Skip to main content

Bau Dari Syurga

aku suka cium bau baby,nak pulak yang baru lahir..bau nafas dia,lembut tapak kaki dia..semuanya sedap dihidung aku,kalah bau biskut famous amos.eh!jangan salah faham...aku belum lagi ada perancangan nak tambah ahli keluarga dalam masa terdekat ni.

ni kisah lunch break 2jam tadi.kami ber5 (kawan opis) satu keta pegi melawat kawan yang baru bersalin anak no 4.kita namakan akak tu sebagai kak A..nak tengok baby boy yang comel dan baik itu,baik sungguh dia..tak dengar dia nanges pun selama kami kat sana.usik macam mana pun diam je.

ni dia..comelkan?

selamat datang ke dunia

mintak izin tepek gambar kat sini sebagai kenangan
moga membesar jadi anak soleh
amin

lama jugak kami melepak umah kak A.dah puas kacau hero keciknya tu kami beransur balik.singgah makan dulu sebelum balik opis..panas sungguh kat luar tu.masuk opis baru sejuk badan.

bila tengok balik gambar baby ni..rasa macam rindu nak ada baby.hehe ngada-ngada sangat perasaan itu kan?takpelah..layan jelah dulu baby besar yang ada kat umah tu,tapi baby kat umah tu mulutnya dah pok pek pok pek...ada je benda dia nak tanya.ada ke dia tanya aku 'itu siapa ?' setiap kali tengok drama korea.setiap watak dia tanya tau..tapi ada jugak yang bukan manusia contoh 'kipas' pun dia tanya 'itu siapa?'..saja la nak buat aku bercakap.jenuh nak jawab.tapi kalau dia diam...aku lak yang risau :)

okey..jumpa next week..daaaaaaaa ;)

Comments

Kakzakie Purvit said…
Semalam Ustaz bollywood (gelaran dia tau) dalam slot motivasi pagi radio IKIM baru sebut yg bau baby tu bau dari syurga. Memang best kan..
Irfa said…
@kak zakie..
ustaz bollywood?sapa nama dia kak?
arwah nenek saudara saya dulu cakap bau baby adalah salah satu wangian dr syurga.dan mata baby yang bulat bersinar tu bersih tanpa noda..tak mcm mata kita yang dah banyak tengok mcm2 benda tu psl dah tak bersinar lagi
geram. tersentuh pon ada.

indah pulak bila cakap bau dr syurga:0
Miss Volvo said…
btl tu bau2 baby mmg sedap hehehehe
Anonymous said…
mmg pun bau baby sedap, tak sama dgn ank2 yg dah besar, dah cium nak cium lagi... lps nie klu nak cium baby kena la cium baby org lain plak... bau syurga yg semua org inginkan
mama aryan said…
mmg suka bau baby..
kayyana said…
klu tgk baby mmg takleh tgk sekejap sekejap.. mesti dah tenung je die lelame kan.. hehe. salam perkenalan.. saya dah follow yerk. terima kasih singgah blog mai lurve.. semoga ikatan persahabatan alam maya akan kekal sampai bile bile.. InsyaAllah
eija_sweetmama said…
comel sgt..semua baby dilahirkan comel suci & murni, itu yg baunya pun seperti bau dari syurga..

eija pun suka sgt cium baby, bila anak dh besar mcm x puas jerk cium rasa mcm cepatnye masa berlalu kan..
Ros said…
Assalamualaikum,

Comelnyaaa....he.he..
azieazah said…
Sebab tu saya selalu kata kat anak bongsu, janganlah besar-besar, jadi la baby jerrr. Jaga baby best sangat!!
Lady Windsor said…
baby ni bau depa unik...rasa nak lick! hahaha over tak?
saya said…
bau baby memang wangi..tak dapat di tiru oleh mana2 perfume pon dalam dunia. wangiiii....
Nieda said…
kalau nak tambah pun apa salahnya. Baby besar pun dah besar hihihik
HeNRieTTa JoSe said…
sangat comel....bby besar tu pown sweet....dah pnjang akal tanya itu ini yea...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t