sapa tengok Tv AlHijrah,rancangan Soal Wanita jam 8.30 malam Sabtu yang lepas?aku tengok pun sebab kebetulan baca akhbar petang tu.so memang aku tunggu siaran ni.kalau tak memang tak tengok.hehe
kisah seorang blogger,En Abil yang menulis setiap saat dan hari bagaimana dia menjaga isterinya yang sakit kerana serangan asma sejak Jun tahun lepas.Warkah Buat Isteri nama blognya.Kalau aku kata En Abil ni suami yang 1 dalam sejuta..cam melampau sangat.Penduduk Malaysia pun baru berapa juta.nak letak 1 dalam 10 macam susah je nak tengok kisah macam ni.kisah suami jaga isteri sakit jarang dipaparkan mungkin sebab susah nak jumpa dan mungkin juga diorang yang taknak share dengan masyarakat.betul tak?aku baca blog dia melalui laman blog kakciknurseroja.
Bagi yang belum kahwin mesti berangan nak dapat suami macam dia dan bagi yang dah kahwin akan doa banyak2 moga nanti kalau sakit akan dapat suami yang jaga kita sepertimana macam En Abil jaga isterinya.Fauziah yang dipanggil Gee itu .jangan salah faham,bukan nak tukar suami ye.Aku dah cukup bersyukur dengan 'soulmate ku itu'.
Selalu sangat kita baca,dengar dan lihat bagaimana seorang isteri berkorban dan menjaga suami yang sakit tapi jarang kita dengar,baca dan lihat bagaimana seorang suami buat begitu.So bila lihat bagaimana kisah suami jaga isteri yang sakit kita rasa kagum.Tak ramai lelaki@suami yang mampu buat begitu.Yang tinggal isteri yang sihat walafiat tu bersepah lah.Takde alasan apa pun.isteri baik anak berderet tapi hati dah berubah dan alasannya nak bercerai sebab 'takde jodoh' yelah..takde jodoh.Biasa kita dengar orang kata 'kalau kawin dah jodoh.dah cerai takde jodoh'.betul lah tu..komen lebih2 nanti ada orang hantar hadis kat aku pulak.
berbalik kepada En Abil,lebih kurang begini katanya 'Fauziah saya nikahi kerana Allah.dia jodoh yang Allah beri pada saya.Masa akad nikah saya terima dia seadanya.bukan hanya masa sihat dan senang.Saya jaga Fauziah kerana Allah dan ini ujian untuk saya dan saya terima'.
aku tengok siaran ni dengan mil yang waktu tu tengah tak sihat(demam),meleleh aku tengok airmata mil bila tengok siaran ni.huhu..dengan aku sekali naik sedih.rancangan macam ni pompuan je yang selalu tengok.lelaki pun kena paksa dengan bini baru tengok kot.haha
Kepada EnAbil,tahniah kerana anda berjaya membuktikan bahawa tak semua lelaki itu sama.Selalu orang kata lelaki tak pandai jaga isteri yang sakit dan macam-macam lagi tapi anda telah membuktikan tak semua lelaki itu sama.Bertuah Kak Fauziah kerana jadi isteri En Abil.Semoga dengan izin Allah,Kak Fauziah akan pulih.Amin.
Kalau rasa tak mampu nak tolong cara lain,tolong dengan cara berdoa je pun boleh.tak susah kan?semoga Allah makbulkan doa salah seorang dari kita.Insya Allah
Malam tu pengacara ada Natasya Hudson.tapi bila gugel jumpa yang ni je.. |

Comments
sebak baca pasal kes tu... dia kata dia buat tu sebab dia fahami apa yang terkandung dalam bacaan taklik tu...dia kata lagi, kalau saya tak jaga dia, pada siapa lagi isterinya tu nak bergantung harap. and then dia sanggup berhenti kerja semata2 nak jaga wife dia sebab tak nak susahkan keluarga. tiap2 hari dia baca quran dan ketika bersahabat degnan quran lah jiwa dia tenang dan segala urusan dia dipermudahkan..
akak kan rasa nak lempang2 jer muka bekas laki akak bila dia kata, nak buat cemana, kita dah tak ada jodoh... eeenn cam vavi jer...
ha haha..sorry teremo kat blog orang...he he he..
saya pun sama.bila baca blog dia mesti rasa 'alahai..bertuahnya kak gee tu'
@SHAHZEE..
kebetulan baca paper tu kt klinik dan malam tu dah set nk tgk..sib baik masa tu ada kat umah.terus tukar channel..terjerit2 anak akak sebab tgh sedap layan kartun kena tukar channel.hehe.insyaAllah.spt kata en Abil,dia yakin setiap penyakit ada ubatnya,sama2 kita doakan ye
kalaulah semua lelaki begitu.paham dengan makna taklik pasti tak berlaku kes isteri di aniaya.ini yg ramai seronok dapat kawen..baca taklik ambik syarat je.menyedihkan..
gua respekla en. abil ni
...apa yg nampak dari luaran saya, ianya sebenarnya datangnya dari dalaman diri...InsyAllah,,Lady Windsor.