan tapi kebetulan hari dia transit sini aku bercuti.takde rezki nak jumpa.tapi kali ini pertemuan yang dirancang itu menjadi kenyataan.

aku panggil dia KakBie..tapi bila dah jumpa rasa cam sebaya pulak.segan rasanya nak panggil akak.tapi orangnya peramah jugak..kira boleh sembang la.lagipun kami kenal dalam blog dah lama.rasanya masa mula-mula aku menulis tahun 2006.ye ke kakbie?kalau salah tolong betulkan ye.kami borak kejap je sebab bos call ada benda nak suruh buat.biasa cam tu kan?kalau kita duk kat meja..takde sapa cari.kalau kita takde,ada je orang cari.huhu.okey..buat yang wajib dulu.lepas hai-hai bye-by kami pun berpisah.semoga urusan kakbie berjalan lancar dan kepada pakciknya yang sedang sakit itu cepat baik.

okey..daaaaa.meh sarapan roti celup telur,nak pedas tambah lada hitam.hehe

my bekfes today.roti celup telur bersama lada hitam
abam punya takde lada hitam la..
kang sakit perut pepagi



Comments

paridah said…
seronok irfa dpt jmpa rakan blogger...bila nk dpt jmpa irfa...ye
Unknown said…
waa cayalah irfa,pagi laiii dah marathon...akak selut laaa
Norhaizan said…
Bertemu di alam maya pun seronok gak.
Unknown said…
menggiurkan la roti ko..semalam aku buat gak sbb teringat ko selalu sebut buat roti celup tepung..kakaka..

seronok jugak kan keja kat airport.. ada blogger nak berlepas ke sampai ke..boleh jumpa ko..tapi aku tah le nak terbang ke mana..fulusnya pun yillek..hehehe..
Irfa said…
@KAK PARIDAH..
bila akak dtg klia.kebetulan saya keje bolehla kita jumpa.hehe.kalau kat luar susah sikitlah kot.saya ni jarang kemana-mana kalau xde hal

@KAK LIENDA..
selut?
akak takpelah...ada orang tolong,maklumlah mak buyung ;)

Irfa said…
@KAK NORHAIZAN..
kan?alam maya pun okey je
hari-hari baca cerita cuma tak bersua je ;)

@RAI..
roti celup telur je takde celup tepung.sebab itu bekfes paling senang.hehe

dah kebetulan ada kat sini.kena ngan masa aku keje..bolehlah jumpa kejap
Misz-ella said…
roti celup telo feveret KC ..
Mak Wardah said…
Salam Jumaat, irfa rajin, sarapan yang sihat...tu feveret akak
Dr K said…
1/2 jam awal kalau pagi2 tu mmg nampak kejap, tapi macam2 boleh selesaikan :)
mama aryan said…
mcm saya,kunci jam awal tp bagun tetap lewat sikit dr waktu tu..hii
Biarlah rahsia said…
betul tu...k.bi start bc blog irfa tahun 2006...Alhamdulillah ada peluang juga jumpa irfa...kami dh selamat balik...insyaAllah kita jumpa kat kg. pula nanti...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t