Skip to main content

Pucuk Ker Batang?

tajuk yang menyeramkan.kah kah kah.seram tang mana tu.ni kisah aku semalam dan hari ni.patutnya ada gambar tapi belum sempat ambik gambar dah masuk perut.acaner?

sapa suka makan sayur pucuk paku?sila angkat keyboard..hehe.tak kenal pucuk paku?memang melampau la..meh aku gugel sekeping gambar.ni dia...

sayur pucuk paku 
aku memang penggemar pucuk paku yang tegar tapi memandangkan aku bukan jenis yang ke pasar tani,beli barang kat minimarket je sebab bukan nak beli banyak.kalau ke pasar tani konfem segala jenis mak nenek sayur semua ada.bukan setakat pucuk paku,segala pucuk pun ada.

semalam,akak sebelah ni kata kat kafe ada sayur pucuk paku.sepantas kilat aku turun kafe tapi yang tinggal cuma batang paku yang keras itu.tahap kalau cucuk mata boleh buta.huhu.kecewa mak,nak.

hari ni..akak tu kata 'eh!tak turun kafe ke?ada sayur pucuk paku tapi dah tinggal sikit' ish.akak ni ..kalau tahu kenapa tak belikan dulu.sekali lagi seperti lipas kudung aku turun kafe,tu dia...tinggal lagi sesenduk cukup-cukup untuk sorang makan.cepat-cepat capai mangkuk.aku cedok semua..pakcik mahal tu caj aku 50sen je..hehe sambil dia buat muka pelik sebab aku cuma ambik sayur tak ambik nasi.konon taknak makan nasi hari ni sebab malam tadi aku dah dinner nasi arab ngan cikviva.huhu.lamb haneth siap ngan lemaknya sekali.patutlah lena tido malam tadi,kenyang sangat kot.

berbalik kepada kisah pucuk paku yang aku makan tadi..banyak yang keras dari yang lembut.ini pucuk ke batang paku?kalau kat kampung..boleh dikata kalau seikat tu banyak dapat bahagian lembut.tapi kat sini,alahai..batang keras tu lagi banyak dari bahagian yang boleh dimakan.

tak kira,sabtu ahad ni aku nak kena cari pucuk paku jugak.tapi adik lelaki kat shah alam rekues nak makan pucuk labu.masak apa?emm.kendian citer...lalalalala

Comments

NenetPenne (NP) said…
itu memang standard orang menjual kat sini... tu pasal akak cakap, ni bukan pucuk paku, ni sayur masak lemak batang paku... nak untung menjual, mcm tulah jadinya...

pucuk labu?? mmmm sedapp.... msak lemak putih...ada pulak ikan kering... mak mertua, sila lalu depan yer..ha ha ha...
Unknown said…
aku selalu kena tipu..bila makan tu macam ko kata la..cucuk mata boleh buta..haha..rasa macam nak pi cucuk mata yang menjual tu..hishh..

pucuk2 ni sedap masak lemak..kalau aku tak kisah putih ke kuning..sbb yg kuning tu cuma tambah kunyit je.. tapi kalau padan ngan ikan kering cam kak net kata memang best! tambah pulak sambal belacan..wawawa.. mak mertua melintas aku jeling2 je..
Mrs. Norrie said…
SEDAPNYA MASAK LEMAK PUCUK PAKU LETAK TEMPOYAK...DAH TERBAYANG2 NIH...OK MEMANG TERBAYANG2...
Kakcik Seroja said…
Pucuk paku di KL ni boleh buat paku dinding! ;-)
-- said…
mmg suka pucuk paku..lagi2 yg dibuat urap (kerabu). tapiiiii.... one day makan beriya... pucuk paku kan ujung dia gulung2 gitu kan.. sekali diamat-amati.. ulat ijau tu ha..banyak pulak tu.. ku pikir daun ujung pucuk paku..sama je bentuknya.. sejak tu..ada fobia sikit...
Unknown said…
Saya kalau makan sayur pucuk paku makannya pilih daun jer
HeNRieTTa JoSe said…
Rietta xpndai masak...makan tahu la....hehehe...
Zareda Norman said…
ulat ijau tu memang ada. Petuanya nak makan pucuk paku ni lepas potong tu rendam kejap dgn air garam.. Ulat daun tu akan timbul.. Buangkan air tu dan cuci dgn air bersih..
Mak Wardah said…
Irfa, kalau beli pucuk ubi ke pucuk paku ker jangan beli seikat sebab yg boleh diambil hanya suku...pengalaman akak.
mama aryan said…
saya pun suka pucuk paku..tp kat sini dah jarang jumpa kdg2 je ada
Lady Windsor said…
ya rabbi lamanya tak makan pucuk paku ni. mak saya dulu suka goreng pucuk paku dengan telur...so ia akan jadi bergentel2, sedap bila makan dengan nasi panas..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t